CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Pening-pening, Ini 3 Tempat Makan Western 'Harus Cuba' Di Kuantan

22-2-2018 01:24 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 4486| Komen: 5|Original author: Oleh: Faizal

Description: Sudah menjadi lumrah jika pergi ke sesuatu tempat terutamanya untuk bercuti, sudah pasti kita akan tercari-cari tempat makan yang best dan menarik untuk kita cuba. Lagi menarik jika sekali sekala ubah ...
Sudah menjadi lumrah jika pergi ke sesuatu tempat terutamanya untuk bercuti, sudah pasti kita akan tercari-cari tempat makan yang best dan menarik untuk kita cuba. Lagi menarik jika sekali sekala ubah selera lidah kita dengan mencuba makanan western pula. 

 
Kalau anda nak tahu, di Kuantan terdapat berbagai tarikan pelancongan antaranya Telok Cempedak, Cherating, Taman Tema Bukit Gambang dan Air Terjun Sungai Pandan.

Jadi, bila bercuti di Kuantan sudah pasti anda semua ingin tahu restoran-restoran atau tempat-tempat makan menarik di sini kan? Jom baca senarai tempat makan western menarik di Kuantan yang anda mesti cuba ini.

Lila Wadi Restaurant

Mango Cheese Cake (Sumber: Saji.my)


Kedai makan ala barat yang sememangnya terkenal di Kuantan ini sudah agak lama juga beroperasi. Dahulunya kedai ini kecil sahaja dan kini telah berubah ke lokasi yang lebih besar dan sudah ada cawangan baru sekitar Kuantan. 

Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis sambutan harijadi atau apa sahaja jamuan, pihak restoran juga ada menyediakan servis sedemikian. 

Hidangan yang dihidangkan di sini kebanyakannya hidangan jenis barat seperti Shitake Mushroom burger, Beef Supreme, Seafood Supreme dan macam-macam lagi. Selain masakan barat, masakan tempatan seperti tom yam, sup dan nasi juga ada dijual di sini.

Sumber: caridestinasi.com

Bagi inginkan makanan ringan-ringan, restoran ini menyediakan kek seperti cheese kek, kula kek, durian cheese kek dan mango cheese kek serta minuman panas dan berkafein yang enak-enak.

Brotherhood Western & Grill

Antara menu western yang anda perlu cuba (Sumber: Saji.my)

Jika anda sudah puas menikmati hidangan patin tempoyak di negeri Pahang, boleh juga anda mencuba masakan Barat pula.
Sesekali ubah selera, tidak salah rasanya.

Anda boleh mencuba hidangan makanan Barat di Restoran Brotherhood Western & Grill yang menghidangkan pelbagai menu yang menyelerakan. Iaitu restoran menarik di Kuantan yang menghidangkan makanan ala-ala western.

Restoran ini terletak di Indera Mahkota berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Restoran Brotherhood Western & Grill menyediakan hidangan masakan yang dipanggang, burger, steak, pelbagai jenis pasta dan bermacam lagi. Harga setiap makanan di sini cukup berpatutan dengan hidangan yang akan anda nikmati.

Restoran ini juga menerima tempahan untuk sebarang majlis, kebiasaannya para pelanggan gemar mengadakan majlis sambutan hari lahir di sini.

Fryerzone Western Food

Meriah dan Murah! (sumber: Saji.my)

Fryerzone adalah lokasi yang anda boleh jumpa masakan Western pada harga yang termurah di Kuantan. Sebagai contoh, dengan hanya RM9.80 anda boleh menikmati segelas air buah oren atau epal segar dan ayam panggang didatangkan bersama sos lada hitam, roti bun, coleslaw dan ketang goreng.

Menu lain yang ada di sini ialah stik daging dan chicken chop yang sudah pasti boleh menambat selera anda yang datang ke sini.

Jika anda hendak datang ke Fryerzone Western Foo, lokasinya terletak di Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat makan menarik yang ada di Kuantan. Jangan risau dan pening-pening kepala nak cari tempat makan kalau anda bercuti ke sini. Google sahaja lokasi tempat makan menarik yang ada di Kuantan, sudah pasti ia akan sangat-sangat membantu.

Selamat bercuti dan 'food hunting'. - CARI 
9

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
18

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 22-2-2018 02:59 PM
Patutla iols cari Lila Wadi kt tempat lama tu x jumpa..pindah rupanya..seriously kek dia mabelessss
Quote inspektoremos21 23-2-2018 01:14 AM
I kalau pergi Kuantan ni cari kedai seafood/makanan panas je la. Nak menikmati keindahan alam sambil merasai makanan2 laut kekdah nya
Quote notsospecial007 23-2-2018 11:14 AM
wahh.. boleh msk senarai ni.. rajin jgk turun kuantan..
Quote mystica 23-2-2018 11:56 AM
laaa mcmane boleh tak tahu ada restoran brotherhood ni dekat dengan uia.. boleh pegi nanti. indera sempurna jauh sgt hehe

kalau lila wadi spaghetti, tomyam ngan mango cheese kek tu mmg best
Quote saviour_09 23-2-2018 12:50 PM
kuantan ni
yg viral2 & gigih iklan hari2 ni maaf cakap la, tak sesedap mana pun

yg tak iklan & tak viral yadayada la yg paling tidak mesti ada signature dish dia yg yummy!

should try western food kat east grill steak house
mabelesss!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049045 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top