CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sekumpulan Lelaki Solat Dalam Komuter Dikecam, Rupa-rupanya...

4-2-2019 09:59 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12657| Komen: 37|Original author: Oleh: Azza




Dua keping gambar lelaki Muslim solat di dalam gerabak kereta api yang bertebaran di media sosial menyebabkan ramai bertekak pendapat. 

Ada yang mengatakan ianya menghalang penumpang lain untuk keluar masuk sedangkan agama Islam sangat memudahkan, sementara yang lain pula menganggap ada sebab lain di sebalik gambar tersebut.

Bagi yang tidak menyukai situasi ini, mereka beranggapan bahawa solat boleh dilakukan di rumah, surau atau jika terpaksa sekalipun boleh dilakukan sambil duduk. Kenapa perlu menggunakan sejadah, berdiri di tempat laluan orang hingga menimbulkan ketidakselesaan penumpang lain. Benarkah situasi ini?



Kredit foto: Twitter

Setelah ia tular, beberapa netizen yang biasa dengan situasi sebegini tampil menjelaskan bahawa ia adalah pemandangan biasa bagi mereka yang menaiki KTM Komuter Sektor Utara dengan kekerapan tren adalah sejam sekali. 

Pengguna tren ini ialah mereka yang tinggal di Perlis atau Kedah, tetapi bekerja di Pulau Pinang.

Diifahamkan, mereka bergerak dari Padang Besar jam 5.25 pagi dan tiba di Butterworth jam 7.16 pagi yakni waktu Subuh sudah pun habis. Jadi, ini antara faktor yang menyebabkan sekumpulan lelaki ini terpaksa menunaikan solat di dalam tren yang sedang bergerak.



Kredit foto: KTM

Menurut netizen ini, fenomena solat Subuh dalam komuter mungkin hanya berlaku di bahagian Utara sahaja kerana jarak antara rumah dengan tempat kerja, misalnya antara Alor Star - Sg.Petani iaitu 60KM. Jadi, mereka perlu bersiap awal dan naik komuter awal pagi tanpa solat Subuh terlebih dahulu. 

Malah, jarak antara Komuter di Utara juga tidak sama dengan Kuala Lumpur, purata 10-15 minit dari stesen ke stesen. Oleh itu, sesiapa yang berhajat untuk menunaikan solat Subuh antara stesen A ke stesen B, maka sempat sahaja tanpa menganggu laluan keluar masuk penumpang. Pendek kata, situasinya tidak sama dengan bandar raya Kuala Lumpur.


Kredit foto: Carian Internet

Jadi, untuk meminta mereka berhenti di stesen lain bagi menunaikan solat Subuh adalah tidak relevan kerana konsep Komuter sendiri berhenti antara 20-30 saat sahaja untuk mengambil dan menurunkan penumpang. 

Selain itu, mereka tidak mengganggu penumpang lain kerana menunaikan solat di hujung gerabak iaitu A/F dan tidak dibuat di koc tengah yang menjadi laluan keluar masuk.

Malah, jika melihat dengan persediaan mereka membawa sejadah sudah menjelaskan yang ia adalah fenomena biasa bagi penumpang Komuter arah utara. Tiada aduan yang diterima sebelum ini melainkan selepas dua keping gambar itu tular sahaja.

Hal ini menjelaskan bahawa ianya bukan masalah menunjuk-nunjuk, tetapi apabila ia disebarkan di media sosial, lain pula jadinya. Hingga ada yang menyatakan 'keyboard warrior' cuma pandai mengecam sahaja tanpa mendalami isu sebenar.



Kredit foto: Twitter

Begitulah, hanya dengan beberapa keping gambar di media sosial, manusia boleh menghakimi perbuatan orang lain tanpa menyiasat terlebih dahulu. Sepatutnya, kita sebagai warga yang bertanggungjawab jangan terburu-buru menuding kesalahan tanpa tahu kisah yang sebenar. 

Semoga kita sama-sama menasihati diri sendiri sebelum menasihati orang lain. - CARI
9

