CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilempang Pelanggan, Gara-Gara Lambat Potong Ayam

18-1-2018 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7750| Komen: 66

Description: Seorang pelanggan lelaki yang berang kerana ayam yang mahu dibelinya lambat dipotong, bertindak menampar seorang pekerja di sebuah pasar raya di Oakland, Seremban.
Seorang pelanggan lelaki yang berang kerana ayam yang mahu dibelinya lambat dipotong, bertindak menampar seorang pekerja di sebuah pasar raya di Oakland, Seremban.

Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) telah menjadi tular sejak dimuat naik di Facebook.

Utusan Online melaporkan, dalam rakaman berdurasi 39 saat itu, seorang lelaki meluru masuk ke bahagian memproses ayam lalu menampar muka seorang pekerja sebelum menarik rambutnya.


Beberapa pekerja lain dilihat cuba menenangkan keadaan. Berikutan itu, mangsa yang berusia 18 tahun telah membuat laporan polis.


Sumber menambah, sebelum kejadian, lelaki terbabit ada meminta seorang rakan sekerja mangsa untuk memotong ayam yang mahu dibelinya.

Lelaki berkenaan kemudiannya bertanya kepada mangsa tentangnya namun mangsa menjawab tidak tahu.

Ini menyebabkan lelaki berkenaan berang lalu menamparnya.

Mangsa mengadu sakit di bahagian pipi kiri dan pening akibat dari tamparan tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan masih menyiasat perkara tersebut. -CARI
13

Bagus
15

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yangsemb 18-1-2018 11:28 AM
Apakah tahun 2018 ini akan diwujudkan sebuah program realiti acara tampar2an tercepat, terkehel, terkantoi dsb...
Quote ~boolean 18-1-2018 11:36 AM
Potong sendirilah bang...anggap sebagai senaman menguruskan lengan yang dah macam tong drum tu.
Quote prettyuglybabe 18-1-2018 11:39 AM
bodohnya.. nak cepat ko potong sendiri..
tak pun beli je ayam dah siap potong..
Quote Artemesiaa 18-1-2018 11:42 AM
Budak tu baru mula kerja kot tu yang masih terkial2 blur lagi dengan scope kerja mula ler bila tanya manjang tak tahu.  Kena dengan pelanggan yang baran tak menyabau jadi hal ler.
Quote idakamaruddin 18-1-2018 11:46 AM
ni sejenis manusia yg tnjuk hebat

kalau masuk lokap dia dulu nangis tak tahan

Quote kaktone 18-1-2018 11:49 AM
period ke bang? emo je lebih. potong sendirila nak cepat sangat
Quote lolita737 18-1-2018 11:50 AM
kesian pekerja tu...maybe dia belum mahir lagi dalam skill potong2 ayam ni..

Quote eLiaD 18-1-2018 11:51 AM
communication break down la ni kesian dgn bdk tu yg mungkin baru bekerja tak psal2 kne penampo free
Quote taji2906 18-1-2018 11:55 AM
klau ko bengang sgt pun, ko blah je la.. mintak refund blk..
ko g lempang dah masuk balai, masuk internet lg..
klu ko masuk hospital lg parah.. mau geng2 tu ramai2 sembelih ko baru tau..
Quote mdhelmi 18-1-2018 11:58 AM
melayu ke tu
yg aku tau org yg minum arak je yg selalu xsabar dan otak letak kat lutut
Quote mawarika 18-1-2018 11:58 AM
Budak lg kot yg kena.. awal awal mmg dah kecoh kt group seremban tu. Si kakak marah betul nak cari pelempang adik dia. Ha..padan muka suka suka lempang orang.
Quote insulin 18-1-2018 11:59 AM
Sabar dulu bro. Nak cepat, potong sendiri jah...
Quote nisako 18-1-2018 12:04 PM
patut tampar balik je...............
Quote batmana 18-1-2018 12:07 PM
sib baik tukang potong ayam tu baik hatinya

padahal dorg pegang pisau pemotong daging tu ramai2

dibuatnya dorg pun panas barang

brother ni jadi ayam potong kang

aku rasa brother ni amik dadah
panas baran sgt, tk pikir org lain.
harap buat urine test aja
Quote Pixie902 18-1-2018 12:09 PM
Kalau polis dapat tangkap si pelaku cuba check kot2 di bawah pengaruh ganja/dadah juge
Quote zawara 18-1-2018 12:10 PM
Musim tampar menampar...Dr artis smpai la ke org nk beli ayam
Quote noor2 18-1-2018 12:12 PM
Mentang2 badan dia besar gemuk macam badak air. ...berbanding adik tu....tu eksyen tu...
Quote noor2 18-1-2018 12:13 PM
zawara replied at 18-1-2018 12:10 PM
Musim tampar menampar...Dr artis smpai la ke org nk beli ayam

Yang ni sebab badan besar.....yang artis tu sebab pangkat besar. ...hehe
Quote naina 18-1-2018 12:15 PM
Budak tu jawab tak tahu pahtu berlalu pergi pada orang biadap. Maksudnya kena jawab tak pasti mungkin bla bla bla.. Ada adab ckit.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072927 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top