CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tindakan Yang Terpuji - Perasan Ke Tidak?

27-8-2018 12:28 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 8161| Komen: 24|Original author: Oleh: CSuy

Baru-baru ini, tular sebuah imej GIF di laman sosial. Walau bagaimanapun, ada yang mengaku bahawa mereka mengalami kesukaran dalam mengesan motif di sebalik tularnya imej tersebut. Adakah anda dapat mengesan apa yang tersirat di dalam imej ini?



Sumber Foto: Giphy

Pada mulanya, imej ini dikongsikan di laman sesawang Reddit oleh seorang pengguna iaitu ulordbaby di bawah bebenang r/oddlysatisfying. Bagaimanapun, pengguna tersebut tidak menjelaskan lokasi kejadian dan bila ia berlaku.

Imej itu kemudian dikongsikan di dalam sebuah artikel oleh portal berita The Daily Good dan juga di beberapa laman sesawang lain. Setakat ini, artikel berkenaan mendapat lebih 1400 perkongsian Facebook.



Sumber Foto: Giphy


Apa yang tak kena ya?

Masih tidak perasan apa yang berlaku di dalam imej berkenaan? Berikut adalah penjelasannya.

Imej itu diambil di dalam sebuah pengangkutan awam persis transit aliran ringan. Ia memaparkan aksi seorang pemuda menggunakan tangannya untuk menghalang kepala seorang wanita warga emas daripada terhantuk palang besi. 

Kelihatan wanita terbabit seperti terlelap dan tersengguk-sengguk hingga kepalanya nyaris terhantuk palang besi. Cuba perhatikan mata pemuda itu. Ia tidak lekang dari memerhatikan keadaan wanita berkenaan!

Tindakannya telah melindungi wanita itu daripada sebarang kecederaan. Cuba perhatikan imej pegun di bawah.


Sumber Foto: Giphy

Kadangkala, bukan susah untuk melakukan sedikit kebaikan. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sedikit kebaikan yang kita lakukan barangkali membawa makna yang besar kepada mereka yang memerlukan, sekali gus membawa kebaikan kepada diri kita sendiri. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 27-8-2018 12:49 PM
mujurlah ada yang prihatin..
Quote Artemesiaa 27-8-2018 01:04 PM
Mesti dia kesihankan nenek tu dah teringatkan neneknya di kampong.  Apa pun usahanya harus diberi pujian.
Quote fifie_olin 27-8-2018 01:06 PM
sweetnyaa la hai
Quote WawaRaRa 27-8-2018 01:07 PM
aku tgk trus perasan... baik budaknya.... syukur ada yg masih prihatin...
Quote MsKathryn 27-8-2018 01:12 PM
Selalunya dlm tren masing2 sibuk dgn hp... nasib baik budak ni prihatin.
Quote mongoose_kidz 27-8-2018 07:12 PM
baiknya budak ni...
sebak pulak rase
Quote mongoose_kidz 27-8-2018 07:12 PM
baiknya budak ni...
sebak pulak rase
Quote Foxey 27-8-2018 07:55 PM
Yeah... It was really kind of him to do that for the old lady...
Quote estrelle 27-8-2018 09:31 PM
Bestnya kalau dapat laki budiman macam ni
Quote BoLapciOus 28-8-2018 12:55 PM
So sweet...
Quote kucing_gebu 28-8-2018 01:09 PM
touching sgt...
Quote PristineOne 28-8-2018 03:47 PM
Foxey replied at 27-8-2018 07:55 PM
Yeah... It was really kind of him to do that for the old lady...

Trully true Foxey Ladey....but what the hack happen to the surrounding people? Blind? Aint nobody givin a shit to offer a seat to the grandma??  ..iouls.acah cakap urban setarbak
Quote Catpaw 28-8-2018 04:48 PM
Calon menantu
Quote itsmeshikin 28-8-2018 08:25 PM
Baik budaknyee
Quote noraidil_06 28-8-2018 09:42 PM
{:childlike{:childlike{:childlike{:childlike alaaaaaaaa baiknye budi
Quote faraway1 28-8-2018 09:52 PM
baiknya nak..
Quote bangcak 29-8-2018 12:58 PM
kanak2 dulu kalu mendengus walau berkata "huh" maupon menjeling dah dianggap kurang ajar.

zaman skang, biarkan warga emas berdiri dlm pengangkutan awam sambil menunjal2 kepalanya pon dianggap sikap terpuji.
Quote bettyboops 29-8-2018 04:11 PM
somehow, GIF ni make me smile..
Quote ninjago 29-8-2018 04:33 PM
awww..cair hati tgk benda2 baik camnie.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.054296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top