CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jeans Berbau? Tak Perlu Basuh, Guna Kopi Saja Dah Cukup!

20-4-2018 05:08 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4959| Komen: 4|Original author: Oleh: Ayu

Description: Pakaian berasaskan denim sepatutnya tidak perlu sering dibasuh. Ini diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Levi's, Chip Bergh bahawa seluar jeans yang dipakainya tidak pernah dicuci selama setah ...


Pakaian berasaskan denim sepatutnya tidak perlu sering dibasuh. Ini diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Levi's, Chip Bergh bahawa seluar jeans yang dipakainya tidak pernah dicuci selama setahun! 

Ini berita baik bagi mereka yang malas membasuh jeans. Tetapi, apa yang perlu dilakukan apabila jeans berbau masam dan kotor? Ini caranya. 


1. Tanpa air dan matahari, freezer dapat membuatkan jeans bersih seperti yang baru.

Foto: IDN Times

Lipat jeans dengan rapi, lalu letakkan di dalam zip lock bag. Masukkan beg plastik itu ke dalam peti sejuk beku. Proses pembersihan ini tidak akan menghapuskan noda, tetapi dapat membunuh organisma hidup yang ada di dalamnya. 


2. Jangan perkecilkan kehebatan cuka. Ia dapat mengembalikan warna jeans yang pudar menjadi seperti baru! 

Foto: hipwee

Rendam jeans ke dalam air dingin bersama satu cawan cuka putih selama jam. Ingat cuma direndam ya, bukan dicuci. Kemudian, gantung sampai kering dan tidak perlu khuatir dengan bau cuka. Apabila sudah kering nanti bau cukanya akan hilang dengan sendiri.


3. Bawa jeans bersama apabila mandi menggunakan pancuran air hangat.  

Foto: Jacy Joan

Cara ini sangat mudah dan cepat. Anda cuma perlu menggantungkan jeans selama mana anda mandi. Ini kerana, wap panas dapat mengembangkan jeans anda dan mengeluarkan bau-bau yang tidak enak.


4. Jemur pada panas matahari sederhana.

Foto: hipwee

Ketika cuaca di luar cerah, gantungkan jeans di luar. Sinar matahari dapat menghilangkan bau, tapi dalam masa sama dapat memudarkan warna. Jadi, berhati-hati ketika menjemur, jangan sampai terlalu panas.


5. Noda-noda pada jeans akan hilang menggunakan berus gigi dan baking soda.

Foto: hipwee

Campurkan serbuk soda dan air, lalu oleskan pada bahagian yang kotor. Biarkan hingga kering sebelum berus dengan perlahan.


6. Bukan sahaja segar dan enak diminum, jus lemon juga boleh membersihkan jeans.

Foto: hipwee

Cukup dengan hanya mencampurkan jus lemon dan air, lalu gosokkan pada bahagian yang terkena kotoran atau berbau. Kemudian, gantung hingga jeans kering.


7. Kopi juga dapat menyerap bau. Hanya tinggalkan semalaman, jeans tampil seperti baru.

Foto: hipwee

Tahukah anda, kopi bertindak seperti barang ajaib apabila diperlukan? Kopi akan menyerap bau kurang enak termasuk dari jeans. Letakkan jeans bersama semangkuk kopi di dalam laci.

Proses cucian konvensional kadangkala merosakkan warna dan tekstur denim, jadi tak usah risau lagi. Semoga tip ini membantu ya! - CARI
7

Bagus
19

Marah
5

Terkejut
16

Sedih
27

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 20-4-2018 05:53 PM
  
Quote lazim 22-4-2018 08:19 PM
Lagi pyh tipsnya .. baik la naduh mcm biasa
Quote pinkypetal 24-4-2018 12:06 PM
Basuh jerla macam biasa. Pengotor pakai berbulan2 tak basuh 2 minggu tahan lagi. Memang i selalu baca jeans tak perlu dibasuh selalu. Tapi kalau dah pakai dalam seminggu dua tu basuh jerlah. Terbalikkan before masuk dalam washing machine.
Quote azradiza 25-4-2018 02:27 PM
lepas pakai 2-3 kali, iols mesti basuh jeans
sebab dah terbayang segala kotoran melekat kat jeans tu walaupun takde nampak stain

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044353 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top