CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Cuba Ke Sini Kalau Ke Madinah Al-Munawarrah, Semua Ada!

23-2-2018 10:55 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 5880| Komen: 2|Original author: Oleh: Zailina

Apabila mengerjakan umrah atau haji, semua akan berkunjung ke Madinah dan Makkah. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW terutama sekali, membuat pengunjung lebih menghayati perjuangan baginda menegakkan syiar Islam.


Masjid Nabawi yang cukup indah mempesonakan

Selain solat di Masjid Nabawi dan melaksanakan amalan lain, boleh cuba makanan di beberapa restoran seperti dipetik dari Noori Travel:



Makanan segera yang tipikal, mudah didapati di mana-mana deretan kedai


1. Al-Baik 
Restoran popular yang mempunyai lebih empat cawangan di Madinah. Ia dibuka pada 1974 dan menawarkan pelbagai makanan segera serta minuman autentik yang menyelerakan. Cubalah ayam gorengnya yang rangup berperisa dan gebu. 

Memang penuh dengan pengunjung waktu selesai solat sepanjang waktu. Salah satu cawangan adalah di King Faizal Road berhampiran Haram Ennabawi, Madinah.



Arabesque sajian buffet, biar berpadanan dengan bajet

2. Restoran Arabesque
Terletak di tingkat mezanin dan boleh menampung 140 pengunjung, Restoran Arabesque di Shaza Al Madina Hotel, King Fahad Road ini mampu memenuhi selera Mediterranean, Turkey, Timur Tengah, Perancis, Lubnan, Asia, serta Vegetarian. 

Pelbagai masakan disediakan sebaik saja dipesan seperti shawarma, tandoori, kebab panggang atau masak di atas kuali. Beraneka manisan pencuci mulut seperti aiskrim teppanyaki Syria, knefeh enak serta kek, puding dan lain-lain. 



Hidangan 'besar' ikut selera orang-orang Arab. Boleh kongsi berdua

3. Steakhouse di Al Rashed Mega Mall
Terletak di King Abdullah Road, Second Ring Road, restoran ini pula menyajikan pelbagai masakan selera Amerika. Ia dibuka untuk makan tengah hari dan makan malam. Terdapat pelbagai menu lain dengan rasa tempatan selain juadah fusion yang enak dan menyelerakan.



Bebas buat pilihan nak makan salad dengan ayam, daging atau roti

4. Jazz Lounge
Di sini, anda boleh memesan makanan untuk dibawa pulang, tempahan (reservations) dan laluan untuk yang berkerusi roda. Di samping itu, anda boleh membayar menggunakan American Express, Mastercard, Visa dan Wifi percuma. 

Restoran ini dibuka dari jam 6 hingga 11.30 pagi dan 4.30 petang hingga 1.30 pagi setiap hari kecuali Khamis iaitu bermula jam 4.30 petang hingga 2 pagi.  



Selera Barat dan menu kegemaran seluruh dunia; Ayam Goreng

5. Hardees 
Hardees menjanjikan makanan lazat pada harga berbaloi. Ada menu bercirikan barat, juga masakan segera (fast food). Dibuka waktu tengah hari, malam dan sehingga awal pagi. Makanan hanyalah untuk take-out (beli dan bawa pergi) sahaja. 



Beraneka sajian dihidangkan dengan pelbagai sos

6. AlFateh 
Sesuai untuk mereka yang ingin mencuba masakan Mediterranean dan Timur Tengah. Dibuka untuk makan tengah hari dan makan malam. AlFateh terkenal dengan manu Arab seperti Kabsa atau Mandi (terutama kambing). Kabsa Ayam dimasak tanpa minyak dan digril dengan lemaknya sendiri. Boleh buat pesanan untuk dihantar ke mana-mana destinasi berdekatan.


Selain makanan Arab autentik yang dijual di banyak kiosk, pengunjung kena cuba minum jus mangga serta pelbagai jenis aiskrim. Selera semua bangsa di dunia memang ada di sini. Jadi, kenalah cuba! - CARI
12

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
14

Sedih
22

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 24-2-2018 12:31 PM
Bookmarked {:love Jom umrah ramadhan ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039993 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top