CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Kad Kredit Ibu, Budak 12 Tahun Tempah Percutian Solo Ke Bali

23-4-2018 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5658| Komen: 43

Budak lelaki berusia 12 tahun dari Australia nekad mencuri kad kredit ibunya dan menempah perjalanan solo ke luar negara.



Memetik Mail Online, selepas bergaduh dengan ibu bapanya, budak itu mencuri kad kredit berkenaan dan menempah penerbangan murah ke Indonesia.

Menurut ibunya, Emma, mereka sangat terkejut dengan tindakan anaknya, Drew yang berani menjalani percutian ke luar negara bersendirian.



Difahamkan, Drew membuat penelitian bagi memastikan penerbangan mana yang tidak memerlukan dia mengemukakan surat pengesahan ditandatangani ibu bapanya sebelum menempah tiket penerbangan tambang murah ke Indonesia.

Budak licik itu kemudian berjaya memujuk pengasuhnya untuk memberikan pasport miliknya sebelum mengemas pakaian dan terus ke lapangan terbang menaiki kereta api untuk pengembaraan solonya.

Dia menggunakan pemeriksaan layan diri sebelum menaiki penerbangan dari Sydney ke Perth yang kemudian membawanya ke Denpasar.


Foto: Mail Online

Drew mengakui dia terkejut kerana tiada sesiapa di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth mempersoalkan mengapa dia bersendirian.

"Mereka hanya meminta kad pelajar dan pasport saya untuk membuktikan usia," katanya.

Setibanya dia di Bali, ibunya memfailkan laporan orang hilang apabila dia tidak hadir ke sekolah, sementara Drew menginap di Hotel All Seasons selama empat hari sepanjang percutian solonya itu.

"Ianya sesuatu yang hebat kerana saya memang sudah lama mahu melakukan pengembaraan begini," katanya. - CARI
13

Bagus
13

Marah
26

Terkejut
14

Sedih
23

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 23-4-2018 11:01 AM
Semoga dilempang sedas dua. Sekian.
Quote miss_baby 23-4-2018 11:03 AM
adoii..
best ke dik mengembara solo
Quote zameyla 23-4-2018 11:11 AM
adoii...beraninya dikk..........
Quote fushimi 23-4-2018 11:14 AM
miss_baby replied at 23-4-2018 11:03 AM
adoii..
best ke dik mengembara solo

mengembara solo memang best

tapi seusia budak ni iols pun takut

sekarang selalu je mengembara solo
Quote fushimi 23-4-2018 11:15 AM
hebat anak mat saleh lari  dari umah terus terbang obeasea gitew

Quote mbhcsf 23-4-2018 11:19 AM
alang alang  anak mak , biar  habis  CC mommy  dirupiahkan...cayalah

anak mak sungguh
Quote bulan_gerhana 23-4-2018 11:23 AM
hadoi dek.. mendonia kau ke balik ye dek..

see dah nampak kepincangan sistem sesebuah penerbangan.. even budak 12 thn pun bole terbang sendiri.. seb bukan epot mesia.. ni epot ausie ni.. xde sape nak membawang ke ??
Quote kikuri 23-4-2018 11:41 AM
kalo bercita cita nak travel solo pon pakai duit sendirik la dekkk.... dah tau takde duit kumpullah duit belanja sekolah tu sikit sikit... sian mak ko
Quote idakamaruddin 23-4-2018 11:50 AM
kalau anak aku blk tu aku cepuk2 kt dahi dia

teringat cite home alone 2

sonok anak dia duk kt hotel 5 star guna cc bapak dia
Quote grizz 23-4-2018 11:53 AM
wah..berani sungguh..
gembire je dpt g bercuti..
siap la ko bile blek nati..
Quote mieymiey 23-4-2018 12:00 PM
Beraninya budak ni. Mesti dah lama dia buat kajian, akhirnya terlaksana. Tapi tunggu la hang balik rumah nanti
Quote lasagnaklcc 23-4-2018 12:06 PM
Pandai dia plan percutian.
Quote myakayina 23-4-2018 12:47 PM
ni spesis bijak dan berani tak bertempat ni..
Quote armin 23-4-2018 12:48 PM
Berani2 jugak. Kau kena culik potong kaki jadi peminta sedekah baru tau. Muka comel kokesen macam kau ramai pedo suka. Nasib baik tak jadi apa2
Quote moonbug 23-4-2018 01:38 PM
Bukan lari dari rumah dah ni, lari dari negara ko dik
Quote coco 23-4-2018 02:04 PM
perghhh four seasons tuuu
Quote tobby 23-4-2018 02:30 PM
takda apa nak diherankan.  Bali dgn australia dekat jer ..  cuba tengok map
Quote clarizsa 23-4-2018 03:32 PM
Harap anak i xperangai cmni nanti
Hahahaa

Best la budak ni berani je
Quote eyansss 23-4-2018 04:15 PM
coco replied at 23-4-2018 02:04 PM
perghhh four seasons tuuu

hahaha... parah la emaknya nak bayar balik...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.299247 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top