Baru-baru ini kecoh apabila Zamani mengeluarkan kenyataan tentang penyakit yang dihidapinya iaitu penyakit Skoliosis sehingga menyukarkan dia untuk membuat persembahan. Namun, tak ramai yang betul-betul tahu apa itu Skoliosis.
Anda mungkin nampak sihat pada luaran, tetapi rupa-rupanya tulang belakang anda dalam kondisi yang merunsingkan. APA ITU SKOLIOSIS? Skoliosis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan pembengkokan tulang belakang. Penghidap Skoliosis akan mengalami tulang belakang berbentuk S atau C. Skoliosis lebih senang terjadi pada golongan wanita berbanding lelaki. Sebanyak 2% golongan wanita merupakan penghidap Skoliosis manakala golongan lelaki hanya 0.5% sahaja. Biasanya ia dikesan semasa umur 10 tahun ke atas. Skoliosis boleh diwarisi daripada ibu atau ayah yang juga penghidap Skoliosis. Punca penyakit ini biasanya tidak diketahui (idiophatic). Jenis-jenis Skoliosis terbahagi mengikut umur pesakit ketika disahkan menghidap Skoliosis. 1. INFANTILE IDIOPHATIC SCOLIOSIS Bagi pesakit yang berusia kurang dari tiga tahun. 2. JUVENILE IDIOPHATIC SCOLIOSIS Bagi pesakit berusia 3-10 tahun. 3. ADOLESCENT IDIOPHATIC SCOLIOSIS Bagi pesakit yang berusia 10 tahun ke atas. ANTARA PUNCA SKOLIOSIS : Walaupun 80% daripada pesakit Skoliosis menghidap idiophatic scoliosis, di mana punca penyakit tidak diketahui, namun terdapat beberapa punca lain yang boleh mengakibatkan Skoliosis terjadi seperti berikut: - Kaki pendek sebelah - Pesakit Celebral Palsy - Pembentukan tulang yang tidak sempurna sejak lahir - Pesakit Arthritis - Penghidap Osteoporosis - Ketumbuhan pada tulang belakang SIMPTOM PENYAKIT SKOLIOSIS Simptom yang dialami oleh pesakit Skoliosis mungkin berbeza-beza mengikut keadaan tulang belakang masing-masing. - Baju tidak muat sedangkan berat badan masih sama - Lengkuk di pinggang kelihatan tidak sekata atau seimbang - Kaki seluar lebih panjang di satu sisi - Kepala kelihatan senget sedikit dan tidak simetri - Bahu atau sebelah sisi pinggang lebih tinggi dari yang sebelah - Sakit dada dan sukar bernafas (kes yang teruk) - Sakit belakang, tengkuk, abdomen dan tulang rusuk BOLEHKAH SKOLIOSIS DIRAWAT? Malangnya, tulang belakang yang telah bengkok tidak boleh dipulihkan kembali melainkan dengan cara pembedahan. Namun, pembedahan hanya disarankan untuk tulang belakang yang membengkok melebihi 40 darjah sahaja. Bagi yang kurang dari 40 darjah, disarankan untuk memakai alat sokongan pada badan untuk mencegah pembengkokan daripada terus berlaku. SKOLIOSIS menyerang dalam diam. Kebiasaannya pesakit hanya tahu apabila penyakit itu sudah berada di tahap yang teruk. Dapatkan pemeriksaan jika anda mempunyai simptom-simptom SKOLIOSIS sekarang! -CARI |
11
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munahminah replied at 28-12-2018 11:37 PM
Munah pun dr sahkan ada scolisos. Mslhnya bila munah jmpa therapist, dia kat ni bkn scolisis. Ptt ke ...
Mama3 replied at 29-12-2018 01:31 AM
Sakit blkg mungkin sbb slip disc. Try buat mri
munchkin replied at 30-12-2018 12:04 AM
Try le rawatan chiro. Bukan magic terus baik. Dia dia akan betulkan posture sedikit demi sedikit.
salmon-suki replied at 1-1-2019 04:11 PM
Mahal tak ek nak bt chiro?and sis mana lg ok,chiro or acupunture?kdg2 rasa mcm sakit kt bhg pingga ...
munchkin replied at 1-1-2019 04:35 PM
Saya punya dalam rm130++ ke rm330++ sekali treatment. Tapi bukan scolio.
Dia tahu pasal otot d ...
salmon-suki replied at 1-1-2019 06:25 PM
Awk bt ktne chiro tu?nak cari y betul2 bertauliah..tkt nti kne scam..hehe..naya aje nti
munahminah replied at 29-12-2018 10:47 PM
Tq mama. Mri tu skt x ye, mcm takut gk nk bt
gadis_tulip replied at 11-1-2019 09:30 AM
Dalam famili ai, yang ade skoliosis ai, my sister and my mom. Rasanya keturunan dari belah my mom se ...
munahminah replied at 12-1-2019 09:33 PM
Samalah dgn munah. Bt apapun penat. Lipat kain kena sambil bdiri nnt lenguh pinggang, msk lma2 pn ...
ADVERTISEMENT