CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tembak Muka Sendiri, Wanita Dapat Muka Baru

15-8-2018 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6205| Komen: 30

Wanita berusia 22 tahun menjadi yang termuda di Amerika Syarikat (AS) menjalani pemindahan wajah selepas dia menembak muka sendiri dengan senapang patah milik abangnya dalam satu cubaan bunuh diri.




Memetik The Sun, Katie Stubblefield menjalani pembedahan selama 31 jam di Cleveland, Ohio pada 4 Mei, 2017 selepas lebih tiga tahun insiden cubaan bunuh diri itu.

Menceritakan pengalamannya kepada National Geographic, Katie berkata, dia kini umpama mendapat 'satu lagi peluang untuk hidup'.



Pada 25 Mac, 2014, wanita dari Oxford, Mississippi itu melakukan cubaan bunuh diri selepas ditinggalkan kekasihnya.

Difahamkan, abangnya, Robert menemui adiknya terbaring di lantai bilik air 'tanpa wajah' selepas menembak mukanya.



Katie kemudian dikejarkan ke hospital di Memphis, Tennessee di mana doktor terpaksa menjahit matanya bagi menyelamatkan korneanya.

Dia seterusnya dipindahkan ke pusat perubatan di Clevelend untuk membaiki struktur tulangnya termasuk hidung dan rahangnya.

Selepas keadaannya disahkan stabil pada penghujung 2015, Katie dimasukkan dalam senarai pemindahan wajah pada Mac tahun berikutnya.



Kemudian, pada 4 Mei tahun lalu, Katie menerima wajah seorang wanita (Adrea Schneider) yang mati akibat pengambilan dadah berlebihan, sekali gus menjadikannya individu termuda menjalani pembedahan itu.


Kredit foto: The Sun/National Geographic

Katie kini menjalani rawatan terapi untuk berjalan dan bercakap. - CARI
6

Bagus
27

Marah
8

Terkejut
23

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 15-8-2018 05:48 PM
cm cite face off
Quote Ferr_Remy 15-8-2018 05:49 PM
Elok2 lawa.
Quote cicicumel 15-8-2018 05:56 PM
Harap2  x cuba bunuh diri kali kedua slps tgk cermin.
Quote Artemesiaa 15-8-2018 06:18 PM
Nak dapatkan macam yang asal dah tak boleh dah suka tak suka kena terima demi teruskan kehidupan
Quote matkpop 15-8-2018 06:30 PM
elok je lawa muka asal tu.
Quote AmandaRollins 15-8-2018 07:58 PM
Wow cantiknya muka asal dia..hati kering sgt tembak muka sendiri..auchhh
Quote AvaAdore 15-8-2018 08:08 PM
Sygnya muka lawa dulu..
Quote mizzmimi 15-8-2018 08:29 PM
Muka helok lawa cari lain lah dek yang ko pi bunuh diri watpe.. Ko mati lain cerita lah ko idopp nyesal lak tuh.. Ex ko nak kesian? Nanhadoo
Quote nobito 15-8-2018 08:45 PM
Ex kau tu hensem sangat ke???

Muka kau buruk, dia sedap memanta* betina lain
Quote Changa 15-8-2018 08:52 PM
Tetap hauk muka baharu, sila buat surgery lagi untuk repair
Quote EvieWanKenobi 15-8-2018 10:05 PM
kalau muka boifren yang dimusnahkan takpe jugak..
baru puas hati..
Quote buapakperut 15-8-2018 10:58 PM
batmana: cm cite face off

haah la .. boleh ea betul2 pindah muka
Quote buapakperut 15-8-2018 11:00 PM
tetibe masa baca keluar ad pasal sudu kat mata huhuhu
IMG_20180815_225735.png
Quote sukacactus 15-8-2018 11:06 PM
Sayang muka lawa dah dl ni tp bengong
Quote moonbug 16-8-2018 12:03 AM
Lawanya dia dulu. Sweet smile. Ngeri tgk yg belum operate tu, tak dapat bayang muka hancur macam mana
Quote EvieWanKenobi 16-8-2018 07:14 AM
moonbug replied at 16-8-2018 12:03 AM
Lawanya dia dulu. Sweet smile. Ngeri tgk yg belum operate tu, tak dapat bayang muka hancur macam man ...

mesti hancur teruk tu..

lidah, mata, mulut semua
reconstructive surgery..

nak bercakap pun kena belajar semula..
rugi betul hanya kerana seorang lelaki..
Quote kucing_gebu 16-8-2018 07:29 AM
kalau tgk pada rupa asal tu takat sorang kekasih tinggal melambak lg yang nak.....
Quote mjla 16-8-2018 08:28 AM
Pempuan lawa bukannya otak cerdik
Cuma perasan jer cam cerdik
Suker ikut perasaan
Quote noor2 16-8-2018 08:31 AM
Gambar bawah sekali kenapa x sama dengan gambar atas sekali sebelah kiri tu......

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.062678 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top