CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SST: Jangan Kelirukan Rakyat - FOMCA

5-9-2018 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2260| Komen: 6

Description: “Ada perkara masih di peringkat cadangan, tapi sudah dihebohkan kepada media. Tak perlulah diuar-uarkan sebab ia hanya akan mengelirukan rakyat."
“Ada perkara masih di peringkat cadangan, tapi sudah dihebohkan kepada media. Tak perlulah diuar-uarkan sebab ia hanya akan mengelirukan rakyat."


Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata demikian bagi mengulas mengenai isu berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


Kredit foto: Malaysia Gazette

Menurutnya seperti dipetik daripada Sinar Harian, kerajaan perlu meneliti sebarang perkara terlebih dahulu sebelum memaklumkannya kepada rakyat bagi mengelakkan berlaku ketidakseragaman antara agensi dan kementerian terutama berkaitan SST.

“Memang betul kita lihat kerajaan dan agensi seperti Kementerian Kewangan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) hari ini tidak ada keseragaman.


“Menteri tidak boleh keluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, sepatutnya kena rujuk Kastam sebelum keluar kenyataan sebab agensi kerajaan itu tugasnya menasihati dan menjalankan polisi kerajaan," katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan senarai cadangan barangan dikecualikan SST, namun menarik balik beberapa item daripada senarai.

Tindakan itu dilakukan selepas menerima pelbagai reaksi daripada rakyat terutama berkenaan pelaksanaan cukai terhadap tambah nilai kad prabayar, ikan masin dan makanan laut.

“Respons kerajaan terhadap kritikan dan cadangan sangat baik, jadi kita harap proses pembaikan segera dilakukan.

“Mungkin di peringkat awal ini ada yang tersilap pandang dan sebagainya seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dulu,” katanya. - CARI

18

Bagus
17

Marah
24

Terkejut
26

Sedih
20

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofiazara 5-9-2018 10:32 AM
i think ikan masin mmg kena cukai jualan sebab ia produk pengilangan bukan raw dari sumber laut. kilangla yang kena bayar cukai jualan tu. ataupun pengimportnya. cumanya ia bolehla dikecualikan atas alasan ia makanan org miskin.
Quote dizekni 5-9-2018 10:34 AM
HANTAM saja la...

kata Guanjeng
Quote JohnnySins 5-9-2018 11:06 AM
“Memang betul kita lihat kerajaan dan agensi seperti Kementerian Kewangan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) hari ini tidak ada keseragaman.

“Menteri tidak boleh keluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, sepatutnya kena rujuk Kastam sebelum keluar kenyataan sebab agensi kerajaan itu tugasnya menasihati dan menjalankan polisi kerajaan," katanya.


nanti ada ahcai sepet limguanjeng tuduh fomca ni umno..tengok la...wakakakakakakakakkakakakakaka
Quote MrsYaya 5-9-2018 11:46 AM
sofiazara: i think ikan masin mmg kena cukai jualan sebab ia produk pengilangan bukan raw dari sumber laut. kilangla yang kena bayar cukai jualan tu. ataupun pen ...

True! Process and labour cost incurred..
Just ianya dalam category makanan..kind of makanan asas macam nasi for Malaysian.. nanti nasi lemak sotong mahal
Quote xpdckelate 5-9-2018 12:01 PM
munturi boleh tak tutup mulut kalu tak tahu hape2,jangan main sedap hantam je,lepas tu silap titik perpuluhan,puihhhhhhhh
Quote zorrro_03 5-9-2018 05:02 PM
dizekni replied at 5-9-2018 10:34 AM
HANTAM saja la...

kata Guanjeng

semoga guanjeng diherotkan sebab khianat ke rakyat.  kecuali beliau bertaubat dan berjanji tidak mengulangi lagi sikap celaka dia...  

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.050219 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top