CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Drama 'Isteri Untuk Disewa' Dapat Teguran Mufti

9-11-2018 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14153| Komen: 178

"Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai. Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa."


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi teguran buat drama bersiri Isteri Untuk Disewa yang mula ditayangkan pada Isnin lalu kerana tajuk dan jalan ceritanya kurang sesuai memandangkan hukum menyewa isteri adalah haram.


Foto: FB

Menurutnya, tajuknya saja sudah bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah mahupun moraliti kehidupan manusia sama ada Islam atau bukan Islam.

"Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada Hukum Syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat.


"Dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan. Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.

"Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’," katanya menerusi Qalam Mufti pada malam Khamis.

Dr Zulkifli bagaimanapun percaya, penulis dan pengarah drama berkenaan tiada niat membuat sesuatu yang diluar kerangka Islam.

"Kami menganggap pengarah mungkin terkhilaf dalam menentukan tajuk dan jalan cerita drama tersebut yang khabarnya diadaptasi daripada sebuah novel. 

"Sekali lagi ditegaskan bahawa kami sama sekali tidak berhasrat untuk menyekat kebebasan dan kreativiti dalam berkarya. Namun, seeloknya biarlah ianya selari dengan agama dan budaya ketimuran kita," ujarnya.


Foto: IG Dr Zulkifli Al-Bakri

Dalam masa sama, Dr Zulkifli memohon maaf sekiranya ada pihak terasa hati dengan kenyataan terbuka itu. - CARI
31

Bagus
13

Marah
29

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berusjamban 9-11-2018 08:40 AM
Sbb hidup aku mcm serious sgt skrg ni rasanya it’s about time for me to nonton drama2 bergenre bangang seperti ini
Quote gaara_X 9-11-2018 08:46 AM
ermmm....baru nak wat kerja ke???
Quote Syd 9-11-2018 08:48 AM
Edited by Syd at 9-11-2018 08:51 AM

DATUK Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Foto ASWADI ALIAS



Mufti Wilayah Persekutuan tulis surat terbuka untuk OsmanOleh Nor Afzan Mohamad Yusof
[email protected]





KUALA LUMPUR: Status Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman sosial Facebook beliau tengah hari tadi berhubung sedang menulis surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Di Sewa, Osman Ali menarik perhatian netizen.

Beliau dalam status berkenaan menyatakan surat berkenaan ditulis berikutan menerima beberapa isu berhubung isu fiqh drama yang ditonton semalam.

“Semalam setelah selesai solat Isyak, saya sengaja mengambil peluang menonton drama Isteri Untuk Disewa.

“Ada mustafti yang bertanya beberapa isu fiqh dalam drama ini. Insya Allah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini,” katanya memetik status dalam FB rasmi beliau.

Sehingga jam 8 malam ini status berkenaan mendapat lebih 4,000 suka, 180 komen dan 1,500 perkongsian.

Drama adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd arahan Osman Ali disiarkan menerusi saluran Astro Gempak.

Ia menggandingkan lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah.

Mengikut sinopsis, drama itu mengisahkan Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak.
Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan.

Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan.

Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga.

Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tempat Nur bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut menaruh hati pada Nur.

Keempat lelaki ini melamar Nur, untuk dijadikan suami.









Quote JokesCop 9-11-2018 08:49 AM
Edited by JokesCop at 9-11-2018 08:51 AM

Apa yg pencerahannya? Btw, saya juga sedang menyiapkan surat terbuka kepada Israel utk menjawap beberapa permasalahan yg membelengu rakyat Palestine.

Ada lagi forumer yg sedang menyiapkan surat terbuka? Bolehla share sikit kat sini kepada siapa.
Quote Syd 9-11-2018 08:50 AM
berapa nak sewa? ini sesama suka la kan? ada income masuk.

semalam ke kelmarin, suami bawak bangla suh bini layan. bini marah tak suka. report polis.

Quote zulka 9-11-2018 08:52 AM
berapa byk thread nk buka
Quote reeny 9-11-2018 08:56 AM
iols tk tengok cite nie. dengar tajuk cite terus teringat kat puak2 syiah yg menghalalkan kawin muta'ah.
Quote adila39 9-11-2018 08:59 AM
siapa tgk drama level ni mmglah otak level timun or lobak
Quote bottombikini 9-11-2018 09:06 AM
angan2 sampai langit
realiti nya ada ke ceo segala hartawan suka berebut pada yg nan hado
Quote hyie 9-11-2018 09:09 AM
Syd replied at 9-11-2018 08:50 AM
berapa nak sewa? ini sesama suka la kan? ada income masuk.

semalam ke kelmarin, suami bawak bangl ...

sesi cuckold sangat
Quote annehuda 9-11-2018 09:11 AM

Keempat lelaki ini melamar Nur, untuk dijadikan suami.


promote lgbtq ke ni
Quote noraidil_06 9-11-2018 09:13 AM
Penulis novel mcm ni ptt diharamkan menulis
Quote helicornia 9-11-2018 09:17 AM
Minta mufti bagi komen gak kat citer yang kawin terpaksa tapi dah plan nak cerai lepas kawin macam citer ngokngek sebelum ni.suka2 ati je korang nak kawin cerai ingat main pondok2 ke?
Quote insulin 9-11-2018 09:19 AM
Tajuk yang agak kontroversi.
Quote C1k_J4h 9-11-2018 09:21 AM
ai is confuse
tulis surat terbuka ni apa natijahnye?
pastu da viral, ada org ambil tindakan ke?
Quote haryatie 9-11-2018 09:21 AM
tengok tajuk crita da menyampah blumlg nak tengok citer nya
Quote cmf_premierleag 9-11-2018 09:22 AM
Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

baca part ni je pun dah tau penulis novel dan skrip mmg kuat berangannnnnn.....ni mesti spesis acik2 kepam gundu yg in real life x mampu dpt jantan hensem ceo bagai
maka dibuatlah citer mcm tu utk puaskan nafsu sendiri
Quote makshu 9-11-2018 09:22 AM
noraidil_06 replied at 9-11-2018 09:13 AM
Penulis novel mcm ni ptt diharamkan menulis

setuju..ntah pape... menggalakkn remaja berangan yg bukan2..
Quote krustykrab 9-11-2018 09:22 AM
Keempat lelaki ini melamar Nur, untuk dijadikan suami.


jadi suami ke isteri?

Lihat semua komen(178)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.046697 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top