CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Main Campak-Campak Kerusi, Zink, Besi. Kenapa Manusia Makin Kejam Dan Hilang Rasional?

19-1-2018 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3650| Komen: 1

Assalamualaikum semua,
Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kejadian yang zalim yang berlaku ke atas seorang remaja lelaki, S. Sathirawan berusia 15 tahun yang terbunuh setelah kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas PPP Seri Pantai, Pantai Dalam. 


Apakah sebenarnya nilai nyawa sekarang? Perlukan kebodohan dan keangkuhan seseorang yang zalim menyebabkan nyawa insan lain tergadai?

Amat menyedihkan apabila mengenangkan semakin berkembangnya teknologi semakin merudum tahap pemikiran rasional seseorang itu. Lebih parah sikap dan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan pula semakin menjadi-jadi. Jika kita ‘rewind’ beberapa  minit sebelum kejadian zalim itu, jika dia yang mencampakkan kerusi itu mempunyai ‘common sense’ dan berfikir sebelum melakukannya pasti kejadian zalim tersebut tidak akan berlaku. 

Benar, ajal telah ditetapkan Illahi namun, Allah juga yang mengurniakan hambanya akal untuk berfikir. Kerana tidak berfikirlah, ajal seseorang ditakdirkan sedemikian rupa. 



Jadi wahai rakyat Malaysia, segmen saya kali ini, bukanlah sekadar artikel tetapi sebagai pesanan daripada saya buat diri ini dan buat semua pembaca. 

Pertamanya, dalam apa jua yang kita lakukan, letakkan pemikiran yang rasional di tempat pertama dan bukanlah emosional ketika itu. Pemikiran yang rasional bakal mengawal emosi yang ketika itu mungkin tidak dapat menghasilkan tindakan yang positif. Bagaimana untuk mengawal? 

i. Selalu berbisik kepada hati anda sambil mengusap dada anda dan katakanlah, ‘sabar wahai diri ini, insyaAllah ada hikmah disebaliknya’

ii. Ketika dan waktu anda diuji dengan suatu keadaan yang boleh meletuskan emosi yang negatif, bangkit dari keadaan tersebut dan beredar segera. 

iii. Ambil peduli akan perkara yang boleh berlaku atas tindakan yang bakal anda lakukan akibat kegagalan mengawal emosi. 

Kedua, latih diri untuk sentiasa meletakkan diri anda di tempat orang lain. Latihan ini diperlukan dalam setiap perkara yang anda lakukan yang boleh melibatkan keselamatan, keperluan, kehendak dan hak orang lain. Apabila kita cuba gambarkan keadaan dan perasaan diri sendiri sekiranya diperlakukan seperti yang kita bakal lakukan, saya pasti tanpa kita sedari kita akan mengelakkan daripada melakukannya. 

Saya ambil contoh mudah, apabila anda menaiki LRT dan anda berjaya untuk mendapatkan tempat duduk walaupun dalam keadaan sesak dan ramai orang. Namun, seketika hadir seorang wanita yang mengandung berdiri di sebelah anda. Mereka yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan dan ambil peduli, tidak akan bangkit dan memberi tempatnya kepada wanita tersebut kerana dia tidak pernah melatih dirinya untuk merasai keadaan dan perasaan orang lain. 

Namun, sekiranya kita sentiasa melatih diri kita untuk merasai apa yang dirasai insan lain, bukanlah suatu perkara yang sukar untuk kita lakukan kebaikan dengan bangkit dan memberikan tempat kita kepada mereka yang lebih memerlukan. Bukankah ianya suatu yang indah untuk hari anda? 

Seterusnya, ketiga jauhi sifat hipokrit dalam diri. Sebagai contoh, ada di antara kita tidak akan melakukan perkara yang negatif di hadapan orang tetapi apabila melihat dirinya berseorangan, tanpa berfikir panjang dia akan melakukannya. Saya ambil contoh mudah, seseorang di tangannya mempunyai kotak minuman yang telah habis diminum. Dia mencari-cari tong sampah untuk dibuang sebelum masuk ke kereta sebagai contoh. 

Foto Carian internet
Namun, tiada tong sampah berdekatan, dan dilihat kiri dan kanan tiada orang lantas dengan jari jemari yang menggenggam kotak minuman tersebut dilepaskan perlahan. Jatuh terus merata. Ini menunjukkan niat pertama untuk membuang di tong sampah bukanlah kerana nilai yang baik dalam dirinya tetapi kerana orang lain yang mungkin memandangnya. 

Begitu juga kes ‘kerusi terbang’ tersebut. Sekiranya ada orang lain, saya pasti dia tidak akan mengambil jalan mudah untuk mencampakkannya dari atas ke bawah. Jadi, dalam apa jua yang kita ingin lakukan, lakukanlah perkara yang baik dan lakukanlah kerana nilai kemanusiaan dan nilai kita sebagai Hamba Allah yang sentiasa perlu tunduk menegakkan kebaikan dan menjauhi keburukan.

Banyakkan lagi perkara yang ingin saya celotehkan berkenaan hal ini, namun, biarlah saya simpan dulu untuk segmen akan datang. InsyaAllah. Bersama kita menjadi masyarakat yang ‘berfikir’. Amin. 

Salam ikhlas,
Airol Irwan Limin 
20

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
11

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 19-1-2018 09:04 PM
No 3 liked ya.. mesti ada integriti

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040303 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top