CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Telaga Jacob Di Texas, Ramai Yang Selam Tapi Tak Pernah Keluar Hidup-Hidup

27-3-2018 10:51 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 5860| Komen: 19|Original author: Oleh: Diba S.

Telaga Jacob ini merupakan salah satu khazanah geologi semula jadi di Texas Hill Country, Amerika Syarikat. Ia juga merupakan gua dalam air yang terpanjang di negeri itu. 


Foto: Facebook
Menurut sumber, telaga ini mempunyai sejarah tersendiri. Ia pernah mengorbankan 8 penyelam sejak ia ditemui. 

Bagi para penyelam professional seluruh dunia, nama Telaga Jacob tidaklah asing, bahkan mungkin menjadi obsesi bagi sebahagian daripada mereka. Reputasi telaga ini sungguh menakutkan. 

Foto: Facebook
Ramai yang cuba menyelam di dasarnya dan ramai juga tak pernah keluar hidup-hidup. Namun ia tidak menghalang para pelancong untuk datang dan sekurang-kurangnya mandi-manda dan bukan menyelam di sini. 

Foto: Facebook
Telaga ini juga dikatakan mempunyai kedalaman berbeza. Ruang pertama berada di kedalaman 9 meter. 

Ia masih boleh ditembusi sinaran matahari. Jika seseorang itu terus menyelam hingga kedalaman 80 meter, ia akan menemui kegelapan dan ruang yang sempit. 

Foto: Facebook
Pada tahun 1983, seorang mahasiswa dari Southwest Texas State University, Richard Patton, kehilangan nyawanya ketika menyelam di ruang kedua. Khabarnya ia terperangkap di dalam dan tidak dapat keluar. 

Malah jasadnya tidak pernah ditemui. Jika ia terus ditelusuri, kita akan menemui ruang ketiga. 

Pada ruang ketiga khabarnya terdapat banyak batu kerikil. Kemudian ada ruang keempat. 

Foto: Facebook
Ruang keempat adalah ruangan yang paling susah untuk diteroka kerana pintu masuknya yang sempit. Tak ramai penyelam yang berani meneruskan penyelamannya hingga ke ruang keempat. 

“Telaga Jacob adalah inti dari kehidupan. Ia memberikan air setiap hari selama ribuan tahun,” kata David Baker, seorang tuan tanah setempat yang menyumbangkan tanahnya untuk tempat konservasi. 

Foto: Facebook
Telaga Jacob merupakan telaga semulajadi dan bukan buatan manusia. Hingga saat ini masih belum ada yang dapat memecahkan misteri telaga tersebut.

Anda berminat? Kalau ada peluang ke Texas jangan lupa singgah di telaga ini. 

Namun kami tak syorkan anda menyelam kecuali jika anda betul-betul berani menanggung risikonya! -CARI
13

Bagus
12

Marah
4

Terkejut
19

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-3-2018 11:36 AM
jernihnya air


Quote kroit92 27-3-2018 12:12 PM
hydrophobia, thalassophobia mesti takut nak mandi manda kat sini

entah ape benda yang keluar dari celah lubang tu, silap2 naga

Quote grizz 27-3-2018 12:14 PM
dalam sungguh telage ni..siap ade partition lg..
Quote armin 27-3-2018 12:26 PM
Mcm ada movie pasal ni
Quote dewi_rina 27-3-2018 02:18 PM
Seram nye.. tak kuasa nak menyelam kat situ
Quote Siputjelly 27-3-2018 02:51 PM
https://i.pinimg.com/originals/8a/55/cb/8a55cbf972a451faed22dc419e1fc424.jpg
Quote aunisofia 27-3-2018 04:21 PM
seramnya huhuhh
Quote Catpaw 27-3-2018 08:36 PM
Jernihnya air {:childlike
Quote aurorae 27-3-2018 08:44 PM
mau tak hilang, ada ruang air bawah tanah

Quote Artemesiaa 28-3-2018 06:19 PM
Walaupun nampak cantik tapi bahaya memandangkan ada arus dibawahnya
Quote imanamsyar 30-3-2018 08:18 AM
kroit92 replied at 27-3-2018 12:12 PM
hydrophobia, thalassophobia mesti takut nak mandi manda kat sini

entah ape benda yang kelua ...

hahahaa..betul tu..tgk gambo pun dah ngeri..hahahaaa
Quote greantea 1-4-2018 07:18 AM
jernihnya air. cantik. tp org ckp y cantik ni la y biasa banyak makan nyawa
Quote mbhcsf 1-4-2018 09:13 AM
cantik....subhanallah...
Quote nenek_lampir 1-4-2018 11:00 AM
cantik tapi seram tapi nak tau apa ada dalam tu selain air dan batu.
Quote zaziot 5-4-2018 10:49 AM
Canteknye...air jerneh..tp mmg xnak la terjun even mandi skali pun...aku pk kang ada lak kuasa yg menarik masuk ke dlm
Quote afie_m 5-4-2018 04:42 PM
x cantik tapi bahaya
Quote afie_m 5-4-2018 04:43 PM
cantik ..tapi bahaya
Quote dreamy_forest 11-4-2018 09:16 PM
Beautiful but creepy
Quote moonbug 12-4-2018 11:50 AM
Cantik alam semulajadi. Tapi seram sgt. Mcm movie Sanctum

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043302 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top