CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Pesan Mufti Kepada Neelofa

28-2-2018 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7830| Komen: 75

Berikutan tindakan pelakon dan usahawan berjaya Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa melancarkan koleksi tudung terbarunya, BeLofa di kelab hiburan Zouk baru-baru ini, banyak kecaman dan tohmahan dilemparkan terhadapnya.



Foto: Facebook



Susulan itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melahirkan kebimbangannya berhubung tindakan selebriti berkenaan kerana ia akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif mengenai wanita bertudung.


Dr Zulkifli memberi tiga nasihat berikutan tindakannya; yang pertama adalah bertanya kepada ulama sebelum mengambil sebarang tindakan membabitkan agama, seterusnya memelihara imej wanita bertudung dan terakhir adalah mencari rezeki diberkati ALLAH SWT.


Foto: Facebook

Memetik Sinar Online, Dr Zulkifli turut menegaskan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara kerana fitnah dan tohmahan perlu sentiasa dielakkan.

Mufti berkenaan khuatir tindakan Neelofa membawa satu fenomena normalisasi, iaitu apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung.

"Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat murni, namun kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasil keberkatan.

"Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah sebenarnya membebaskan wanita dari penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan bersyariat.

"Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi hendak kita cari di dunia ini?," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, Dr Zulkifli menasihati orang ramai supaya tidak membesarkan isu itu kerana dikhuatiri mengaibkan dan menimbulkan fitnah.

"Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai 'wanita besi' dan 'gergasi' dalam perniagaan dan kerjaya," katanya. - CARI
23

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 28-2-2018 11:39 AM
dah tiga mufti berpesan, tak insaf lagi tak tau la. atau semakin mendongak langit ego tine kelate ni.
Quote ekinzzz 28-2-2018 11:41 AM
angkuh nealofa ni.. sbb die rase die kaya .. ramai pengikut akan beli tudung2 die.. boikot je..
Quote kakigebang 28-2-2018 12:07 PM
Terima kasih mufti sbb ambil tahu dan beri nasihat .... semoga tuan mufti diberi AllahSWT kesihatan yg  baik dan bertugas lama sbg mufti WP..
Quote SWORKS27 28-2-2018 12:07 PM
ingat sikit lopa...
bila ulama dah tegur..harus terima dengan hati terbuka....buatlah apa yg patut untuk jernihkan kembali,,
yang tegur bukan calang2 ..ulama...

beliau bukan netizen kepam stok bawang..beliau orang yg layak menegur..
Allah dah bagi peluang anda ditegur oleh ulama sedangkan banyak kemungkaran2 lain yg dibuat oleh manusia ulama tidak menegur sebegini rupa..
alangkah bertuahnya anda nelopa....
Quote batmana 28-2-2018 12:14 PM
itula,
seharusnya  lopa jgn buat2 lupa plak
org dh tego, xmo ikut



Quote CardiGans85 28-2-2018 12:20 PM
Alhamdulillah..mslh ni mcm virus.
Quote DayangKirana 28-2-2018 12:32 PM
dengar tu hajah.. tegur means masih ada yang peduli...
Quote samasam90 28-2-2018 12:40 PM
DayangKirana replied at 28-2-2018 04:32 AM
dengar tu hajah.. tegur means masih ada yang peduli...

kutuklah neelofa tak peduli. iolls petik artikel di atas..
Quote samasam90 28-2-2018 12:40 PM
chuolls jgn terkejut, bila dengar sales berjuta juta ya.. walaupunnnnnnnnnnnnnnn wap nye tu di mana mana..
Quote iloveselangor 28-2-2018 12:42 PM
Yg komen pasal neelofa ni...hidup korang sendu takda laif...

Hujung2 bunuh diri nak cepat mati.
Quote iloveselangor 28-2-2018 12:43 PM
Sugesst neelofa buka je tudung tu...kalau buka tudung baru mufti tu senyap
Quote sekngucing 28-2-2018 12:45 PM
baru baru ni aku dah kata...
Quote finesse 28-2-2018 12:50 PM
Stay pressed..
Quote Mr_Beruk 28-2-2018 12:54 PM
Dah bongkus kapla kalu, musti-lah kena jadi sa-orang lobainita dan berpeel a way of life sa-pertimana ditunjokkan olih lobai dan lobainita yang lain-lain. Tidak kalu, nanti ada yang torhina dan mula kecam. Sa-moga dongan kecaman dan maki hamun yang diberikan olih orang-orang beriman akan membuatkan mereka insap dan berobah menjadi sa-perti depa joga.
Quote NAT_11 28-2-2018 01:04 PM
Nasihat Mufti ni, berpilioh-pilih.
Apasal NEELOPA yang disibukkannya...............................????
Perkara kecik dan remeh temeh je.
Pemimpin rasuah dan songlap duit rakyat, Mufti diam membisu.
Neelopa juga jadi pilihan............
Quote minahmanja 28-2-2018 01:41 PM
ekinzzz replied at 28-2-2018 11:41 AM
angkuh nealofa ni.. sbb die rase die kaya .. ramai pengikut akan beli tudung2 die.. boikot je..:curs ...

yg ni aku setuju sesgt.. dia ni sombong
Quote HannahMontana 28-2-2018 01:44 PM
it's time for ya to get a man to guide you in life to the straight path fap fap fappp
Quote xtahumenahu 28-2-2018 03:24 PM
kenapa neelopak jadi pilihan?
sebab isu tgh hangat...idola bbnu
bukan lahh hadap nak tego neelopa sajorkk
Quote Telolet 28-2-2018 03:33 PM
lepas ni 1 pemeli lopa pegi la buat umrah, snap la gamba nangis2 berdoa depan kaabah dan tinggg, setel. dosa counter lopa di mata netizen goes back to zero. mudah bukan? kekeke

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.057697 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top