CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puluhan Juta Ringgit Dalam 11 Bagasi Selesai Dikira

22-5-2018 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36635| Komen: 305

11 dari daripada 72 beg bagasi yang mengandungi wang tunai berjumlah puluhan juta ringgit selesai dikira pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di ibu pejabatnya dekat Menara KPJ, Jalan Tun Razak, lapor BH Online.


Menurut laporan, sebanyak 26 beg berisi wang tunai dibawa ke bangunan terbabit untuk proses pengiraan.


Foto: mStar Online

Namun, hingga malam tadi hanya 11 beg selesai menjalani proses pengiraan dan ia disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung proses pengiraan sedang dijalankan pihaknya.


Manakala, baki 15 beg yang masih belum dikira dilihat dimasukkan ke dalam lori polis dipercayai menuju ke Bukit Aman. Sementara itu, 11 beg berisi wang yang sudah dikira dihantar ke Bank Negara Malaysia (BNM).


Foto: BH Online

Kesemua beg terbabit disita dalam operasi membabitkan tiga unit kediaman milik keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk pangsapuri mewah di Pavilion Residences milik kenalannya bergelar Tan Sri.

Difahamkan, proses pengiraan bermula jam 10 pagi semalam, namun mengambil masa lama disebabkan jumlah wang terlalu banyak termasuk membabitkan pelbagai mata wang asing.

Malah, anggota perlu merekodkan setiap nombor siri setiap mata wang untuk dijadikan bukti dalam proses siasatan susulan.

Sementara itu, semua barang kemas dan jongkong emas yang turut dirampas akan menjalani proses pengiraan nilai oleh sebuah bank. - CARI
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 22-5-2018 08:42 AM
woaaaahhhh... 11 bag dah ada rm100 juta... kali kata secara average sama, baki 61 beg tu akan ada rm600 lebih kurang... kepala bapak kau... hahaha...

meh sini rm100k please... aku nak kembangkan bisnes...
Quote noor2 22-5-2018 08:44 AM
Ya Allah ..betul ka. ....terlopong aku baca. ...
Quote sub5zero 22-5-2018 08:45 AM
Wow! 100j saja2 je simpan dlm umah, yg ni derma sapa plk?
Quote zafira 22-5-2018 08:46 AM
ini duit menabung dari kecik gamaknya....
Quote laksmanabentan 22-5-2018 08:47 AM
noor2 replied at 22-5-2018 08:44 AM
Ya Allah ..betul ka. ....terlopong aku baca. ...

itu dari KOSMO tu... bukan akhbar2 picisan...
kalau akhbar KOSMO berita camtu, kira confirm la kan...

ishhhh.... terbayang camna la duit 100 juta tu kan..
berkepuk2 kan... perhhh selamba jer 100 juta tu weeii...
kenapa Najib simpan duit berkepuk2 camtu ekk....
Quote genUmi 22-5-2018 08:50 AM
nak sikit, nak clearkan hutang rumah
Quote jalfa 22-5-2018 08:50 AM
10 juta ke 100 juta?
Quote haryatie 22-5-2018 08:51 AM
fuhhhhh....berkepuk duit tu..
siapa la yg sedekah kat dia
Quote noor2 22-5-2018 08:51 AM
laksmanabentan replied at 22-5-2018 08:47 AM
itu dari KOSMO tu... bukan akhbar2 picisan...
kalau akhbar KOSMO berita camtu, kira confirm la ka ...

Aku sedih tahun lepas saudara terdekat punya susah nak buat pinjaman bank sebab sedara sakit nak bedah. ...

Nak minta zakat tak layak tengok pendapatan tapi simpanan tak.ada sebanyak kos pembedahan. ...

Alih2 najib simpan duit berkepuk sampai 100 juta dalam rumah....belum dalam bank...bukan 100k
Quote hawaq 22-5-2018 08:52 AM
pandai jibby and rossy menabung dari kecik
macai mesti bangga
Quote fushimi 22-5-2018 08:53 AM
wow 100 juta simpan cam gitu je

jenuhlah sapa yang kena kira

aku kira duit sejuta pun dah berpinar biji mata

ni nak kena kira 100 juta
Quote laksmanabentan 22-5-2018 08:54 AM
eyansss replied at 22-5-2018 08:42 AM
woaaaahhhh... 11 bag dah ada rm100 juta... kali kata secara average sama, baki 61 beg tu akan ada rm ...

itu belum habis kira lagi tuh... giler la....
Quote laksmanabentan 22-5-2018 08:55 AM
fushimi replied at 22-5-2018 08:53 AM
wow 100 juta simpan cam gitu je

jenuhlah sapa yang kena kira

hebat gak ko kira sejuta tu... banyak mana sejuta tu weeii...

bukan setakat kira jer, no siri duit tu pun Polis kena catat weeii...
tak tidur malam nak tulis satu persatu..
Quote sub5zero 22-5-2018 08:56 AM
Nak tanya macai @rashiman yg kerja kerani akaun Genting, betulke ni duit lim goh tong byr upti kat jibbun bulan2? Sbb jual tanah genting tu?
Quote eyansss 22-5-2018 08:56 AM
laksmanabentan replied at 22-5-2018 08:54 AM
itu belum habis kira lagi tuh... giler la....

aku amek purata tu... 11 beg = rm100 juta... kiranya satu beg lebih kurang rm10 juta... baki 61 beg x rm10juta = rm610juta... pakcik kayooooo... hahaha...
Quote hungryhenry 22-5-2018 08:56 AM
Biasanya simpan kepuk2 kat umah ni either drug money atau money heist atau rasuah. Najib plak define as derma lol
Quote vanillaninja 22-5-2018 08:57 AM
Tak boleh imagine betapa banyaknya duit RM100 juta tu. Tu baru 11 luggage
Quote jofizo 22-5-2018 08:58 AM
laksmanabentan replied at 22-5-2018 08:47 AM
itu dari KOSMO tu... bukan akhbar2 picisan...
kalau akhbar KOSMO berita camtu, kira confirm la ka ...

mesti la simpan kat rumah, simpan kat bank kantoi la, nanti ada je staff bank yg akan dedahkan akaun bank dia
Quote noor2 22-5-2018 08:58 AM
sub5zero replied at 22-5-2018 08:56 AM
Nak tanya macai @rashiman yg kerja kerani akaun Genting, betulke ni duit lim goh tong byr upti kat j ...

Hehe.......

Lihat semua komen(305)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069915 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top