CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Fuh Padu! Kalau Suka Masakan Kampung, Mesti Tak Boleh Tolak Itik Salai Mashtar

19-1-2018 04:02 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 9406| Komen: 22|Original author: Oleh: Diba S.

Sesiapa yang tak makan itik atau tak suka makan itik pasti akan berubah fikiran selepas menjejakkan kaki dan makan di Kedai Makan Itik Salai Mashtar. Terlampau sedap hinggakan ada yang mendakwa hirup kuah sampai licin! 


Itik di kedai makan ini disalai sehingga lembut sampai tulang pun boleh dikunyah. 

Harganya juga berpatutan, 4 orang makan beserta ulam hanya RM35! 

Foto: Foursquare
Hidangan kedai makan ini hanyalah itik, ikan keli, daging dan ayam yang disalai dan kemudian dimasak Masak Lemak Cili Padi.

Lebih menarik, hidangan hanya akan dimasak sebaik sahaja anda membuat pesanan. 


Ini bermaksud hidangan yang disediakan di meja anda panas-panas, menambahkan lagi selera anda.

Foto: FB
Satu set lengkap sajian dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ulam dan air.


Foto: Fb
Menurut pemilik, Masthar bin Takril, itik di sini adalah yang paling popular, dihidangkan dengan kuah asam yang mengecurkan air liur. 

Saiz hidangan cukup mewah, rasanya pula enak betul! Macam tak setanding dengan harganya yang murah dan amat berbaloi.

Sesiapa yang ingin menikmati citarasa kampung bolehlah berkunjung ke sini!


Lokasi :Medan Selera Adikku, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bangi, Selangor

Anda juga boleh menikmati itik salai ini di cawangan Cheras dan Kajang.

Alamat cawangan Kajang:
Lot 741 Kampung Rinching Hulu 43500 semenyih Selangor
43500 Kajang, Malaysia

Alamat cawangan Cheras:
Taman Jaya, 56000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Ayuh makan itik! Quack quack! -CARI
39

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ipo 19-1-2018 04:30 PM
haaa..yang ni ke yang sepupu aku cakap sedap tu?
boleh la try lepas ni..
Quote shernazz 19-1-2018 04:49 PM
Wow
Iols suka ayam salai
Xsuka.itik
Nnt.bleh try
Kawan kawan.iols.ckp memang ramai.kalau weekend
Quote sinalegna 19-1-2018 05:01 PM
Lauk minang kan ni? Err.. aku kalo mkn itik roasted je la yg selera bleh telan takat ni. Gulai2 ni belum terbuka nak try
Quote siputsedut 19-1-2018 05:05 PM
Ipo: haaa..yang ni ke yang sepupu aku cakap sedap tu?boleh la try lepas ni..


Sedap! Aku try ikan keli ngn itik salai...rasa mcm nak tambah nasik tp segan...hehe kuah dia tu yg sedap..mmg lemak berkrim pedas berasa semua cukup la..aku gi yg kt kajang tu...gi sblm peak hours dlm kol 1130 ok kot...kalau x lps tu rasa rimas plak manusia ramai sgt
Quote myakayina 19-1-2018 05:24 PM
siputsedut replied at 19-1-2018 05:05 PM
Sedap! Aku try ikan keli ngn itik salai...rasa mcm nak tambah nasik tp segan...hehe kuah dia tu  ...

u pegi weekend ke babe? mcm nak try je kat kajang tu..
Quote noraidil_06 19-1-2018 05:35 PM
Dapnye itik.jauh la plak semenyih
Quote noraidil_06 19-1-2018 05:35 PM
Dapnye itik.jauh la plak semenyih
Quote siputsedut 19-1-2018 06:10 PM
myakayina replied at 19-1-2018 05:24 PM
u pegi weekend ke babe? mcm nak try je kat kajang tu..

Aah weekend...ramai sket la org kene tunggu table
Quote yangsemb 19-1-2018 06:22 PM
Rugi laaa iolss fancy itik {:give
Quote Supersirap 19-1-2018 10:17 PM
Menu melain boleh makan cuma itik seumur hidup tidak pernah rasa...
Quote lum_lum 19-1-2018 10:47 PM
mmg sedap...tp lagi sedap masa dia buka kedai kat depan stesen minyak petron menghala bandar baru bangi...mmg bertambah2 bila mkn...kedai tepi jln bwh pokok..mmg terbaik...
Quote Ipo 20-1-2018 11:56 AM
siputsedut replied at 19-1-2018 05:05 PM
Sedap! Aku try ikan keli ngn itik salai...rasa mcm nak tambah nasik tp segan...hehe kuah dia tu  ...

ya? memang sedap la ni macam ni
eh, tak boleh tambah nasi ke?
tak sabar nak try nih
tq
Quote ms.engine 20-1-2018 03:59 PM
noraidil_06: Dapnye itik.jauh la plak semenyih


Jom mai kaka i belanja itik kuek kuek
Quote miszb 20-1-2018 10:15 PM
sedap td lunch mkn kat sana.  kalo dtg kol 12.30 mmg jenuh que n nk cari seat pn ssh. tp mmg puas hati mkn.  masak lemaknyer pekat.
Quote potpetpotpet 20-1-2018 10:43 PM
Tp why kt semenyih punya sejak rebranding ni mcm dah tak kaw mcm dulu?  Dulu masa nama dia itik salai mastar je, sedap pedas lemak semua kaw.  Tp now mcm kureng. Why oh whyyyy
Quote CardiGans85 20-1-2018 10:54 PM
Itik..sedapnya....tgh2 diet ni pulak..adoi
Quote Konahhh 22-1-2018 12:32 AM
Uuuuishhh, terliur nampak lemak dia
Quote notyghosty 22-1-2018 09:44 AM
dah la sedap!! murah pulak tu...  dorang jual siap set nasi + ulam+ lauk (itik, ayam, daging) patu if nk tambah nasi, free je kadang2... sedap!!
Quote msdummy.2018 22-1-2018 06:16 PM
kedai nie buka hari2 siang jer ker atau malam pun buka???

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.071703 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top