Seorang lelaki hilang penglihatan selepas matanya dikorek keluar menggunakan sudu oleh bapa dan empat adik beradiknya yang lain. Abdul Baqi, 22 yang duduk di perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan diperlakukan sedemikian gara-gara mahu bernikah dengan gadis pilihannya.
The Sun melaporkan, Baqi sebelum itu telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya. Namun permintaan itu telah menyebabkan bapanya, Dost Muhammmad, 70, dan empat adik beradik lelakinya iaitu Abdul Ghani, Abdul Sattar, Abdul Rehman dan Abdul Karim naik berang. Kesemua mereka didakwa mengurung mangsa di dalam sebuah bilik dan tanpa belas kasihan mengorek keluar biji matanya.
Ibu mangsa turut dikurung supaya tidak masuk campur dengan urusan tersebut. Baqi berkata, "Saya memberitahu bapa dan adik beradik lelaki yang lain bahawa saya mahu bernikah dengan kekasih saya. "Bapa saya pada awalnya bersetuju. Namun tiga jam kemudian dia bawa saya masuk ke dalam bilik dan empat adik beradik yang lain mengikat saya di atas katil. "Mereka kemudian mengorek keluar mata saya. Saya menjerit meminta tolong tetapi tidak diendahkan." Bqi dikejarkan ke hospital dan disahkan buta seumur hidup. Polis telah menahan bapa Baqi dan dua adik beradiknya, sementara memburu dua lagi yang masih lagi bebas. -CARI |
9
![]() Bagus |
17
![]() Marah |
4
![]() Terkejut |
1
![]() Sedih |
![]() Lawak |
10
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT