CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Wanita Dipenjara 6 Tahun Rompak Kenalan Tinder

1-2-2019 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7478| Komen: 42

Description: Pelajar wanita di sebuah kolej swasta dijatuhkan hukuman penjara enam tahun selepas terbukti bersalah merompak kenalan Tinder pada 2016.
Pelajar wanita di sebuah kolej swasta dijatuhkan hukuman penjara enam tahun selepas terbukti bersalah merompak kenalan Tinder pada 2016.

Berita Harian melaporkan, Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar yang menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memerintahkan Mizan Qistina Razali, 24, menjalani hukuman penjara bermula Khamis.



Kredit foto: NSTP/Berita Harian

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh melalui peguam belanya, Norhasham Hasan menangguhkan pelaksanaan hukuman dengan jaminan sebanyak RM7,000 sementara menunggu rayuan.

Mengikut fakta kes, tertuduh bersama bekas teman lelakinya yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan terhadap Foong Wei Chieh, 34, selain merampas sebuah iPhone serta wang tunai RM1,500 dengan bersenjatakan pisau di Cova Suites, Jalan Teknologi, Kota Damansara, jam 9.30 malam, pada 24 November 2016.


Bagi pertuduhan itu, Mizan Qistina didakwa mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Kredit foto: Utusan

Difahamkan, ketika kejadian tertuduh mengajak mangsa ke kondominiumnya untuk melakukan hubungan seks selepas berkenalan di Tinder.

Mangsa yang tiba di lokasi kemudian mendapati wanita itu sudah berbogel sebelum seorang lelaki masuk ke dalam rumah dan merompak mangsa hingga berlaku pergelutan.

Tertuduh kemudian memecah masuk kereta mangsa sebelum mencuri dompet lelaki itu dan mengeluarkan sejumlah wang milik mangsa di mesin pengeluaran duit (ATM).

Terdahulu, tertuduh memohon hukumannya diringankan dengan alasan hukuman penjara yang lama akan merosakkan masa depannya memandangkan dia adalah pesalah muda.

“Tertuduh ketika kejadian hanya berusia 21 tahun dan terpengaruh dengan bekas teman lelaki yang menjanjikan kesenangan.

“Tertuduh adalah anak sulung dan perlu menyara keluarga memandangkan ayahnya kini sudah tidak bekerja,” kata Norhasham.

Bagaimanapun, rayuannya itu ditolak Timbalan Pendakwa Raya, Asyhraf Ashy’ari Kamaruzaman kerana ia merupakan jenayah terancang menggunakan senjata. - CARI
7

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 1-2-2019 02:44 PM
Jkm sila bantu apaknya. Dia ni masukkan dalam penjara maksima. Siyal punya alasan.
Quote buragazz 1-2-2019 02:49 PM
Sangap sampai kene rompak..
Quote dua_chzy 1-2-2019 02:52 PM
buragazz replied at 1-2-2019 02:49 PM
Sangap sampai kene rompak..

Jantan straight mana jah tak sangap dengan awek tudong suka hantar gambar bugil.
Quote SWORKS27 1-2-2019 02:56 PM
untung la dapat tgk wanita tu berbogey, lepas tu kena samun....
Quote gigahertz 1-2-2019 03:03 PM
SWORKS27: untung la dapat tgk wanita tu berbogey, lepas tu kena samun....

perempuan ni bogey tak cantik{:cryrun
Quote Victorioussss 1-2-2019 03:10 PM
Difahamkan, ketika kejadian tertuduh mengajak mangsa ke kondominiumnya untuk melakukan hubungan seks selepas berkenalan di Tinder.
Mangsa yang tiba di lokasi kemudian mendapati wanita itu sudah berbogel sebelum seorang lelaki

I baca berulang kali..ni tulisan kewartawanan y terbaik bg i
Kalu exam penulisan ni, mmg bole dpt A+
Quote prettyuglybabe 1-2-2019 03:10 PM
bila dah kantoi, bf lari dulu tinggalkan awek mendapat sorang-sorang..
tengok betapa tak gunanya bf yang dipuja puja..
dan tanggung pulak satu kejiranan la tau dia melacur and merompak..
Quote manjalara_01 1-2-2019 03:12 PM
kes rompak bauksit hari tu ape jd? senyap je...
Quote AyaqMeloSuam 1-2-2019 03:19 PM
prettyuglybabe: bila dah kantoi, bf lari dulu tinggalkan awek mendapat sorang-sorang..tengok betapa tak gunanya bf yang dipuja puja..dan tanggung pulak satu kejiranan ...



Betoi tu.. jantan tu MASIH BEBAS.. ko tnggung la sdrik caci maki memalukn fam bagai.... dik oii.. apsal ko bengap sgt..
Quote buapakperut 1-2-2019 04:40 PM
wah kinky nye ko dek...
Quote kaklong32 1-2-2019 05:02 PM
nasib lah dek

sape suroh buat benda bodo
Quote giyomi 1-2-2019 05:13 PM
tiap kali kena dakwa ni jer alasan , tp masa wat tak fikir apa2, ingat seronok main sambil mencuri. Ptt di sumbat dlm jel 20 thn jer...birah camne takan ubah perangai sebab da biasa sedap wat benda2 haram
Quote batmana 1-2-2019 05:34 PM
takat rompak org gune ipon rm1.5k, pstu smpai terpkse brbogel.. tak berbaloi dik

cubela rompak org kaya  1.5 juta ke tnpa perlu bogel, tawar seks ke apa
kene blaja ngn scammer MLM la , mantapkn ilmu rompakan tu dlu..

Quote Muntz 1-2-2019 05:47 PM
Aiyoo sis. Tinder tu kebanyakan jantan cari buat pemuas napsu atau tujuan lain sis.
Quote moonbug 1-2-2019 05:48 PM
Rosak masa depan
Quote Asdan 1-2-2019 08:44 PM

bukan ke mangsa dah  masuk perangkap kenapa perlu bogel ?
Quote HannahMontana 1-2-2019 09:53 PM
Malang berganda


xpe ko minta kerja dengan menteri    fonen fonen  dia akan hire ko kerja di pejabat dia ,ko berbogel lah mcm emma buat manatahu mendapat.

Quote RatuDunia94 2-2-2019 12:11 AM
Wah.. mmg sangap habis ni.. simply ajak stranger yg baru kenal kat alam maya utk buat seks??
Quote cHimo 2-2-2019 12:13 AM
Sangap sekali kena rompak

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.088497 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top