Salah satu bentuk ujian dalam hidup adalah bila mana kita berada di atas jalan raya. Macam-macam dugaan akan kita hadapi. Dari sikap pemandu yang tidak sabar, biadab, sampailah membahayakan. Setiap pengguna jalan raya tidak akan terlepas dari mengalaminya. Terbaru, tular di laman sosial apabila Mcz Kimura Hang Ming memuat naik sebuah video di mana dia menjadi mangsa buli jalan raya.
Loading FB Post... Dalam kejadian di Tiger Lane menghala ke Pasir Pinji, Ipoh, Perak, Hang Ming dalam perjalanan pulang ke rumah apabila sebuah BMW berwarna hitam tiba-tiba memasuki lorongnya tanpa memberi lampu isyarat. Malah, Hang Ming nyaris merempuh kenderaan berkenaan apabila ia cuba menghalang laluannya dengan sengaja menekan brek kecemasan tanpa sebab. "Bukan sekali, tapi berkali-kali dia melakukannya. "Saya bukan sengaja melanggar lampu merah, tetapi saya melakukannya kerana saya berasa keadaan ketika itu tidak selamat. "Ada sesiapa mengenali pemandu ini? Saya nak tahu apa salah saya dan apa yang cuba dilakukannya sebenarnya," tulisnya.
Hasil 'risikan', netizen mendapati maklumat terperinci mengenai kenderaan yang dimiliki lelaki berusia 36 tahun berasal dari Bidor, Perak. Suruh buat laporan polis Bagaimanapun, segelintir netizen turut mempersoalkan kelajuan penunggang motosikal berkenaan yang melebihi had laju. "Hantar video ke FB JPJ, dua-dua kena saman," komen netizen. Sementara itu, apabila dihubungi pemandu terbabit mendakwa kereta berkenaan dipinjamkan kepada rakannya pada hari kejadian. Namun, dia kemudian berkata kereta itu sudah dijual, tetapi belum sempat membuat penukaran hak milik. Ada yang berkata, penunggang motosikal berkenaan tidak bersalah kerana kalau motosikal berkuasa tinggi tak boleh ditunggang laju, lebih baik menunggang basikal sahaja. Apa pendapat anda? - CARI |
12
Bagus |
7
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Iema5008 replied at 20-3-2018 01:57 PM
Ahahha aku x tau betul ke tak ayat moto kuasa tinggi x salah so korang boleh speed up suka ati koran ...
krustykrab replied at 20-3-2018 02:12 PM
hanya org bodoh je kata moto blh buat apa saja kat jalan....
lg teruk kata apa guna beli moto k ...
ashk4nn replied at 20-3-2018 11:04 AM
cmne eh cek nama ic semua berpandukan no plate kete je..boleh ke
ashk4nn replied at 20-3-2018 11:04 AM
cmne eh cek nama ic semua berpandukan no plate kete je..boleh ke
ADVERTISEMENT