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 4-2-2019 10:47 AM
i percaya ni bukan kat kl..
bilanya kat kl ko boleh masuk tren berlenggang kangkung klu hari kerja?
nak berdiri pun serupa sardin lagi mau bentang sejadah..
i pernah kat arau nak beli tiket ets kat kaunter, dorang minta tolong bagi laluan pada mereka yang nak naik komuter beli tiket dulu padahal i dah depan sekali..
terkejar-kejar penumpang nak lari mana nak beli tiket pastu turun landasan..
masa tu baru tau komuter dorang sejam sekali je..
and jarak tiap station boleh kata jauh juga la..
lebih 10 minit kot.. so sempat la takat solat subuh 2 rakaat tu..
bukannya dorang solat baca ayat satu quran siap kuliah subuh bagai..
so puak tak solat tu dok diam-diam sudah..
orang nak solat pun ko nak bising serupa syaithon..
Quote akumak 4-2-2019 10:47 AM
Semoga menjadi tauladan yg baik terutama kpd keyboard warrior {:handsome
Quote nisako 4-2-2019 10:51 AM
hmm....... .......................
Quote mawar_mustika 4-2-2019 11:11 AM
itulh manusia skrg ske taip ikut ske hati tanpa selidik btul2 dlu
Quote aleesyasofia 4-2-2019 11:34 AM
mmg btul pon.. komuter arah utara mmg selang sejam.. nk smpai pon ambil msa lama
Quote rantaikendoq 4-2-2019 11:44 AM
Selalunya jenis suka menghukum dan lagak pandai ni pd hakikat tuding diri sendiri itula akal cetek lagi kaldai bangang...
Quote salmon-suki 4-2-2019 12:19 PM
Xde ruang solat ke disediakn ek?maybe pihak ktm bleh take note psl ni..asalkan org lain xde komen,atau rasa disusahkan,elok je solat smbil duduk,xyah bentang sejadah pun ok..

Aiols salu bt gitu kalau naik ketapi balik klate..solat kt kerusi je..Islam itu mudah je lalink2 sekalian..
Quote Megikari 4-2-2019 12:47 PM
Yang dok komen macam2 tu ntah2 subuh pun tak solat especially time cuti kat rumah {:smile
Quote sinalegna 4-2-2019 01:13 PM
In general, seme orang islam mmg tau solat tu wajib.

Tapi entah kenapa selalu rasa segan silu nak excuse diri utk break pergi solat walaupon kejap contohnya time meeting lama, time attend function, time nak travel.

Padahal kalo ikotkan org lain tu takde pon segan nak gi smoke, gi toilet, gi amik coffee/drinks, even being late..

Kadang dah tau akan miss certain waktu & memilih utk qada' sahaja.. speaking for myself too, semoga we become a better muslim & lebih mementingkan solat daripada hal2 duniawi lepas ni
Quote ladybugz 4-2-2019 01:32 PM
Solat ni sbnrnya fitrah. Jika ade ruang sesuai la buat dgn bersejadah bagai. Jika x de ruang solat dgn kadar kemampuan seperti berdiri tegak atau duduk. Wallahualam.
Quote ms.mango 4-2-2019 01:34 PM
Rakyat malaysia ni xde keje lain selain mengecam ke... Adoiyaiiiiu
Quote rosasen 4-2-2019 02:24 PM
orang solat pn kena kecam dh skrg..tanpa tau ujung pangkal.. yg sebar gambar ni peghak ke?
Quote aijinmisaki 4-2-2019 03:41 PM
Kalau tak kacau orang takpelah.
Tapi kalau selfish mengganggu, hakak humban sekor2 kat luar.
Quote prettyuglybabe 4-2-2019 03:54 PM
salmon-suki replied at 4-2-2019 12:19 PM
Xde ruang solat ke disediakn ek?maybe pihak ktm bleh take note psl ni..asalkan org lain xde komen,at ...

keretapi long distance lain dengan keretapi short distance..
ets memang lengkap ada surau cafe toilet tapi komuter tak ada..
memang islam tu mudah tak perlu solat berdiri semua tu..
untuk sekali dua nak solat duduk boleh la..
tapi kalau 5 hari seminggu solat subuh tak sempurna, mesti rasa tak best kan..
komuter tu panjang..
and dari padang besar tu tak ramai pun naik..
kalau dorang utilised satu gerabak pun tak mengganggu kot..
Quote chinta89 4-2-2019 04:34 PM
acah2 nk bagi nasihat ke org.. tp diri sendiri x tahu cter tengah tepi. OMG.
Quote Miming2 4-2-2019 04:35 PM
Based on drg punya situation, bru faham... Logik lah juga if drg solat kat situ.. Bukan nya mengganggu org keluar masuk pun.. Plus its just 2 rakaat.. Tak lah lama sgt... Not even 10 min pun.. Yg acah2 ckp pasal pengurusan waktu tu, cubalah selidik dulu as in why they have to pray dalam keadaan sedemikian.. Kalau diberi pilihan of course nak solat dalam keadaan lebih selesa contoh kat surau..
Quote salmon-suki 4-2-2019 05:28 PM
prettyuglybabe replied at 4-2-2019 03:54 PM
keretapi long distance lain dengan keretapi short distance..
ets memang lengkap ada surau cafe to ...

Kalau x mengganggu org lain,boleh ler kot..sempurna atau tak,kita kena yakin taw..niat kena betul..sbb tu sy ckp Islam itu mudah..

Tapi kalau ada org terganggu tu laa cara nye nak compromise..gituuu haa~
Quote moonbug 4-2-2019 06:23 PM
Apa tujuan viral kan gambar tu
Quote nadi_sc 4-2-2019 08:33 PM
normal je ni kat area utara . respect aku kat dorang .

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061473 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top