CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ramen, Nikmatinya Seperti Orang Jepun Makan - Ada 5 Tip Yang Anda Boleh Tiru

6-3-2018 05:29 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5893| Komen: 11|Original author: Oleh: Azza Rai

Anda peminat makanan Jepun?
Sushi? Dorayaki? Atau Takoyaki?
Jadi, bagaimana anda memakan kesemua makanan tersebut?
Tidaklah terlalu susah kan? Sebab ia masih boleh dipegang.

Tapi bagaimana dengan ramen? (seperti mee yang bertali-tali). Ini kerana cara orang Jepun makan sangat berbeza dengan orang kita kala menikmatinya. 


Ada 5 tip yang boleh anda tiru untuk merasai kesedapannya. Yumm!

1. Zuzutto (teknik hirup & sedut)
Ramai orang Malaysia yang makan ramen dengan sudu dan garfu menyebabkan kita tidak menikmati ramen dalam erti kata sebenar-benarnya.

Manakala orang Jepun memakannya dengan ‘chopstick’ dan sudu atau mereka panggilnya ‘zuzutto’.

Tekniknya ialah hirup dan sedut. Dengan itu mi dan kuah bersatu membuatkan hidangan lebih enak.

2. Makan ketika masih panas

Yang penting – jangan biarkan sampai ramen sejuk, baru anda nak menjamahnya. Kerana cara zuzutto yang dilakukan orang Jepun dinikmati sebaik sahaja masak, membuatkan ramen kenyal dan lebih sedap dimakan. 


3. Jangan nak macam-macam ya!

Kalau dah biasa dengan mee segera, segala rencah nak dimasukkan sebagai penyedap. Begitu juga dengan ramen, ada sahaja perisa tambahan diletakkan seperti cili potong atau kicap. Itu cara kita, sedangkan hidangan asli ramen Jepun tidak terlalu banyak perisa. Memadailah dengan keenakan asli, barulah rasa tradisi itu.


4. Bawang putih segar

Berita baik buat peminat bawang putih, kerana anda boleh meminta tambahan bawang putih segar kepada pelayan di kedai ramen. Aroma khas ini akan memberikan rasa tambahan pemikat selera.

Semua foto: carian internet

5. Pelengkap Ramen

Kalau nak makan betul-betul macam orang Jepun, anda perlulah memesan makanan pembuka yang popular di sana iaitu (Gyoza – bagi bukan Muslim manakala dumpling – bagi Muslim). Barulah terasa Jepunnya di sini.

Tiba-tiba terasa nak cari ramenlah pula. Restoran mana pilihan anda? - CARI 

8

Bagus
7

Marah
19

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 6-3-2018 06:25 PM
Sedapnyaaaaa{:childlike
Quote missinpiece 6-3-2018 06:27 PM
Lapoooo tgk ramen sedappp
Quote Victorioussss 6-3-2018 08:19 PM
Love ramen dan soba
Quote kimchipedas 6-3-2018 08:42 PM
Oh tiiiiidakkk nak kena p cari ka ni..
Quote Ambola 6-3-2018 09:06 PM
Sedapnyerrr ramennnn
Quote RatuDunia94 6-3-2018 09:35 PM
Kalo sejuk2 mcm kt jepun tu makan pepanas sedap la. Kat sini terbakar lidah..
Quote bottombikini 7-3-2018 10:54 AM
ingat ada resipi sekali tadi
Quote kaki_jalan88 7-3-2018 11:13 AM
sedapnye ramen.rindu nak makan ramen dekat Ayam Ya. rase nk fly esok je Japan g makan
Quote dekmieDandy 7-3-2018 11:33 AM
haritu dah pernah maken ramen mcm 2nd picture tu!! sedap gilos

tapi orang cakap ada babi

tapi aku makan je, sebab time tu ada cop halal

kedai ramen depan aeon cheras selatan

gi try tempat lain yg halalan toyiban xde pulak rasa camtu
Quote arek 12-3-2018 09:36 AM
sodappp nya
Quote adeebah 19-4-2018 10:03 AM
Sedapnya tengok ramen tuu. Okay balik nanti nak beli samyang ramen cup lepas tu boleh slurp macam dalam gambar. hahahhahah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.232758 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top