CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih 15 Dan 13 Tahun Dicekup Curi Motosikal

18-10-2018 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2059| Komen: 12

Description: Dua pelajar yang juga sepasang kekasih antara sembilan Geng Kuda Kepang yang ditahan dipercayai terbabit kegiatan curi motor di Pulau Pinang dalam satu operasi pada 14 Oktober lalu, Sinar Harian.
Dua pelajar yang juga sepasang kekasih antara sembilan Geng Kuda Kepang yang ditahan dipercayai terbabit kegiatan curi motor di Pulau Pinang dalam satu operasi pada 14 Oktober lalu, Sinar Harian.



Gambar Hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, kumpulan itu aktif mencuri motosikal di sekitar daerah Barat Daya dan Timur Laut sejak awal tahun ini.

Selain pasangan kekasih itu, tujuh lagi lelaki dalam lingkungan usia 18 hingga 22 tahun turut ditahan dalam operasi berkenaan.

"Kedua-duanya masih bersekolah yang mana, pelajar lelaki berusia 15 tahun manakala teman wanitanya berusia 13 tahun.

"Hasil ujian dadah, pelajar lelaki itu positif dadah namun teman wanitanya didapati tidak terlibat dengan dadah," katanya.


Foto: Sinar Harian

Empat daripada tangkapan dibuat positif syabu dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

"Geng ini aktif sejak Januari lalu di sekitar daerah Barat Daya dan Timur Laut. Mereka akan mencuri motosikal yang tidak mempunyai kunci tambahan dan membawanya ke sebuah bengkel haram. Di situ, mereka akan meleraikan komponen motosikal curi tersebut dan menjualnya kepada mat rempit.

"Ada juga komponen-komponen itu untuk kegunaan sendiri. Selain komponen, mereka juga menjual motosikal tersebut dengan harga serendah RM300. Misalnya, Honda EX5 dijual dengan harga RM300 manakala Yamaha LC135 dijual RM400 hingga RM500," katanya.

'Lebih hebat', kumpulan itu pakar menggunakan Allenkey yang telah diubahsuai dalam kegiatan mencuri motosikal.

"Mereka mampu mencuri sebuah motosikal dalam masa kurang dari lima minit. Mereka kini direman untuk siasatan lanjut," katanya. - CARI
4

Bagus
15

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-10-2018 03:50 PM
Guna allenkey je beb
Blrh rembat moto
Quote prettyuglybabe 18-10-2018 03:52 PM
dorang budak lagi kot.. mana tau apa..
kata acik forum
Quote minguk 18-10-2018 04:04 PM
kalau digilap bakat adik berdua, habis 1 malaysia punya motor kena rembat.. baguslah kalau dimasukkan ke penjara untuk sepanjang hayat.
Quote Zaien 18-10-2018 04:06 PM
umo 13 & 15 ?? wow... starting cita2 nk jdi cam bonnie & cylde ke?? hahahahaha
Quote meklalala 18-10-2018 04:42 PM
kelas kau dik kecik kecik dah pandai mencuri..kakak dulu umur 13 tahun tali kasut pun mak tolong ikatkan  lagi..
Quote puanbintang 19-10-2018 08:06 AM
muda and bijak....aduhaiii, apa nak jadi bdak zaman la ni..risau!
Quote jetrofa 19-10-2018 08:23 AM
melentur buluh biarlah dari rebung gituu..
Quote samasam90 19-10-2018 09:15 AM
Zaien replied at 18-10-2018 08:06 AM
umo 13 & 15 ?? wow... starting cita2 nk jdi cam bonnie & cylde ke?? hahahahaha

kannn, dah jadi bonnie and clyde versi mesia..
Quote gaara_X 19-10-2018 09:19 AM
ermmmm....kerja yang menyusahkan orang ramai....
Quote mieymiey 19-10-2018 10:15 AM
13 tahun ko dah bergelumang dengan aktiviti seperti ini dek? WOW.
Quote fox. 19-10-2018 10:19 AM
hampuk jah kepala sekor2 ngan ekzos motor kasi ada akal sikit
Quote Zaien 19-10-2018 11:23 AM
samasam90 replied at 19-10-2018 09:15 AM
kannn, dah jadi bonnie and clyde versi mesia..

tulaaa.. bru nk start life.. dh kantoi plak..
huhuhu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.053987 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top