CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terperangkap Dalam Tubuh Kanak-kanak, Lelaki 25 Tahun Benci Lihat Cermin

15-8-2018 12:32 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4790| Komen: 22|Original author: Oleh: Suzy

Description: “Saya benci kanak-kanak dalam cermin itu!” ujar seorang lelaki berusia 25 tahun yang terperangkap dalam tubuh budak lelaki berusia 12 tahun.


“Saya benci kanak-kanak dalam cermin itu!” ujar seorang lelaki berusia 25 tahun yang 'terperangkap' dalam tubuh budak lelaki berusia 12 tahun. 

Memetik The Sun, ia adalah kesan daripada penyakit yang jarang berlaku menyebabkan ramai tidak percaya usia sebenarnya. Tomasz Nadolski mengalami penyakit Fabry yang menyebabkan tumbesarannya terganggu.

"Saya berusia 25 tahun dan ingin kelihatan seperti seorang lelaki sesuai usia saya. Saya benci lelaki yang saya lihat di cermin setiap harikerana dia bukan saya," ujar Nadolski kecewa.

Masalah Nadolski bermula ketika berusia tujuh tahun. Dia mula muntah selepas makan selain menderita rasa sakit di perut, tangan dan kakinya pada usia itu. 


Bagaimanapun, doktor tidak dapat mengesan punca kesakitan yang dialaminya, malah mengesyaki masalahnya berpunca daripada sakit mental dan bukan fizikal.


Foto: The Sun UK

Nadolski menambah, "Ibu bapa saya dalam dilema kerana mereka melihat kesakitan yang saya alami, tetapi mereka terpaksa percaya kepada kenyataan doktor bahawa saya sakit mental dan hanya perlu makan lebih banyak."

Nadolski juga mengakui hubungannya dengan sanak saudara semakin terjejas kerana mereka masih memperlakukannya seperti seorang kanak-kanak akibat penampilannya itu. 

Menurutnya, penyakit itu juga mempengaruhi kehidupan sehariannya kerana orang ramai tidak mempercayai usia sebenarnya.


Foto: The Sun UK

"Saya sering mengalami situasi menyedihkan. Apabila saya menunjukkan kad pengenalan di pejabat atau jika polis menghentikan saya, mereka menuduh saya mempunyai kad pengenalan palsu," katanya.

Penyakit Fabry boleh menjejaskan banyak bahagian dalam tubuh badan termasuk buah pinggang, jantung dan kulit, hasil dari pembentukan lemak yang dipanggil globotriaosylceramide

Namun, nasib Nadolski agak baik apabila pengeluar rawatan mahal untuk penyakit itu bersetuju untuk membekalkannya ubat-ubatan secara percuma. - CARI
31

Bagus
30

Marah
25

Terkejut
36

Sedih
25

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (186 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 15-8-2018 12:40 PM
Cute je
Iols ponx pecaya.umur dia 25
Iols.igt pic 1st tu dia...
Rupanya bukan
Quote saladin780 15-8-2018 12:42 PM
kesian..
tp positif je lah dek..at least ko mampu bergerak..x buta pelbagai
Quote EvieWanKenobi 15-8-2018 12:44 PM
yelah.. macam budak2..
patutlah dia stress..
Quote buapakperut 15-8-2018 01:11 PM
cuba adik simpan kumis ..kot2 nmpk tua sikit
Quote Sazida 15-8-2018 04:03 PM
kalau kt malaysia dorang bangga sbb nampak muda jah.boleh menggatal..
Quote Shayang 15-8-2018 04:29 PM
Teringat cite The Orphan ke apa tajuknya, anak yatim saiko rupanya org dewasa tp sbb sakit apa tah jd badan dia petite tak membesar mcm org dewasa jd dia asik menyamar jd budak ppuan umur 9 tahun pastu jd anak angkat org.
Quote fox. 15-8-2018 04:39 PM
ace try kau gi gym bina badan
Quote sukacactus 15-8-2018 04:42 PM
Kat sini pompuan terperangkap dlm tubuh lelaki meroyan xleh buang air kat toilet pompuan katanya
OKU pun xsudi terima
Quote kroit92 15-8-2018 07:01 PM
alololo comelnya dia, patut la stress tengok cermin

dah jadi lelaki dewasa, tapi dilayan macam budak2 comel, mane tak stress

terbalik dengan aku, aku dari kecik membesar terlalu cepat
paling tinggi dan besar di sekolah rendah,
lepas tu paling tinggi dan besar di sekolah menengah,
tak sempat nak main-main macam budak lain, kawan takut

btw, drugs tak boleh bantu ke? kalau takde side effect la
macam yang orang amik tu, hormone la, steroid la, apebenda ntah
Quote Foxey 15-8-2018 07:12 PM
He looks cute but kesian la kalau trapped forever macam tu... Tak merasa kehidupan yang normal...
Quote Ferr_Remy 16-8-2018 11:33 PM
Silap2 kalau omputeh main dgn die ni kena cop pedo.. kah3... apepun leh la apply jadi pelakon brazzers. Diorg mmg suka camni.
Quote gdspls 17-8-2018 11:31 AM
Shayang replied at 15-8-2018 04:29 PM
Teringat cite The Orphan ke apa tajuknya, anak yatim saiko rupanya org dewasa tp sbb sakit apa tah j ...

best cite tu..
bila bukak gigi palsu dah hitam2 gigi nya mcm nenek..
jadi anak angkat nak ngorat laki org ke cemana tah kan..


Quote abbyhoney 17-8-2018 01:01 PM
pernah tengok cerita org putih yg perempuan ni eksiden lepas tu kena panah petir. Dia jadi tak tua2. Hidup dari usia belasan hingga anak dia dah jadi nenek2. Dia terpaksa menipu kt org yg anak dia tu nenek dia. Dia bercinta dgn ramai lelaki tapi tak boleh kahwin sebab dia tak tua2. Last2 dia jatuh cinta dgn anak bekas pakwe dia yg pertama zaman sekolah. Masa tu lah rahsia dia terbongkar. Bekas pakwe dia perasan dia siapa.
Quote Shayang 20-8-2018 07:34 AM
abbyhoney replied at 17-8-2018 01:01 PM
pernah tengok cerita org putih yg perempuan ni eksiden lepas tu kena panah petir. Dia jadi tak tua2. ...

Oh cite tu yg pelakon pompuan blake apa tah nama ada tek lalat mcm lofa tu kn.
Quote rykall 20-8-2018 07:44 AM
abbyhoney replied at 17-8-2018 01:01 PM
pernah tengok cerita org putih yg perempuan ni eksiden lepas tu kena panah petir. Dia jadi tak tua2. ...

citer ape tu? mcm best jer...
Quote myakayina 20-8-2018 08:46 AM
abbyhoney replied at 17-8-2018 01:01 PM
pernah tengok cerita org putih yg perempuan ni eksiden lepas tu kena panah petir. Dia jadi tak tua2. ...

tajuk movie tu 'The Age of Adaline"..
Quote abbyhoney 20-8-2018 03:41 PM
myakayina replied at 20-8-2018 08:46 AM
tajuk movie tu 'The Age of Adaline"..

yes....best kan citer tu....
Quote Body_language 20-8-2018 03:47 PM
Kasihan la pompuan yg kawin dia. Nnt kene label wanita pedo
Quote sofiazara 20-8-2018 04:00 PM
abang terperangkap dalam badan adik
laki terperangkap dalam badan pompan
manusia terperangkap dalam badan binatang

semua nak kena layan. letihla mak

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057971 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top