Seorang lalaki 'kantoi' berhasrat melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan berusia 13 tahun dan membawa 'borang persetujuan' untuk ditandatangani mangsa.
The Sun melaporkan, Adam Robert Dimond, 31, didakwa cuba mengumpan mangsa yang sebenarnya seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang sedang menyamar untuk melakukan seks. Sementara itu, METRO melaporkan Dimond dicekup ketika sedang menunggu 'gadis bawah umur' itu di bawah sebuah jambatan di Farmington, Utah, Amerika Syarikat pada penghujung November lalu.
Menurut polis, Dimond mengakui dia berhasrat melakukan hubungan intim dengan 'mangsa', malah dokumen persetujuan berkenaan ditemui di dalam kereta suspek, lapor Standard Examiner. Difahamkan, penyiasat juga memeriksa telefon bimbitnya bagi mengenal pasti kemungkinan suspek melakukan jenayah lain membabitkan kanak-kanak. Dimond dikatakan berbual dengan ejen berkenaan yang menyamar sebagai kanak-kanak terbabit menerusi aplikasi sembang Whisper. Mahkamah mendakwa Dimond atas kesalahan menggoda kanak-kanak bawah umur menerusi Internet atau pesanan ringkas. Bagaimanapun, dia dibebaskan dari Penjara Daerah Davis pada Jumaat dengan ikat jamin sebanyak 8,000 Pounds (RM42,304) dan mahkamah masih belum menentukan tarikh perbicaraan seterusnya. Polis juga menahan seorang lagi lelaki dalam operasi penyamaran berkenaan iaitu Angus Logan, 21, yang turut didakwa atas kesalahan sama. Penyiasat mendakwa Logan membawa kondom ke sebuah alamat di mana dia menyangka akan bertemu remaja berusia 13 tahun (ejen sama) terbabit. Namun, sebaik tiba di lokasi, dia mendapati sepasukan polis sedang menunggunya. - CARI
|
14
Bagus |
24
Marah |
19
Terkejut |
21
Sedih |
24
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 27-12-2018 05:37 AM
patut la thread tak dapat sambutan
sharlenetexas replied at 27-12-2018 01:40 PM
Ni umur 13 muka budak atau muka macam 25 tahun?
Aerhys replied at 27-12-2018 02:08 PM
Elok polis di malaysia buat langkah yg sama utk mengumpan pedofil melalui aplikasi wechat dan lain2. ...
clarizsa: Kesian pedo omputeh kena tangkapKlu pedo kt msia seronok je ajak kanak2 kawin pastu semua pakat puji
tikusmontok replied at 27-12-2018 02:13 PM
baca tak paham ke?
sharlenetexas replied at 27-12-2018 01:40 PM
Ni umur 13 muka budak atau muka macam 25 tahun?
bro_kr replied at 27-12-2018 03:47 PM
Berdasarkan laporan article tu..
Diaorang cuma setakat chat kat applikasi Whisper dulu. Set dat ...
sharlenetexas replied at 27-12-2018 03:15 PM
Mangsa tu muka budak ke muka orang tua yg si pedi gila selera sangat?
prettyuglybabe replied at 27-12-2018 01:37 PM
patut la thread tak dapat sambutan
ADVERTISEMENT