CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sup Tulang Merah Yang Power, Nak Makan Dengan Pasta Pun Boleh!

1-3-2018 04:58 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 6188| Komen: 10|Original author: Oleh: Suzy

Description: Sup berwarna merah? Rasa macam mana ya? Resipi sup berasal dari Singapura ini mulai menjadi menu pilihan di Johor Bahru dan semakin dikenali di sana.


Sup berwarna merah? Rasa macam mana ya? Resipi sup berasal dari Singapura ini mulai menjadi menu pilihan di Johor Bahru dan semakin dikenali di sana. 

Kebiasannya, sup ini akan menggunakan bahagian tulang lembu atau kambing yang disebut gearbox ataupun bahagian tulang lain.  

Ia dinamakan sup kerana kuahnya boleh dihirup begitu sahaja, dicecah bersama roti ataupun dimakan dengan nasi putih. Pergh, memang mengancam nafsu makan!


Foto: bahansedulang

Uniknya resipi sup ini, ia menggunakan pelbagai jenis rempah. Jadi, kepelbagaian rempah ratus ini menyebabkan rasanya menyerap sehingga ke tulang lembu. Resipi membangkitkan selera makan ini pasti akan membuat perut terasa sendat kekenyangan!

Berbanding dengan sup biasa, sup merah tulang daging ini juga mempunyai kepekatan yang tinggi dan boleh diubah suai untuk dimakan dengan mi atau spageti. Jom cuba resipi ini untuk kelainan!


Foto: bahansedulang

Bahan-bahan rebus tulang:
1 kg Tulang lembu 
1 inci halia
1 batang serai
3 ulas bawang putih
Sedikit garam

Bahan rempah:
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
3 buah pelaga
2 kulit kayu manis

Bahan kisar:
I biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato (kalau ada)
2 batang serai
10 tangkai cili kering

Bahan sos:
1 tin tomato puree
½ cawan Sos tomato
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar gula merah/Melaka
2 biji Kentang goreng dan kisar
1 cawan bawang goreng


Cara-cara:

1.Rebus tulang bersama bahan-bahan merebus sehingga empuk.
2.Di dalam periuk lain, tumis bahan rempah sehingga naik bau.
3.Masukkan bahan kisar. Dan tumis sehingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan bahan sos.
5.Masak sehingga pecah minyak.
6.Seterusnya, masukkan air rebusan daging, kacau rata dan biarkan ia mendidih.
7.Masukkan garam dan gula merah.
8.Kemudian masukkan daging, kentang yang dipotong dan biarkan mendidih.
9.Sedia untuk dihidangkan.


Foto: bahansedulang

Kalau nak kelainan rasa spageti atau pasta, bolehlah cuba resipi mengancam ini. Gerenti tak menyesal! - CARI
9

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
17

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-3-2018 05:26 PM
sedapnya kalau tt tlg masakkan hantar rumah sis pun lagi sedap
Quote Victorioussss 1-3-2018 05:31 PM
Berasal dari singapore? Lols

Gulai versi pantai timur or gulai merah aka gulai kawah je kot
Quote tagas 1-3-2018 05:57 PM
pernah try kat selera dapur rita duyong melaka

hancurrr
Quote missinpiece 1-3-2018 06:58 PM
Tulang merah Zam2 bleh tahan sodappp..
1 hidangan licin hadap berdua cicah roti or mkn ngn nasi.. pyom2 lapaa la pulak
Quote umbut 1-3-2018 07:26 PM
Singapore punya lagi merah, siap pki glove
Quote salmon-suki 1-3-2018 09:08 PM
Tingat lak singgang merah..rindunyeeee nk mkn tu...{:cryrun{:cryrun
Quote syue86 2-3-2018 08:50 AM
adei trgta lak mkn kt sgpore..nk g sana malas..haha
Quote farlis 2-3-2018 10:16 PM
Resepi sup tulang merah ni x cukup bahan rempahnya.. Xde jintan manis, jintan putih, ketumbar.. Biasa org x letak kentang tu..
Quote rohayatimat 3-3-2018 05:56 PM
Victorioussss replied at 1-3-2018 05:31 PM
Berasal dari singapore? Lols

Gulai versi pantai timur or gulai merah aka gulai kawah je kot

Ada sedikit perbezaan...contohnya gulai gear box...sup tulang merah x masuk santan manakala gulai gear box masukkan santan...ni versi gulai gear box...

https://www.youtube.com/watch?v=qEKC2nsVzSI
Quote redz85 4-3-2018 01:23 PM
resipi di atas jauh benar menyimpang dengan resipi bone steak singapore

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.230334 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top