CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Syurga Makanan, Bukan Hanya Tomyam! Nah Senarai Restoran Wajib Datang Di Bangkok

19-2-2018 12:32 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 3920| Komen: 2|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Bagi anda yang suka mengembara, pasti akan membuat sedikit kajian tentang tempat makan terlebih dahulu terutamanya jika anda mementingkan soal kebersihan dan makanan halal.
Bagi anda yang suka mengembara, pasti akan membuat sedikit kajian tentang tempat makan terlebih dahulu terutamanya jika anda mementingkan soal kebersihan dan makanan halal. Kali ini kami senaraikan tempat makan halal di Bangkok, Thailand supaya taklah anda jemu atau tak tahu nak makan apa nanti! 


1. Sinthorn Steakhouse

Foto:HHWT
Kalau anda dah jemu makan makanan Thai atau tiba-tiba tekak mahukan selera barat, maka Sinthorn Steakhouse tempat yang anda perlu tuju! Ia merupakan antara restoran terbesar dan juga popular di kalangan Muslim Thai kerana menyediakan daging panggang yang berkualiti tinggi. Malah mereka turut menyajikan makanan Thai, Mediterranean dan juga steamboat ala Korea! 


Alamat: 3333-, 134/9 Ramkhamhaeng Rd, Hua Mak, Bang Kapi, Bangkok 10240, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari dari pukul 10 pagi  hingga 11 malam

Nadimos

Foto:HHWT
Sudah tentu Bangkok tidak hanya menawarkan makanan Thai. Nadimos merupakan antara restoran Lebanese terbaik di Bangkok! Menyajikan kebab, baba ghanoush dan tak lupa sajian istimewa mereka; terung bawang putih. Selain makanan sedap, pekerja restoran juga ramah! 

Alamat: Soi 24, Khlong Toei, Bangkok, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand
Waktu operasi: Setiap hari dari  11:30 pagi hingga 11:30 malam.

Al Hussain

Foto:HHWT
Di sini anda boleh mendapatkan makanan India. Ia mementingkan penyajian makanan yang segar misalnya roti dibakar selepas dipesan agar ia masih panas ketika tiba di meja anda!

Di sini anda boleh cuba kebab yang penuh dengan rasa rempah ataupun naan yang disajikan bersama dal dan hummus.

Alamat: 75/8 Sukhumvit Soi 3/1, Bangkok, Thailand
Waktu operasi: Setiap hari dari pukul 8 pagi – 3 pagi


Yana Restaurant

Foto:HHWT
Jika anda pernah ke Bangkok anda pasti tahu akan kewujudan pusat membeli belah MBK yang terletak di tengah-tengah kota Bangkok. Anda boleh ke sini untuk membeli belah kemudian berhenti makan tengah hari atau malam di restoran Yana.

Restoran ini menyajikan gabungan makanan barat dan juga Thai seperti Tom Yam, kari dan juga pasta. Harga yang ditawarkan juga berpatutan!

Alamat: 444 Phayathai Rd, Khwaeng Wang Mai, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 9 malam


Saman Islam

Foto:HHWT
Antara lokasi wajib kunjung di Bangkok ialah pasar hujung minggu Chatuchak. Kalau anda nak tahu terdapat makanan halal di sini jadi anda tak perlu keluar dari pasar hanya untuk mengisi perut anda yang kosong. Lihat gambar di atas sahaja dan buat air liur kecur kan?

Alamat: 251, Phahonyothin Rd, Chom Phon, Chatuchak, Bangkok 10900, Thailand
Waktu operasi: Sabtu dan Ahad dari pukul 10 pagi hingga 6 petang

Selamat menjamu selera! -CARI
7

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 19-2-2018 12:36 PM
tetiba ngences plak iollss depan pc ni tengok makanan sedap2 ni.. da la kena keje hari ni padahal company iollss bos cina yach..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.047624 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top