CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selepas 28 Tahun, Begini Keadaan Pelakon Cilik Dalam Home Alone Sekarang..

31-10-2018 11:21 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 13038| Komen: 28|Original author: Oleh: nameera

Ingat lagi pelakon cilik, yang memegang watak sebagai Kevin McCallister dalam filem Home Alone? Bagi yang menggemari filem ini, sudah pasti anda begitu mengingatinya. Kepintaran dan kecomelannya dalam filem tersebut telah membuatkan  ramai yang menonton tidak pernah rasa jemu, walaupun berpuluh kali ditayangkan. Hal ini boleh dikatakan filem ini pernah mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton dan ia pernah menjadi fenomena. 

Namun begitu, adakah anda mengenali  siapa kanak-kanak cilik ini? 


Macaulay Carson Culkin lahir di New York pada 26 Ogos 1980. Ia merupakan anak ketiga dari tujuh adik-beradik. Ayahnya, Christopher Cornelius "Kit" Culkin adalah seorang pelakon dan ibunya, Patricia Berentrup bekerja sebagai operator telefon. Sebelum terkenal, Culkin dan keluarganya pernah tinggal di sebuah apartmen kecil. Namun, kehidupannya berubah apabila lakonannya di Home Alone dihargai oleh ramai orang. Malah dia berkesempatan bersekolah di Professional Children's School. 


Culkin memulakan kerjayanya sejak umur 4 tahun. Pada masa itu, peranan yang diterimanya tidaklah terlalu besar sehinggalah dia memainkan peranan utama dalam filem Home Alone, dan dia semakin aktif berlakon dalam beberapa filem . Antara filem lakonannya, My Girl, The Good Son, The Nutcracker, Getting Even with Dad, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, pada usia 15 tahun, Culkin memutuskan untuk berdiam diri dari dunia hiburan. Siapa sangka, ketika berusia 18 tahun, Culkin ternyata sudah menikah. Malangnya, perkahwinan itu berlangsung hanya dua tahun. Setelah itu, Culkin juga pernah menjalin hubungan dengan beberapa artis wanita. Kemudian, pada 17 September 2004,  Culkin pernah ditangkap atas kesalahan memiliki dadah. Hal ini telah menyebabkan dia telah dipenjarakan. Tetapi tidaklah terlalu lama kerana dia mendapat jaminan sebesar 4000 USD.[Sumber : Wikipedia/Macaulay_Culkin]

Tidak lama selepas itu, pada 2012 heboh mengatakan pelakon cilik ini di bawah ketagihan dadah dan coke yang sangat teruk. Akibat pengambilan barang terlarang itu, dikatakan hayatnya hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi. Fizikalnya yang begitu kurus membuatkannya kelihatan begitu menyedihkan.

Culkin (2012)

image_title
Keratan akhbar. Sumber dari https://radaronline.com/

Namun sejak 2016, Culkin telah kembali pulih. Dia bebas dari barang terlarang itu. Dia kelihatan lebih beriisi dan tampan. Kini, Culkin masih lagi bergiat aktif dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon dan pemuzik.  Baru-baru ini Culkin telah hadir di American Music Award



Ini adalah Macaulay Carson Culkin yang terkini.

Untuk lebih lanjut, bolehla mengikuti perkembangan Culkin di akaun Instagram/@culkamania dan Twitter/@IncredibleCulk miliknya.  

Ada yang rindu dengan lakonannya? Nantikan kemunculannya dalam filem Changeland.  - CARI 


18

Bagus
6

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 31-10-2018 11:34 AM
masa kurus tu dah macam iras2 arwah saleem iklim..
Quote weezerfan 31-10-2018 11:37 AM
Syg sgtvdia ni.. Kalau x jd addict sure boleh mendunia lagi
Quote Artemesiaa 31-10-2018 12:15 PM
Sebabkan dadah mukanya nampak lebih tua dari usia.  Tekanan sebabkan ramai star child kurang berjaya hingga dewasa berbanding zaman kanak2 mereka.
Quote akimhajihim 31-10-2018 12:23 PM
Langit tidak selalu verah{:freak
Quote AmandaRollins 31-10-2018 12:28 PM
Nasib dia da berubah...hope jgn la get back to drugs!!!!jahanam hidup..syg ko comel sgt masa kecil dulu...stay healthy kevin
Quote gigahertz 31-10-2018 12:38 PM
Artemesiaa: Sebabkan dadah mukanya nampak lebih tua dari usia.  Tekanan sebabkan ramai star child kurang berjaya hingga dewasa berbanding zaman kanak2 mereka.

kalau pencuri tu nak balas dendam. sekarang la masanya. tiada lagi rambut terbakar. kaki kena paku. muka kena bulu ayam
Quote chicozinn 31-10-2018 12:55 PM
ternyata orang kalu clean dadih nampak berisi..mohon sape2 yg da mendadih tu tolong la lawan balik nafsu nk mendadih tu..kurus sebab dadih is ugly yachhh!!
Quote whadda 31-10-2018 01:22 PM
elok berisi.. cam muka kanak2 balik.. mase kurus mendadih tu tua sesangat nampak
Quote chinta89 31-10-2018 01:46 PM
sayangnya lahai terlibat ngn pkra terlarang..hmm...
Quote borrow 31-10-2018 01:51 PM
heols , lindsay , xtina - selebriti kanak2 yg ada prob dgn ayah. Kacau sket hidup deyols.
Quote adelea 31-10-2018 01:56 PM
chicozinn replied at 31-10-2018 12:55 PM
ternyata orang kalu clean dadih nampak berisi..mohon sape2 yg da mendadih tu tolong la lawan balik n ...

like zaman uols ... kesian tgk dah kurus keding
Quote Oroi8887 31-10-2018 02:16 PM
Nasib baik da brubah, comel sungguh zmn kecik beliau
Quote mieymiey 31-10-2018 02:34 PM
Heols kurus kering tu dah serupa bapak bapak umur 50an
Quote Hessa 31-10-2018 02:36 PM
comel masa dia kecik..suka tgk dia dlm home alone, walau umur kami hampir sebaya
Quote sweetgirl 31-10-2018 03:18 PM
gigahertz replied at 31-10-2018 12:38 PM
kalau pencuri tu nak balas dendam. sekarang la masanya. tiada lagi rambut terbakar. kaki kena paku ...

hahahaha adui x pasal2 i tertrowback cite home alone tu
Quote riantika 31-10-2018 04:31 PM
he looks better now...masa tengah addicted tu macam mayat hidup
Quote dani-rox 31-10-2018 04:42 PM
gini lah nasib child star... makpak bercita2 tinggi letak beban menanggung family kat bahu anak yg masih kecil. dewasa sebelum usia. last2 kalau tak mendadah, jd sex toy.
Quote geretsey 1-11-2018 12:16 AM
Saya lah Peminat cerita dia, semua episod dah tgok. Hari tu pnh nk cover citer pasal dia tp takjadi. Tertiba awk dah cover. Good job beb!
Quote Miming2 1-11-2018 01:45 AM
Dlu2 asal Christmas memang tv3 suka ulang tayang home alone nie.. Tpi tak pernah rasa jemu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.055007 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top