CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 10 Tahun Dipaksa Layan Nafsu Serakah Bapa

28-12-2018 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7717| Komen: 50

Perbuatan keji seorang lelaki terbongkar apabila wanita berusia 60 tahun membuat laporan polis mendakwa cucunya dirogol bapa kandung.

Harian Metro melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu dipaksa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak 2017 di kediaman keluarganya di Taman Changkat Permata, Ampang.



Gambar Hiasan

Mangsa mengadu kepada neneknya bahawa lelaki berusia 35 tahun itu bukan saja merogol, malah turut mencabul kehormatannya sejak dia tinggal dengan bapanya pada 2017.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Mohd Zaid Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita mengenai kejadian sebelum suspek ditahan.


“Pada Selasa lalu, seorang wanita berusia 60 tahun iaitu nenek kepada kanak-kanak berusia 10 tahun membuat laporan mendakwa cucu perempuannya dirogol bapa kandung.

“Daripada maklumat yang kami terima, mangsa sejak kecil dijaga neneknya sebelum diserahkan kepada bapa kandungnya pada 2017 dan sepanjang dijaga lelaki berkenaan, mangsa sering dirogol pada waktu malam sehingga awal Disember lalu,” katanya.

Takut dimarahi bapanya, mangsa merahsiakan perbuatan sumbang suspek yang sering memaksa kanak-kanak itu memuaskan nafsunya walaupun sudah ditolak.

“Kami difahamkan, lelaki berkenaan sudah bercerai dengan ibu kandung mangsa dan dia juga mempunyai seorang adik perempuan berusia tujuh tahun yang tinggal bersama ibunya di Rawang.

“Susulan daripada laporan yang dibuat nenek mangsa, suspek yang juga bapa kepada kanak-kanak itu ditahan pada 25 Disember lalu dan direman sehingga 31 Disember untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya. - CARI
11

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orked44 28-12-2018 04:07 PM
eh bodoh punya bapak..bodoh2 bncinya bapak mcmani dah rosakkan ank sendiri.
Quote mieymiey 28-12-2018 04:13 PM
Anak kandung, darah daging sendiri, umur baru 10 tahun pun ko sanggup makan?
Ko lagi hina daripada babi. Semoga ko mampus dalam penjara!
Quote besarkecik 28-12-2018 04:41 PM
Harap kau dirogol pulak dalam penjara. Puihhhhh
Quote adila39 28-12-2018 04:49 PM
allahuakbar
hinanya bapa seperti ni...kesiannya budak tu...allah haih
Quote cucuq 28-12-2018 04:52 PM
siyess takut dgn realiti masyarakat skang.kejamnya lahai
Quote FOTHER-MUCKER 28-12-2018 04:52 PM
Masih ada lagi saki baki yahudi Di Malaysia ke sis?
Quote adila39 28-12-2018 04:53 PM
stingerockz replied at 28-12-2018 08:51 AM
Lagi hina kau yg  sampai kehari ini tak tingkatkan usaha utk Anak kau ketemu bapa kandungnya....

hi stinger. hmm aha awak serkap jarang ni. alhamdulillah i follow ur nasihat. have a pleasant day stink.
Quote Spicymami 28-12-2018 04:57 PM
Makin meningkat ye kes mcm ni skrg ni.. Dimana silapnya
Quote polluxsstar 28-12-2018 04:58 PM
apa nk jadi donia skg. ish ish ish.

mesti bdk tu trauma depress semua ada...
Quote leylapple 28-12-2018 05:00 PM
apsal makin menjadi2 kes bapak haruan nie?

mslh dadah? ker mmg jenis benih tak guna?

yang si pompuan pun, bercerai dgn laki2 mcm nie jgnlah serah anak pompuan kat bewak tak guna...
Quote awaynepian 28-12-2018 05:02 PM
manusia makin gila
Quote noor2 28-12-2018 05:09 PM
Ada kes aku terbaca kat bod FD baru2 ni....ada pembuka thread kata anak sedar beliau umur 12 tahun bgtau kawannya mengadu dirogol bapa dan abang tiri. ..ka apa. .sakit hati aku baca sampai sekarang beliau x ambil tindakan. .tak.guna betul. ..
Quote ninnakarinna 28-12-2018 05:11 PM
noor2 replied at 28-12-2018 05:09 PM
Ada kes aku terbaca kat bod FD baru2 ni....ada pembuka thread kata anak sedar beliau umur 12 tahun b ...

Dah settle kak noor.polis dah tangkap
Quote Alais 28-12-2018 05:12 PM

haiwan ada deria yg boleh kesan bau keluarga dekat mereka
jadi tak berlaku sumbang mahram di kalangan haiwan

manusia secara biologi adalah  haiwan
sumbang mahram terjadi mungkin sebab saraf rosak
samada saraf bau atau otak
Quote noor2 28-12-2018 05:13 PM
ninnakarinna replied at 28-12-2018 05:11 PM
Dah settle kak noor.polis dah tangkap

Ohhhh. .jadi betullah. ..ya Allah syukur alhamdulillah. ...lega baca. .terima kasih info dik ninna. ...
Quote dess402 28-12-2018 05:16 PM
sial punya bapak.  kesian anak tu.
Quote ninnakarinna 28-12-2018 05:17 PM
noor2 replied at 28-12-2018 05:13 PM
Ohhhh. .jadi betullah. ..ya Allah syukur alhamdulillah. ...lega baca. .terima kasih info dik ninna ...

Sama2..cuma takut bdk tu tarik balik report. Sbb mak dia bleh mention kalau pak tiri kena tangkap kita nak mkn apa..

Sedih mak camni
Quote noor2 28-12-2018 05:20 PM
ninnakarinna replied at 28-12-2018 05:17 PM
Sama2..cuma takut bdk tu tarik balik report. Sbb mak dia bleh mention kalau pak tiri kena tangkap  ...

Ya Allah. ..moga anak tu dilindungi. ....

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043895 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top