CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Tak Mengaku Cabul, Aniaya Lima Kanak-kanak Di Pusat Tahfiz

5-9-2018 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3853| Komen: 27

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah melakukan penganiayaan terhadap lima kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun sejak tahun lalu.

Lebih menyedihkan, seorang daripada mangsa dicabul di sebuah pusat tahfiz, lapor Astro AWANI.

Pengakuan itu dibuat Uji Che Mat, 43, dan suaminya Mohd Zamzuri Abdul Manap, 42, di hadapan Hakim Dazuki Ali di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu.


Kredit foto: Astro AWANI

Menurut laporan, Zamzuri berdepan lima pertuduhan, manakala isterinya berdepan tujuh pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap lima kanak-kanak termasuk mencabul seorang daripadanya sejak Januari 2017 hingga Ogos lalu di Ribath Tahfiz Asyirazi di Kuantan.


Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita berkenaan didakwa menyalakan pemetik api pada kemaluan mangsa berusia tujuh tahun dan mengugut mahu memotong kemaluannya dengan gunting.

Uji didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencabul kehormatan mangsa sama dengan cara memegang dan menarik kemaluan mangsa pada tempat dan masa yang sama.

Wanita terbabit berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pasangan berkenaan didakwa bersama atas empat pertuduhan menganiaya empat kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun di bawah jagaan mereka dengan cara merotan berulang kali sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Hakim menetapkan 4 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh perlu membayar jaminan berjumlah RM45,000. - CARI
26

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
18

Sedih
23

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 5-9-2018 03:53 PM
Eeeeehhhh.. Kecik2 xnak mampus.. Dah tua aniaya anak org
Quote Foxey 5-9-2018 04:10 PM
heishh... tau pulak malu, tutup2 muka
Quote munchkin 5-9-2018 04:23 PM
Kimmug

....
Quote NAT_11 5-9-2018 04:31 PM
Salah mak bapak juga, suka nor antar anak ke PUSAT TAHFIZ.
Semua melaon berjubah, berserban bertudung laboh boleh bukak PUSAT TAHFIZ.
Bukan ada asas agama pun, cuma pandai ngaji sikit-sikit, terus bukak Pusat Tahfiz.
Padan muka mak bapak yang tergilakan PUSAT TAHFIZ.
Quote giyomi 5-9-2018 06:38 PM
sialan tul, sebat dikhalayak ramai jika benar bersalah dan penjara kan mereka
Quote kibodwatriuh 5-9-2018 06:40 PM
NAT_11 replied at 5-9-2018 04:31 PM
Salah mak bapak juga, suka nor antar anak ke PUSAT TAHFIZ.
Semua melaon berjubah, berserban bertudu ...

saham akhirat chuolsss
Quote FOTHER-MUCKER 5-9-2018 06:55 PM
Kesihan pada kanak kanak tu..masih kecil lagi dah trauma patutlah bila dah jadi lobai ada yang perangai terlalu  aggressive dan abusive behaviour terhadap manusia lain dengan alasan  kekononya untuk menegakan hukum islam.

Quote dani-rox 5-9-2018 08:03 PM
“The real world is where the monsters are.”
Quote ffbeauties 5-9-2018 11:10 PM
Jenis mak bapak nak jalan short cut. Malas nak didik anak sendiri.. kecik kecik dah campak kat tahfiz
Kesian
Quote vee_zara 6-9-2018 03:14 PM
Kenapa ek mak pak skrg suka hantar anak p tahfiz. Malas jaga anak sendiri ke. Dah tu branak buat apa. Anak ni anugerah tuhan. Knapa nak suruh org lain yg jaga. Kesian kengkadang tgok budak kecik lg dah kena duduk asrama.
Quote kasibiman 7-9-2018 08:35 AM
Pegangan ugama Babi apa dua ekor bangsat neh? Sialan
Quote HannahMontana 7-9-2018 08:39 AM
NAT_11 replied at 5-9-2018 04:31 PM
Salah mak bapak juga, suka nor antar anak ke PUSAT TAHFIZ.
Semua melaon berjubah, berserban bertudu ...

ya aku setuju dengan ko .
Quote HannahMontana 7-9-2018 08:43 AM
Nabi  pun xhantar cucu2 baginda ke pusta Tahfiz malah ke playground bermain-main bermanja2 sebab bermaian adalah pekerjaan bagi kanak2 , bila dewasa jadi manusia tersergam serba indah dari akhlak sehingga ke panglima perang  .

Org Melayu ramai yang bodoh , dia sendiri  baca Fatihah  tak smooth ,nak tumpang iket ke syurga anak, entah betul budak itu ke surga  belum pasti  tp ko yg sudah tua xcari amal sendiri ke ?

Pusat tahfiz  yang ambil pula puak2 pakistan yg  penganggur dtg sini mengajar ,entah apa dia ajar ,dia tendnag dgn kaki katanya , budak2 masak sendiri.
Quote v(T.T)v 7-9-2018 08:47 AM
NAT_11 replied at 5-9-2018 04:31 PM
Salah mak bapak juga, suka nor antar anak ke PUSAT TAHFIZ.
Semua melaon berjubah, berserban bertudu ...

Ingat nak jadi Areb kot.
Quote v(T.T)v 7-9-2018 08:49 AM
NAT_11 replied at 5-9-2018 04:31 PM
Salah mak bapak juga, suka nor antar anak ke PUSAT TAHFIZ.
Semua melaon berjubah, berserban bertudu ...

Pasal nak jadi Areb kot.

Quote C1k_J4h 7-9-2018 08:50 AM
vee_zara replied at 6-9-2018 03:14 PM
Kenapa ek mak pak skrg suka hantar anak p tahfiz. Malas jaga anak sendiri ke. Dah tu branak buat apa ...

yg aiolss perhatikan biasanya parents anta anak2 ke tahfiz mesti bg alasan
anak nakal la, anak malas belajar la
choyyy sgtttt

kalau nak anta pun, carila yg berdaftr
ini da mcm pusat asuhan plak
umur bawah 12 thun xsepatutnya anta p pusat tahfiz
yg da mcm asrama

Quote HannahMontana 7-9-2018 08:50 AM
Puak2 tudung labuh , bapa berserban selendang di bahu   cuba ko periksa rumah mrk ,jgn kata fasiliti pun tak cukup ,rumah bersepah kotor

]puak2 yg kaki laram yang jaga teliti kebersihan sellau tampil wangi,sederhana tapi tahap kebersihan tinggi dan peka dgn  persekitaraan mrk tinggal,pakaian pun elok bersih.

Allah itu cantik dan suka kan yang cantik-cantik.


pergi mamposlah, jgn aysik nak guna agama sebagai perisai  melindungi diri yang jahil itu.

mengaku zuhud? heyy zuhud milik org kaya sahaja bukan milik org  susah.Sebab hanya org kaya berkuasa  ,meninggalkan harta sedia ada yg banyak itu utk hidup sederhana dalam perhatian Allah.


Quote BoLapciOus 7-9-2018 08:58 AM
carikla pusat tahfiz yg bertauliah..berlambak kot ni yg cap ayam haruslah diragui kesahihannya..
Quote boboiyot 7-9-2018 08:59 AM
To be honest aku seriau tgk budak2 kecik duk tahfiz nak2 yg duk asrama. Kalau yg berdaftar, sekolah tahfiz berbayar aku rasa secure sikit.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052725 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top