CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diculik Teman Lelaki Kerana Enggan Tinggal Bersama

11-2-2019 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3074| Komen: 9

Wanita berusia 31 tahun berdepan detik cemas apabila diculik teman lelaki kerana enggan tinggal bersama.


Gambar Hiasan


Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu di Sungai Chua, Kajang, di mana dia diculik suspek menaiki kereta Proton Iswara.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan kejadian berkata, insiden berkenaan disaksikan bapa mangsa.

Berdasarkan siasatan awal, teman lelaki yang juga dipercayai majikan mangsa mengajak wanita itu pulang untuk bekerja di Muar, Johor, namun ditolak mangsa kerana mendakwa suspek tidak membayar gajinya.

Menurut bapa mangsa, wanita itu telah bekerja dengan suspek hampir setahun lepas dengan mengusahakan kebun sayur.


Hasil risikan, polis kemudian menahan lelaki berusia 43 tahun dan menyelamatkan mangsa di rumah suspek di Taman Serom 6, Tangkak, Johor, semalam.

Selain itu, mangsa juga mendakwa dipukul beberapa kali sepanjang perjalanan ke Johor.

Tambah Ahmad Dzaffir, keengganan teman wanitanya kembali tinggal bersama di Johor mendorong suspek menculik mangsa.

Difahamkan, suspek direman hingga Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 11-2-2019 01:17 PM
bf ke majikan?
Quote helicornia 11-2-2019 02:03 PM
sg chua ni area cina
Quote ikanmasin 11-2-2019 02:51 PM
wah pakej sng hdp lelaki tu yg tak nak lepaskan
sanggup culik ..semua nak free saja
Quote lee_sakura 11-2-2019 03:08 PM
jahatnya majikan
Quote onexox97 12-2-2019 08:54 AM
Kawen la bayar maskawen lebih daripada tinggal bersama boleh buat
Quote None68 12-2-2019 10:03 AM
Mcm x berakal je masing2..akhirnya nyusahkan orang.
Quote chinta89 12-2-2019 10:49 AM
mcm ni pun ada?
Quote Burong_Hantuk 12-2-2019 10:52 AM
Culik dan paksa tanam sayur
Quote ninja9 12-2-2019 11:10 AM

bila ko describe mcm ni jadi lawak pula...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.106155 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top