CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Lagi Tukang Masak Asing Di Semua Restoran Pada 2019 - Kementerian Sumber Manusia

22-6-2018 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13858| Komen: 174

Pada 2019, tiada lagi tukang masak asing diambil sebagai pekerja di semua restoran di negara ini.

BERNAMA melaporkan, Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran mengambil tukang masak tempatan bermula 1 Julai ini.


Bagaimanapun, pengusaha diberi tempoh hingga hujung tahun ini bagi memastikan tiada tukang masak asing bekerja di restoran mereka.


Foto: The Star

Menurut menterinya, M Kulasegaran, peraturan baharu itu akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

"Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi, kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi," katanya kepada Bernama News Channel, semalam.


Tegasnya, langkah itu dapat menjaga kualiti makanan tempatan selain mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing.

Sementara itu, presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma), Ayub Khan mendakwa sukar mendapatkan orang tempatan sebagai pekerja restoran.

"Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran," katanya. - CARI
8

Bagus
2

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofiazara 22-6-2018 03:51 PM
barulah rakyat tempatan ada kerja

ni balik2 nak import pendatang asing tak cucuk vaksin
Quote MissVixen 22-6-2018 03:53 PM
Baguslah macam tu. Tapi jangan cakap je. Penguatkuasaan lembab.
Quote Maideen. 22-6-2018 03:58 PM
Peluang bagi anak anak Malaysia yang mengikuti kursus masak memasak di IPTA untuk bekerja di restoren (termasuk restoren mamak).

Terima kasih kepada kerajaan baru.
Quote Modngengade 22-6-2018 04:01 PM
PETALING JAYA - Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Menterinya M. Kula Segaran, berkata bagaimanapun semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.

“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi...kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma) di Petaling Jaya.

Katanya kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan Prisma serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma) dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.

Kula Segaran berkata langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.

Beliau berkata tindakan kementeriannya ini selari dengan langkah yang diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang, yang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.

Mengulas kenyataan Kula Segaran itu, Presiden Prisma P. Muthusamy berkata keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita hadapi masalah mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lepas kerana kekurangan pekerja,” katanya.

Muthusamy berharap kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan keputusan itu.

Presiden Presma, Ayub Khan pula berkata masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan yang mahu bekerja di restoran.

“Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran,” katanya. - Bernama
Quote BateriKOng 22-6-2018 04:10 PM
restoran itali yang masaknya jawa johor. tahniahla..

restoran arab yang masaknya cina bukit.

restoran thai yang masaknya india kerala.. kah3
Quote R2D2 22-6-2018 04:19 PM
tapi bab Tom Yam ramai prefer tukang masak Selatan Thai
Quote matchstick 22-6-2018 04:22 PM
baguslah. dh lama x makan foodcourt sbb penuh dgn pekerja warga asing
Quote lucky_peace 22-6-2018 04:27 PM
baguslah, harap betul2 menjadi... ni foodcourt kat mall sume warga asing yg sediakan... pelayan pon orang asing... food court kat Airport pon sama, pintu masuk utama negara tak mencirikan orang Malaysia langsung...
Quote chazey 22-6-2018 05:02 PM
YEEESSSSS syukuuur alhammmmdullilllaaaaahhh akal benci rasa masakan non lokal! (except chef Siam mari).
Quote chazey 22-6-2018 05:03 PM
Nak makan pretzel Auntie Anne's pun akak geli lehat pekerjanya Bangla yah! Korang pi la beli makanan non lokal operate, memang tak sesedap air tangan lokal, termasuklah fast food.
Quote Artemesiaa 22-6-2018 05:05 PM
Bagus ler bagi peluang kat local people pulak ni kalau lalu area foodcourt semua bangla yang jadi tukang masak tukang ambik order tak lalu nak makan.
Quote msdummy.2018 22-6-2018 05:14 PM
lepas ni kalo  org tempatan masih ckp xder peluang pekerjaan ....silakan merempat ke lautan pasifik...no more excuse dahhhh
Quote kucen_miang 22-6-2018 05:17 PM
sofiazara replied at 22-6-2018 03:51 PM
barulah rakyat tempatan ada kerja

ni balik2 nak import pendatang asing tak cucuk vaksin

sohaikepam takda chan la jd chefs
Quote OrenTheReturn 22-6-2018 05:17 PM
Ini lah masanya sqpa yg minat memasak g ambik kursus masakan korean jepun segala, peluang dah terbuka kena usaha jah
Quote MrBoss 22-6-2018 05:19 PM
Kesian dengan pengusaha restoran lepas ni.Bergelut la dengan kerenah tukang masak tempatan yg disiplin ke laut..
Quote ashilalat 22-6-2018 05:29 PM
Dari segi bagusnya pada rakyat tempatan..mmg ok sangat lah kalau rakyat tempatan yg masak dan serve. Sbb lokal punya masakan dan tukang masak jauh lg sedap dari org  luar punya.

Tp aku kesian jugak pada pengusaha restoran. Takut gak smua gulunh tikar sbb bukan ramai rakyat tempatan nak keje kat restoran sama ada masak atau layan tamu. Tu belom displin pekerja tempatan yg ikut suka aku nak krje ke tak. Mengeluh la pengusaha restoran nanti.
Quote kiambang 22-6-2018 05:42 PM
Peluang anak tempatan tunjukkan skill memasak makanan mamak ..
Quote OrenTheReturn 22-6-2018 05:47 PM
Klu aku balik msia ok keja waitress tp nak restaurant yg bersih cantik ada class jugaklah lol, geli duk tempat kotor2. Restaurant tepi jalan tepi longkang geli, jenis kedai mkn mcm ni tmpt basuh pinggan semua mcm thp pprt, toilet kotorr eeee tak sanggopp
Quote orked44 22-6-2018 05:51 PM
foodcourt giant pom ramai warga asing.

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055471 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top