Kata orang, kalau makan coklat hati rasa girang. Coklat juga dikatakan boleh menaikkan syahwat selain menaikkan berat badan, tentunya! Coklat kalau dibeli memang mahal terutama yang ada kacang seperti macadamia, walnat, kacang pain atau gajus.
Apa kata kita buat sendiri? Selain boleh dijadikan barang hantaran, boleh juga diberi sebagai cenderahati. Dah pasti orang yang menerima coklat buatan tangan sendiri akan tersengih macam kerang busuk!
Bahan-Bahan Coklat Homemade:
1) Coklat compound. Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). Antara jenama terkenal di pasaran adalah Beryl, Colatta, Selborne. Jika menggunakan coklat kurang manis, tambah gula aising untuk memaniskannya. 2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di dalam coklat seperti kismis, kurma, badam, kacang, kelapa (candy) dan sebagainya. 3) Hiasan di atas coklat seperti coklat putih di atas coklat susu dan lain-lain. Peralatan Diperlukan: 1) Coklat mould (acuan) yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati, mawar, bulat, persegi dan seumpamanya. 2) Piping bag (beg aising) untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam acuan. Kalau tiada beg ni, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu atau plastik yang dipotong hujungnya. Kaedah Menyediakan: 1) Cairkan coklat compound dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih perlahan, letakkan hirisan coklat dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk di atas periuk. Pastikan dasar mangkuk tidak menyentuh air panas, mangkuk dan pengacau kering. Jika setitik air masuk ke dalam coklat yang sedang dicairkan, ia akan mengeras. 2) Setelah coklat cair, isikan ke dalam piping bag dan masukkan ke dalam acuan dengan cermat. Jika bilik berhawa dingin, buat dengan cepat kerana coklat mungkin mengeras semula. 3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah hampir keras baru letak inti di atas lapisan tersebut. Kemudian, 'tutup' inti dengan coklat cair. 4) Biar di dalam peti ais sehingga keras. 5) Keluarkan dari acuan, susun untuk dihidangkan atau dijual. Membuat coklat merupakan salah satu hobi yang boleh menjana pendapatan. Daripada duduk berangan-angan, apa kata kita cuba buat coklat untuk mengumpul pendapatan sampingan? - CARI |
22
Bagus |
20
Marah |
29
Terkejut |
24
Sedih |
26
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT