Jika anda ada membuat kentang lenyek dan muak nak habiskan, anda boleh gunakan baki kentang lenyek tersebut untuk resipi ini. Lempeng Kentang Berkeju sangat sesuai dinikmati ketika sarapan pagi! Bahan-bahan • 4 cawan kentang lenyek
• 2 cawan parutan keju mozzarella • 1 biji telur • 1/4 cawan tepung serbaguna • 2 1/2 sudu besar daun kucai (dihiris) • 1/2 cawan serbuk roti • 2 sudu besar minyak zaitun • Krim masam Cara-cara untuk buat kentang lenyek: 1. Isikan air ke dalam periuk. Tambah 1 sudu besar garam dan kupas 7 biji kentang bersaiz sederhana. Potong empat dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga ia mudah dilenyek. Tapis kemudian tambah 4 sudu besar mentega. Cara-cara untuk membuat lempeng kentang berkeju: 1. Dalam sebuah mangkuk yang besar, masukkan 4 cawan kentang lenyek, 2 cawan parutan keju mozzarella, 1 biji telur, ¼ cawan tepung dan 2 sudu besar hirisan daun kucai. 2. Gunakan skop aiskrim untuk membuat bentuk bulat, kemudian lenyekkan kentang itu menjadi leper. Salut dengan serbuk roti dan tepikan. 3. Panaskan kuali di atas kuali sederhana. Masukkan kentang dan goreng selama 4 minit sehingga berwarna keperangan. 4. Siap! Nikmati ia bersama krim masam. Jika anda pernah mencuba 'rosti' ia mirip sajian dari negara Scandinavia ini. Selamat memasak! -CARI
|
30
Bagus |
33
Marah |
21
Terkejut |
29
Sedih |
28
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT