CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cantik Ke Kalau Sakit? 10 Trend Ini Menjadikan Wanita Hamba Fesyen Tanpa Sedar!

19-11-2018 10:26 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5424| Komen: 17|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Hampir setiap wanita mengikuti trend fesyen terkini kerana fesyen dikatakan mampu menjadikan seseorang wanita tampil yakin di hadapan orang ramai. 

Sebab itulah pasaran fesyen wanita jauh lebih besar berbanding lelaki. Fesyen wanita sudah bermula sejak dahulu lagi dan seiring dengan masa, trend fesyen silih berganti. Ada yang bagus, tetapi ada juga yang menghambakan wanita.


Kredit foto: Carian Google


Berikut 10 trend yang menjadikan wanita hamba fesyen tanpa disedari…


1. Bengkung/Korset

 
Kredit foto: Carian Google

Bengkung dan Korset digunakan untuk mengecilkan saiz pinggang sebelum munculnya Spanx. Selain menghasilkan pinggang yang ramping sementara, ianya juga akan menaikkan buah dada dan menghasilkan bentuk badan ramping bak jam pasir. 

Bagaimanapun, kedua-dua trend ini boleh mengakibatkan kerosakan sistem pencernaan, sembelit dan pitam kerana kesukaran bernafas. Lebih teruk lagi, ianya juga boleh mengakibatkan kecederaan dalaman. Lebih baik turuti saranan pakar untuk menjaga pemakanan dan bersenam untuk mengurangkan lemak di bahagian perut.
 

2. Kasut Tumit Tinggi


Kredit foto: Medical News Today 

Terdapat kajian membuktikan pemakaian kasut tumit tinggi mampu meningkatkan tahap keyakinan wanita terhadap kecantikan mereka. Sebagai contoh, ramai wanita melaporkan bahawa lelaki lebih cenderung untuk membantu mereka apabila mereka memakai kasut tumit tinggi. 

Bagaimanapun, kajian oleh BMC Public Health melaporkan kaitan antara pemakaian kasut tumit tinggi dengan penyakit bunions, kecederaan otot dan tumit. Ada di antaranya menjadi kes serius hingga terpaksa menjalani pembedahan.

 
3. Gaun Tanpa Poket

 
Kredit foto: Youtube

Kenapa agaknya gaun wanita tidak ada poket? Menurut pendapat beberapa pereka fesyen, poket akan menyebabkan saiz pinggang wanita kelihatan besar, apalagi apabila mereka memasukkan sesuatu ke dalamnya. Sebab itulah kebanyakan gaun direka tanpa poket. 

Dari sudut ekonomi, dengan gaun tanpa poket, wanita akan ‘terpaksa’ menyokong industri beg tangan untuk memasukkan pelbagai barangan keperluan mereka.

 
4. Gaun Kembang


Kredit foto: Jewelry

Trend fesyen ini amat popular suatu ketika dahulu. Masih lagi kelihatan di masa kini terutamanya pada pakaian pengantin moden. Gaun kembang kononnya menjadikan wanita kelihatan dramatik dan regal. 

Tapi tahukan anda trend ini sangat kurang selesa, gatal, berat dan panas? Apa lagi jika dipakai di negara tropika atau dewan tanpa penghawa dingin!

 
5. Jeans dan Skirt Ketat


Kredit foto: lifedeathprizes

Baru-baru ini, Journal of Neurology, Neurosurgery and Psychiatry menyiarkan sebuah artikel seorang wanita yang mengidap penyakit compartment syndrome disebabkan pendarahan dan pembengkakan otot kakinya. 

Siasatan mendapati ianya disebabkan oleh tabiat wanita itu memakai jeans yang ketat. Bagi lelaki, pemakaian seluar ketat dikatakan boleh menyebabkan kecederaan pada testis dan mengurangkan kesuburan.  

 
6. Beg Tangan Saiz Besar


Kredit foto: Carian Google

Wanita dan beg tangan menang tidak boleh dipisahkan, tetapi trend beg tangan gergasi semenangnya membawa padah! 

Ini kerana beg tangan yang terlalu berat boleh mengakibatkan tulang belakang terpaksa menampung berat berlebihan pada jangka masa yang sangat lama. Akibatnya wanita akan menghadapi kesakitan pada kepala, bahu, leher dan pinggang. 

Satu lagi, perlukah membawa tiga hingga empat jenis losyen, gincu dan barangan lain?

 
7. Kanta Lekap Berwarna


Kredit foto: Carian Google

Sekiranya anda boleh membeli kanta lekap tanpa surat daripada pengamal kesihatan, maksudnya ianya tidak perlu! Mungkin penggunaan kanta lekap berwarna terutamanya tanpa kuasa boleh mengakibatkan masalah. 

Kanta jenis ini akan meningkatkan risiko buta, cacat penglihatan, koyakan pada kornea dan jangkitan. Sila dapatkan nasihat sebelum membeli sebarang jenis kanta.

 
8. Mekap Timbang Kati


Kredit foto: Carian Google

Tidak dinafikan setiap jenis mekap mengandungi bahan kimia. Yang membezakan mekap timbang kati dan mekap lain adalah ujian makmal yang ketat. Mekap perlu menjalani ujian makmal untuk memastikan tahap toksik setiap bahan yang digunakan berada pada kadar selamat. 

Kajian penyelidik di University of California mendapati hampir 75 peratus mekap timbang kati mempunyai kadar toksin melebihi sukatan! Penggunaan mekap seperti ini dikatakan akan meningkatkan risiko penyakit seperti kanser, osteoporosis, anemia dan Alzheimer.

 
9. Anting-anting

Kredit foto: Carian Google

Kajian mendapati 20 peratus lubang anting-anting dan tindik mendapat jangkitan bakteria kerana kurangnya pengetahuan untuk menjaga luka tersebut. Sekiranya jangkitan ini tidak dikawal, ianya boleh merebak ke dalam darah dan mengakibatkan kematian. 

Lubang anting-anting yang tidak sembuh dengan sempurna juga tidak akan kembali kepada bentuk asal dan mengakibatkan parut. Bagi wanita yang memasang subang atau tindik pada puting susu juga akan mendapat risiko tidak dapat menyusukan bayinya di kemudian hari.

 
10. Seluar Dalam Thong


Kredit foto: Irish Times

Seluar dalam thong semakin menjadi pilihan kerana ianya tidak akan menghasilkan garis kedutan pada pakaian luar, terutamanya ketika memakai skirt yang melekat pada pinggul. Selain itu, ramai wanita berpendapat pakaian dalam yang besar dan longgar adalah ketinggalan zaman. 

Walau bagaimanapun, pengamal kesihatan berkata, seluar dalam thong ini meningkatkan risiko penyakit saluran kencing (UTI) dan penyakit lain kerana thong mudah memindahkan jangkitan kepada bukaan vagina. Selain itu pemakaian thong juga sering dikaitkan dengan penyakit hemorrhoids (urat bengkak di bahagian rektum).

Kesimpulannya, kadang-kala sesetengah trend itu boleh mendatangkan musibah kepada kesihatan, manakala sesetengah trend lagi merugikan wanita dari segi ekonomi. Jadi, beringatlah dan jangan menjadi hamba fesyen tanpa sedar! - CARI
27

Bagus
27

Marah
21

Terkejut
32

Sedih
26

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 19-11-2018 12:19 PM
Jadi lelaki paling senang... x yah make up bagai...
Quote buapakperut 19-11-2018 01:32 PM
Edited by buapakperut at 19-11-2018 05:34 AM

omputih cakap kalau pakai thong asek tak selesa kat wedge tu. huhuhu. korset tu pulak angan2 acik gundu kakau pakai body terus terletak macam salma hayek
Quote Sang_Pencinta 19-11-2018 01:34 PM
buapakperut replied at 19-11-2018 01:32 PM
omputih cakap kalau pakai thong asek tak seleda kat wedge tu. huhuhu. korset tu pulak angan2 acik gu ...

