CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mudahnya Cari Makanan Halal Di New Zealand. Muat Turun Halal Food Guide Ini..

27-3-2018 12:01 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 2159| Komen: 0|Original author: Oleh: Faizal

Description: Bila bercakap tentang New Zealand, apa yang terlintas difikiran kita ialah kehijauan pemandangan yang cantik dan segar. Kita pasti akan teringat iklan susu segar dulu-dulu kan?Sebenarnya banyak perkar ...
Bila bercakap tentang New Zealand, apa yang terlintas di fikiran kita ialah kehijauan pemandangan yang cantik dan segar. Kita pasti akan teringat iklan susu segar dulu-dulu kan?


Sebenarnya banyak perkara menarik yang kita boleh terokai di negara ini. Yang pasti kebanyakannya adalah tentang alam semulajadi dan antara negara yang mempunyai udara paling bersih di dunia ialah New Zealand. Nak tau bagaimana rasanya menyedut udara segar, kena la pergi ke sana.

Selain mempunyai tempat-tempat yang menarik, kerajaan New Zealand sangat-sangat mengalukan kedatangan para pelancong ke negara ini yang berbilang agama dan bangsa. Tak terlepas bagi pelancong muslim, baru-baru ini badan pelancongan New Zealand telah melancarkan applikasi "Halal Food Guide' yang terkini untuk membantu para pelancong muslim.


Sebenarnya, Halal Food Guide telah dilancarkan pada tahun 2016 dan buku panduan ini telah dinaiktaraf pada tahun 2018 yang mana kini terdapatnya 289 dan lebih restoran dan kafe yang berstatus halal termasuk di dalam aplikasi ini. 

Keseluruhannya 51% pembaharuan telah dilakukan pada versi yang terkini.


Selain menunjukkan restoran dan kafe yang berstatus halal, penggunaan panduan ini juga akan membantu para pelancong untuk mencari kedai-kedai runcit untuk membeli barang keperluan di rumah. Memang sangat berguna!


Memetik dari newzealand.com, menurut Tourism New Zealand’s Regional Manager of South and South East Asia, Steven Dixon, penghasilan panduan dalam versi yang terkini menunjukkan betapa mereka begitu mengambil berat tentang keperluan pelancong-pelacong muslim yang datang ke New Zealand.

Penghasilan panduan ini adalah hasil daripada kolaborasi antara ederation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ) and Kiwi Muslim. Hazim Arafeh, Pengerusi FIAN menyatakan kelebihan Halal Food Guide ini adalah sesuatu yang sangat berguna bagi pelancong-pelancong muslim bagi mencari info-info terkini.

Beliau juga mengharapkan para pelancong muslim selesa dan yakin untuk bercuti atau melancong di New Zealand.

Bagi anda yang inginkan Halal Food Guide ini boleh muat turun di laman web Tourism New Zealand:

www.newzealand.com/int/feature/halal-guide-for-new-zealand/

Sumber Foto: Halal Food Guide - CARI 
12

Bagus
13

Marah
7

Terkejut
19

Sedih
20

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054967 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top