CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Malunya Dah Berhutang PTPTN Minta Free, Miskin Sangat Ke Tak Boleh Bayar RM50?"

15-11-2018 03:45 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 10112| Komen: 63|Original author: Oleh: Ain

"Kami cuba sedaya upaya bawa suara mangsa PTPTN. Kami tuntut janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH)!"

Demikian tuntutan sekumpulan graduan berjubah yang menunjuk perasaan dengan berjalan kaki menuju ke Parlimen dari UM bagi menuntut janji daripada kerajaan berhubung bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Yazid Khairul Azman yang mengetuai kumpulan itu, penat berjalan kaki selama dua jam tidak boleh dibandingkan dengan penderitaan rakyat selama 61 tahun.



Tindakan mereka mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat dan rata-ratanya meluat dengan graduan yang gemar melepas tangan daripada melunaskan hutang.



Miskin sangat ke sampai tak boleh bayar RM50 sebulan?



Bagaimanapun, ramai juga berpihak kepada golongan pelajar dan bersimpati dengan nasib mahasiswa yang 'bukan datang dari kalangan orang senang'.

Malah, ramai menegaskan bukan pembayaran menjadi isunya, sebaliknya janji manifesto PH yang menjadi pertikaian hingga menimbulkan perbalahan di kalangan pengguna Twitter.

"Tahu pun RM4 ribu tak logik, tapi kenapa buat janji bodoh macam tu?

"Dah tahu tak logik, kenapa kau yang bijak pergi tuntut?" debat netizen.




Rata-rata pengguna menyifatkan mereka hanya mencari alasan untuk cuba melarikan diri daripada tanggungjawab orang dewasa.


"Sembang tuntut janji manifesto, korang punya janji untuk bayar balik tak nak tuntut ke?"


Kredit foto: Twitter

Sebelum ini, PH dalam manifestonya berjanji bahawa baki hutang peminjam berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan dihapus kira. Namun, Belanjawan 2019 menyatakan peminjam berpendapatan RM1,000 harus membayarnya.

Apa pula hujah anda? - CARI
18

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 15-11-2018 03:49 PM
mangsa? bakar hidup2 kang jadi mangsa betul
Quote palmolive 15-11-2018 03:53 PM
belajar kot...belajar ke tak?
Quote sambaldurian 15-11-2018 03:59 PM
Haritu tgk drama korea enemies of the past, kakak dia x boleh masuk kolej masak, mak dia suh kerja utk keje bg chance adik dia g kolej. Terus mak ak ckp aik dorg xde ptptn ke? Sini sedaya upaya nk free. ak klu free mmg la nk, tp ko taw la takat pendapatan negara bergantung minyak, kenala berkorban sikit.
Quote ONEK 15-11-2018 04:02 PM
dah tahu x logik...yang korang pergi pangkah tu buat apa lahanat.....
Quote juruterra 15-11-2018 04:11 PM
suka sgt benda free, berhutang pandai bayar hutang tak pandai. Bayar je la RM50 ke sebulan, lama2 abis jugak. ni RM50 tu guna utk melepak kat café beli coffee mahal, shame on u
Quote prettyuglybabe 15-11-2018 04:12 PM
mangsa kepala hotak kau...
sapa suruh pinjam kalau tak nak bayar..
Quote Supersirap 15-11-2018 04:16 PM
Bayar je hutang tu, kang tak berkat pula ijazah yang korang dapat
Quote kucingitam 15-11-2018 04:26 PM
dr awal lagi aku dah tak sokong tak payah bayar ptptipu ni..

btl ke guna utk belajar? ke guna utk beli hpon, belanja awek?
Quote AbukRokok 15-11-2018 04:46 PM
ni anak2 benih adam adli ke?
Quote CiliPadiSedap 15-11-2018 05:01 PM
sambaldurian replied at 15-11-2018 03:59 PM
Haritu tgk drama korea enemies of the past, kakak dia x boleh masuk kolej masak, mak dia suh kerja u ...

korea xde pakatan harapan sebab tu dia maju. sana xde kroni projek proton, mas, pkfz, projek lembu kondo
Quote merrissa 15-11-2018 05:09 PM
aku prefer mansuhkan interest ptptn je....dh bljr x pandai....kene la byr....

and now first class pon dh xdpt...ini lah hak yg patot dituntut....bukan nya cgpa 2.0 pon nak free....ceit x malu

Quote merrissa 15-11-2018 05:10 PM
CiliPadiSedap replied at 15-11-2018 05:01 PM
korea xde pakatan harapan sebab tu dia maju. sana xde kroni projek proton, mas, pkfz, projek lembu ...

menteri dia kalo buat salah terus letak jawatan

menteri kite...dh la segala bapak kroni....buat salah...minta maaf jer....
Quote sapeka 15-11-2018 06:43 PM
hutang memang susah untuk dilangsaikan bagi sesetengah manusia
walaupun dia taw hutang dia tengah menimbun tetap juga dia buat hutang yang lain
mampu bayar ke tak ke dia tak peduli
kalau mampu pun kalau boleh tanak bayar
macam tu la kebiasaannya
Quote kroit92 15-11-2018 07:08 PM
aku masih tertanya-tanya, mane datang asal-usul boleh bayar RM50 sebulan ni eh??
takde maksud lain, memang aku nak tau, sape cakap boleh RM50 sebulan??

sebab, dalam penyata pinjaman tu, ada tertera berapa kena bayar sebulan sekian-sekian
aku siap call tanya hotline ptptn elok-elok, betul ke ada yang kata boleh bayar RM50 sebulan? sebab waktu tu aku memang tak mampu, tapi kena tengking dengan perempuan yang angkat call tu. (harap perbualan kami direkodkan la, teruk dia layan aku walau tanye baik2 )

dia kata sape cakap?! menteri mana cakap?! RM50 tak cukup! kena bayar ikut dalam penyata pinjaman!  

sekian cerita saya
Quote umbut 15-11-2018 07:17 PM
Sedara aku masuk u... dpt loan ptptn 40k... bayar balik nanti 20k... separuh subsidi


Korang x bersyukur ke... byr separuh pun liat
Melancong,branded boleh.. hutang nak free
Quote giyomi 15-11-2018 07:17 PM
beli hp mahal bole, pakai baju branded bole apatah lagi kasut...semua tu bole tpi bl srh byr hutang wat demo...org2 camne jgn dipinjam wang, kang dia demo taknak bayar . Janji mmg janji, tp dah hutang negara pon banyak, takan tak cerdik2 lagi.
Quote aderaderker 15-11-2018 08:17 PM
Nak tuntut janji manifesto konon.
Janji korang masa sign aggreement tu lagumana?
Triple choii
Quote 7doors 15-11-2018 08:27 PM
Tapi klu bayar 50 tetiap bulan stakat nak cover interest pun x lepas agaknya xtau la zaman skrg...aku dulu smpi fed up nk hbiskan bayaran sbb xnmpak pun pinjaman berkurang kat slip tu...last2 bayar pki kwsp n dapat la jugak discount n skrg rasa lega sbb dah x berhutang ptptn...agitiew.
Quote whitePoison 15-11-2018 08:40 PM
Kerja la mana2 dulu..Ye faham, ada diploma, ijazah tapi sementara nak dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan tu, try kerja biasa2 dulu..Kilang ke,pasaraya ke,kerani2 ke..Sekurang2 nye boleh slow2 bayar hutang tu..Dalam dunia ni mana ada bende freeee...Hutang tetap hutang.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.044493 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top