Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Setiap orang ada masalah dan masing-masing dengan penyelesaiannya tersendiri. Siapa kita untuk menjatuhkan hukum jika tangan 'lokek' menghulur bantuan.
Terbaru, seorang pengguna Twitter dengan lantang menegur seorang wanita kerana menaiki motosikal berempat dipercayai anak-anaknya, pulang dari sekolah. Anak-anak tu amanah Allah Pendapatnya itu bagaimanapun menerima kecaman ramai yang menyifatkannya sebagai seorang yang sombong dan 'hancur jiwanya'. Jangan menghina jika tidak mampu untuk membantu Dipercayai, entri yang mendakwa wanita terbabit 'membawa mentaliti kampung masuk ke bandar' telah dipadam ekoran menerima banyak kritikan negatif dan kecaman daripada orang ramai. Berang dengan tujahan kecaman terhadapnya, individu berkenaan bersuara bagi mempertahankan pendiriannya berhubung isu itu. "Tolong fahamkan isi yang disampaikan" Pun begitu, orang ramai tetap mengecam tindakannya kerana ia seolah-olah menghina orang susah. "Mudahnya dia cop orang mentaliti kekampungan" Tidak dinafikan, tindakan wanita terbabit sememangnya membahayakan keselamatan diri sendiri dan anak-anak. Namun, janganlah kita menghinanya kerana mungkin itu batas kemampuannya memberi yang terbaik untuk anak-anak. Jika tidak mampu menghulur bantuan, lebih baik tutup mulut. - CARI
|
10
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
21
Sedih |
19
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bellasarah replied at 17-10-2018 10:07 AM
Yg peliknya kenapa tak offer nk tolong tumpangkan anak2 kakak tu .. memang bahaya ..tp ko tgk saja n ...
ADVERTISEMENT