Adat berkasih perlu ada sifat tolak ansur terutama jika 'berdating'. Jika tidak, pasti ada yang akan berasa hati, seterusnya menjurus kepada perpisahan.
Terbaru, kecoh di laman Twitter apabila seorang pengguna memuat naik 'buku kira-kira dating' bagi yang belum bekerja. Jangan biar pasangan MEROBEK bank korang Izzat turut memuat naik beberapa gambar seperti resit sebagai bukti serta senarai perbelanjaan dilakukan dia dan pasangan dikenali sebagai Nadi.
Alamak, detail betul senarai kira-kiranya! Bagaimanapun, akibat tindakannya itu ramai menyifatkan Izzat sebagai seorang yang kedekut. Siap sen-sen pun dikira! "Tak perlu sampa buat buku kira-kira, lepas tu muat naik ke Twitter," komen netizen. Mungkin, masing-masing ada cara tersendiri untuk memantau dan mengurus kewangan mereka bagi mengelak daripada 'lari bajet'. Namun, kekasihnya tidak berasa hatikah apabila teman lelaki memaparkannya untuk tatapan umum? GF tak segan ke? Bagaimanapun, berdasarkan ruangan komen, seorang pengguna dipercayai teman kepada Izzat dan Nadi mendakwa pasangan itu selesa dengan pendekatan demikian. "Benda mudah, Ijat dengan Nadi pun rilek je," komennya yang meluat dengan kecaman orang ramai. Kecaman demi kecaman menyebabkan Izzat memadam akaunnya. Namun, ramai juga memihak kepada Izzat dan bersetuju dengan pendekatannya itu. Kalau putus, tak adalah ungkit-mengungkit Setiap orang memiliki cara tersendiri dalam mengurus perbelanjaan mereka. Terserah pada penerimaan masing-masing. - CARI
|
46
Bagus |
46
Marah |
45
Terkejut |
38
Sedih |
22
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick: Aku lg prefer gilir2 byr kot ye pun takut ungkit mengungkit di masa depan.. Rimas dgn jantan mcm ni
ADVERTISEMENT