Bukak korset terus lelemak banjir di kelengkang kan??
Quote buapakperut 19-11-2018 01:37 PM
Sang_Pencinta replied at 19-11-2018 05:34 AM
Bukak korset terus lelemak banjir di kelengkang kan??

kalau korset yang seluar sampai peha tu boleh nampak deyoul punya lemak kat peha tu membuak macam muffin
Quote Megikari 19-11-2018 03:21 PM
Tak faham cemana pompuan yg pakai thong ni. Tak ke rasa rimas macam ada benda terselit kat celah punggung? Alangkan spender terselit sikit pun dah tak selesa. Cuba share sikit pengalaman kalian yang pakai thong ni {:question
Quote armin 19-11-2018 04:56 PM
Kalau tak suka thong pakaila seamless panties
Quote Ketypurry 19-11-2018 06:38 PM
Megikari replied at 19-11-2018 03:21 PM
Tak faham cemana pompuan yg pakai thong ni. Tak ke rasa rimas macam ada benda terselit kat celah pun ...

apa fungsi thong tu sebenarnya?
Quote Megikari 19-11-2018 06:41 PM
Ketypurry replied at 19-11-2018 06:38 PM
apa fungsi thong tu sebenarnya?

Errr.. Entah la. Hakak tak cukup moden untuk try thehehe
Quote Ketypurry 19-11-2018 06:44 PM
Megikari replied at 19-11-2018 06:41 PM
Errr.. Entah la. Hakak tak cukup moden untuk try thehehe

tengok pun geli geleman apatah lagi kalau pakai





Quote Sang_Pencinta 19-11-2018 07:53 PM
Megikari replied at 19-11-2018 03:21 PM
Tak faham cemana pompuan yg pakai thong ni. Tak ke rasa rimas macam ada benda terselit kat celah pun ...

Mesti luka2 bukaan vagina kan?
Quote meklalala 21-11-2018 05:17 PM
kasut tumit tinggi is a big no untuk keluar pergi mall..mek rela pakai sport shoes..takpelah tak lawa pun asal selesa..tapi beg besar takpe, senang nak sumbat barang kadang kadang bawak begpack je lagi senang..
Quote LostStar 22-11-2018 12:44 PM
Megikari replied at 19-11-2018 03:21 PM
Tak faham cemana pompuan yg pakai thong ni. Tak ke rasa rimas macam ada benda terselit kat celah pun ...

selesa.. jujur kata, daku dari skolah pakai..

bila baca artikel ni, mengapakahhhhhh terlibat jua dalam hamba fesyen.. musykil la....
Quote Iris. 22-11-2018 02:19 PM
selesa je pakai thong
dah biasa kot
Quote putriTS 22-11-2018 10:03 PM
I dapat 4/10..so, kira bukan hamba fashunnn sgt lah kot? Handbag besar kan best, senang boleh letak banyak barang tapi itulah, sakit bahu nak membawak beg pastu kalau nak cari barang, lambatlah jumpa sbb byk sgt compartment, terhimpit bawah barang2 lain.
Kalau thongs tu, most probably sbb nak elakkan VPL? yes, seamless panties alternative yg bagus utk thongs.
As for heels, I pakai kalau pakai baju formal and jugak ketika nak melawa2 sikit. I tak suka pakai flat shoes. Paling busuk I pakai wedges.
Quote eileen80 23-11-2018 09:36 AM
mujur xde 1 pon yg kene dgn diri I.
ternyata la i bkn hamba fesyen nie.
Quote PU-ndan 28-11-2018 07:50 AM
mekap timbang kati je i tak sanggup. yg lain tu ok je. ala bukannya pakai hari2 pun, mcm.korset tu so far takde pulak akak rasa liver kecut ke penyet sebelah ke. lol. heels pun pakai yg 1 inci dah dik. boleh jugak skip2 tangga lrt.
Quote BlueRose99 13-12-2018 04:35 PM
Beauty is pain!

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.047946 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top