CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dulu Rajin Bersukan, Tapi Tiba-tiba Berhenti? Lihat Apa Berlaku Pada Tubuh Anda!

23-4-2018 12:02 PM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 6165| Komen: 25|Original author: Oleh: Has

Description: Ramai orang yang ingin menguruskan badan akan melakukan aktiviti bersukan. Memang tidak dinafikan, bersukan membantu membakar lemak, sekali gus menguruskan badan selain bertambah sihat.
Ramai orang yang ingin menguruskan badan akan melakukan aktiviti bersukan. Memang tidak dinafikan, bersukan membantu membakar lemak, sekali gus menguruskan badan selain bertambah sihat. 


Tetapi, tahukah anda berhenti bersukan secara tiba-tiba akan mendatangkan kesan buruk pada tubuh? Ketahuilah, bersukan yang sudah menjadi rutin harian atau mingguan akan memudaratkan hidup anda jika anda berhenti secara mendadak. 

Antara kesan dan akibatnya seperti dipetik dari Vemale.com adalah:


1) Kadar gula meningkat

 

Foto: Obatherbalinfeksiparuparu.layanankesehatan.com

Keadaan ini berlaku apabila kadar gula yang selalu dimanfaatkan ketika bersukan sudah tidak lagi digunakan dalam masa dua hingga tiga minggu untuk tujuan sama. Kadar gula yang tinggi ini pula akan mendedahkan anda kepada risiko diabetes dan masalah jantung. Jadi, janganlah terus berhenti daripada bersukan. Setidaknya, lakukan senaman ringan supaya tubuh tidak 'terkejut'.


2) Tekanan darah naik

Foto: Kabaroke.co

Ini terjadi kerana pembuluh darah akan melambatkan pergerakan dan akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Ini akan terjadi jika anda tidak bersukan selama tiga minggu berturut-turut.


3) Otak lambat bekerja

Foto: Ganodermasaludybienestar.blogspot.my

Kemampuan otak bekerja turut terjejas jika anda berhenti bersukan secara mendadak! Ini kerana otak akan mengalami penurunan kemampuan untuk bekerja, selain menyebabkan anda lambat bertindak. Paling menakutkan, ia boleh menyebabkan anda kehilangan memori secara berperingkat juga.


4) Berat badan meningkat

Foto: Hellosehat.com

Keadaan ini pasti berlaku kepada kebanyakan mereka yang terus melupakan rutin senaman. Kalau tidak dijaga, memang boleh menjadi montel!


5) Buncit

Foto: Wanista.com

Anda pasti tidak mahu perut menjadi buncit, bukan? Jadi, teruskan bersukan walaupun dengan menaiki anak tangga dan berjalan kaki.


Bersukan bukan sahaja dapat menguruskan anda, malah ia juga memberi banyak faedah kepada tubuh badan. Jadi, jangan sesekali berasa malas untuk bersukan ya. - CARI

9

Bagus
23

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 23-4-2018 12:05 PM
its happened to me
Quote kechikchomel 23-4-2018 12:14 PM
cikgu sekolah rendah ktorang dulu...
dah berumur lah, pendek je orangnya tapi berisi
dia citer zaman muda dia dulu dia aktif bola jaring
dah berumur, tak aktif bersukan dah, jadi camtu
Quote grizz 23-4-2018 12:27 PM
member iolls dlu aktif bile warded dlm 5 ari..so xactiv.
trus detect buah pinggang then 2ari lepas tu..innalillah dh..
Quote palmolive 23-4-2018 12:30 PM
start puasa la pulak cmtu
Quote kikuri 23-4-2018 12:36 PM
oklah.... terpaksalah aku biorkan laki aku main beskal... gemok takpe jangan berpenyakit...
Quote kechikchomel 23-4-2018 12:38 PM
Bila tengok kebanyakan player bola yg dh retired tu...ekkk!!!
Quote CiliPadiSedap 23-4-2018 01:01 PM
akak dulu main kejar2 dengan sis vokuru. kurus jua.
Quote fushimi 23-4-2018 01:36 PM
CiliPadiSedap replied at 23-4-2018 01:01 PM
akak dulu main kejar2 dengan sis vokuru. kurus jua.

mesti kopek korang berayun ayun kan
Quote chicozinn 23-4-2018 02:13 PM
tau xpe..meollss dlu aktif sukan makan banyak xde efek pon..skang ni mkan skit je tpi payah nak turun
Quote saviour_09 23-4-2018 02:14 PM
yup
dulu rajin jog at least twice a week
sekarang sebulan sekali pun malas
maka memboncit la perutttt
Quote nadihazza 23-4-2018 03:48 PM
macam ada simptom2 mcm ni je..dulu maraton skrg harammm..
Quote taji2906 23-4-2018 04:03 PM
dulu selalu main bola.. pastu eksiden badan tak macam dulu.. sekarang, adoyaiii badan...
Quote LostStar 23-4-2018 04:09 PM
semenjak injured.. badan pon jadi hodoh.. berat sama jek.. tp jd lembik dan boroi.. mungkin muscle da jd lemak kot.. masalahnya tak boleh berlari.. adoii sedehnya..
Quote besarkecik 23-4-2018 04:37 PM
meols cycling & joging.
makanya paha iols dah macam atlit
Quote nuralisa 23-4-2018 04:38 PM
itula... bila x bersukan badan jd x kemas..
tpi bila umur meningkat, rasa malas jer nak bersukan...
Quote chinta89 24-4-2018 09:07 AM
berhenti mengejut ni mmg bahaya.. sb kadar pemakanan kita dh mmg sebanyak tu spnjg kte bersukan.
so tiba2 berhenti sukan, tetapi kadar kalori/pemakanan tetap sama mcm sblm ni.

so, kalau nk berhenti sukan secara mendadak atas faktor2 tertentu (kekangan masa/kecelakaan ketika bersukan n perlukan rehat) adalah disarankan kurangkan pemakanan ketika 'proses berhenti bersukan' tu.

cth, biasa makan nasi 3 pinggan. hari2 tea tarik. tiba2 dh stop sukan, ko x leh la makan nasi mcm sblm ni. dari 3 pinggan, kurangkan ke[ada satu atau dua pinggan (nak 3 pinggan pun blh tapi kurangkan kuantiti nasi).
Quote sarahmirza 24-4-2018 10:34 AM
Paras gula normal.
Tekanan darah tak naik.
Tetap kreatif maknanya otak masih aktif
Berat ada sikit meningkat.. now 58kg at 1.61m
Buncit mmg ada la sebab makan banyak..

Yang ketara, badan sakit2..
Bila badan dh selalu berpeluh & otot dah biasa meregang mengecut...
Tiba2 slow je pergerakannya, itu yang sakit kot.

Quote mamapea 24-4-2018 10:51 AM
aku badan berisi tp aku aktif dok masuk fun run 5-7km tiap2 bln...
kalau x masuk fun run kt ofis ni mmg kena berjalan bnyk...
nk pi toilet pun skali jln dh 100 langkah...
walaupun badan aku ni berisi tp Alhamdulillah...kesihatan aku baik...
Quote barfi 24-4-2018 04:55 PM
sarahmirza replied at 24-4-2018 10:34 AM
Paras gula normal.
Tekanan darah tak naik.
Tetap kreatif maknanya otak masih aktif

Tinggi kita sama sis

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.179928 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top