CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kari Laksa Di Tangga Kedua - Inilah Senarai 10 Makanan Terbaik Di Dunia!

28-8-2018 04:45 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 5035| Komen: 11|Original author: Oleh: Ferr Remy

Description: Dari Tokyo sehinggalah ke Sepanyol, Lonely Planet telah menyenaraikan 500 hidangan paling enak berdasarkan rasa, budaya, dan suasana tempatan di sesebuah negara. Berikut adalah 10 makanan yang harus d ...
Dari Tokyo sehinggalah ke Sepanyol, Lonely Planet telah menyenaraikan 500 hidangan paling enak berdasarkan rasa, budaya, dan suasana tempatan di sesebuah negara. 

Berikut adalah 10 makanan yang harus dicuba dipetik dari buku panduan perjalanan terbaru berjudul Ultimate Eatlist, terbitan mereka.


10. Dim Sum - Hong Kong

Image result for Dim Sum - Hong Kong

Pasar malam Temple Street di Hong Kong adalah tempat terbaik untuk menjejaki makanan yang murah, termasuk Dim Sum yang disajikan secara tradisional dalam bakul pengukus kecil.


9. Pizza Margherita Klasik - Napples, Italy

Related image

Pastikan anda merasa pizza Margerita klasik yang terdapat di Italy ya! 


8. Bibimbap - Seoul, Korea Selatan

Image result for Bibimbap - Seoul

Hidangan tradisional Korea yang berasaskan beras ini dilengkapkan dengan pelbagai sayuran, daging atau makanan laut pilihan anda dan juga telur. 


7. Udang Kara (Crayfish) - Kaikoura, New Zealand

Image result for Crayfish from Nin's Bin

Bagi pencinta makanan laut, wajib untuk anda melawat ke Kaikoura sekiranya ke New Zealand -tidak lengkap percutian anda sekiranya tidak merasa udang karang di sana!



6. Smørrebrød - Copenhagen, Denmark

Related image

Lonely Planet mengesyorkan anda untuk mencuba Smørrebrød yang dijual di Restoran Hallernes, Copenhagen untuk rasa dan harga yang terbaik.


5. Som Tum - Bangkok, Thailand

Image result for Som Tum in Bangkok, Thailand

Salad yang sangat terkenal di Thailand ini, diperbuat daripada betik yang dicincang - dihiasi pula dengan pelbagai bahan masam dan manis - boleh ditemui di gerai-gerai sekitar Bangkok.


4. Punggung Daging Lembu - Texas, Amerika Syarikat

Image result for Texan beef brisket

Franklin Barbecue, salah satu restoran barbeku yang terletak di Texas, dikatakan telah memulakan "fenomena" makanan ini sejak ianya dibuka pada tahun 2009.

3. Sushi - Tokyo, Japan

Image result for sushi tokyo japan

Untuk rasa sushi yang terbaik dan lazat, dapat dan rasakan sushi yang terenak hanya di Sushi Saito yang terletak di bandar Tokyo!


2. Kari Laksa - Kuala Lumpur, Malaysia

Related image

Keenakan rasa kari laksa yang luar biasa diperbuat daripada mi beras, tauge, udang, ayam dan tauhu telah menambat hati ramai pelancong asing di negara ini. Ianya boleh didapati di gerai-gerai yang terletak di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Petaling!


1. Pintxos - San Sebastian, Sepanyol

Image result for Pintxos in San Sebastian, Spain
Foto Carian internet

Bar Gandarias, salah satu bar paling popular di San Sebastian menyediakan pinxtos yang paling enak di Sepanyol!


Jadi apa tunggu lagi? Jom plan itenerari untuk melancong ke negara-negara di atas dan merasakan sendiri keenakan hidangan tempatan mereka! Oh ya, kalau nak rasa kari laksa tu kita pecut naik kereta jer tak sampai dua jam pun dari Ipoh ke Kuala Lumpur! - CARI 

21

Bagus
24

Marah
15

Terkejut
26

Sedih
13

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BedahBedul 28-8-2018 04:51 PM
Bangga iols kari laksa tempat kedua
Quote GigaMom 28-8-2018 05:56 PM
Makanan yg bbeza ni subjektif utk dinilai.
Lainla if resipi sama cheff blainan.
Apapun temptingnya smoke punggung lembu itew.
Kari laksa hendon x nk claim keer
Quote L211 28-8-2018 06:13 PM
GigaMom replied at 28-8-2018 05:56 PM
Makanan yg bbeza ni subjektif utk dinilai.
Lainla if resipi sama cheff blainan.
Apapun temptingny ...

iolsss rasa jap lagi mesti indon akan claim punya laksa ni.. percayalaaa
Quote matkpop 28-8-2018 08:23 PM
sedapnya cray fish tu
Quote buapakperut 28-8-2018 11:47 PM
dari dulu taktau beza crayfish,lobster, even udang yang ketip biru tu. masa kecik ingatkan udang kara udang galah sama cuma galah sebutan orang pelat dan lidah keras macam iols. btw sedap nampak semua makanan. jangan yindon claim sudeyyy. sostel indun tak masuk hahaha
Quote seramado 29-8-2018 10:17 AM
perghhh bangga siot
Quote siputsedut 29-8-2018 11:19 AM
Yayyy..kari laksa mmg sedap pon....
Quote Foxey 29-8-2018 02:45 PM
bibimbap, crayfish and smorrebrod nampak sedappp...
Quote rospinki 29-8-2018 03:15 PM
tang kari laksa tu takle bukak pulak

takat udang kara tu makan bgitu saja pun sedap

Quote drivethru 31-8-2018 10:55 AM
GigaMom replied at 28-8-2018 05:56 PM
Makanan yg bbeza ni subjektif utk dinilai.
Lainla if resipi sama cheff blainan.
Apapun temptingny ...

Yg ni aku setuju. Lain orang lain citarasa. Bagi aku durian buah yg paling sedap dalam dunia yg pernah aku makan. Tapi ade orang yg x suka. Sebab aku bukan peminat kari atau makanan yg masam2, bagi aku laksa xde la sedap mane sangat.
Quote NmeeraR 11-10-2018 09:55 PM
Proud to be Malaysian...  Wahhh!

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056592 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top