CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat Awam Tertekan Gambar Separuh Bogel Disebar Bekas Kekasih

21-6-2019 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10047| Komen: 42

Seorang wanita kini dihantui perasaan takut dan malu apabila gambar separuh bogelnya disebarkan bekas teman lelaki di laman sosial sejak hubungan mereka putus April lalu.

Demi cinta sejati, penjawat awam berusia 30-an itu memberikan telefon bimbitnya kepada pasangannya.


Malangnya, apabila hubungan mereka putus, lelaki terbabit enggan memulangkannya, sebaliknya melayari akaun Twitter, Facebook dan WhatsApp wanita itu menggunakan telefon bimbit berkenaan.


Gambar Hiasan

Memetik Harian Metro, perkara itu diadukan mangsa kepada Setiausaha Eksekutif Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff.

Dakwanya, lelaki itu mengaibkannya dengan menyebarkan gambar separuh bogelnya dalam simpanan telefon bimbit berkenaan kepada rakan-rakan menerusi WhatsApp, Twitter dan Facebook.

“Saya difahamkan mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana mengaibkan dirinya dan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.


“Berikutan itu CAKE akan berusaha untuk memanjangkan kes ini dan akan cuba meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat semua rangkaian laman sosial supaya gambar berkenaan tidak tersebar,” katanya.

Difahamkan, mangsa sudah menyekat talian telefon bimbit berkenaan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 21-6-2019 12:45 PM
Masa bagi tak pikir dulu ke???tnyje
Quote Mahathirina 21-6-2019 12:46 PM
Bila jadi camni ko bukak je Instagram hakak ZZ tengok macamana dia dah move on.  Baru kuat sikit semangat kamu.  Repot, jangan tak repot.
Quote azelinaputeri 21-6-2019 12:46 PM
sbb tu org tua tua kata, masa bercinta berpada pada..
Quote kikuri 21-6-2019 01:04 PM
tulah lenkali jangan birah sangat bagi gambo yang bukan2... jual mahal sikit dekkk
Quote prettyuglybabe 21-6-2019 01:11 PM
bagi hp dengan segala mala apps ke?
napa tak tukar je semua password..
Quote mamarock 21-6-2019 01:19 PM
Baiknya hati. Belum apa-apa semua dah kasi. Pengajaran mahal tu.. ingat sampai hari tua lah dik.. kalau lepas ni sikap murah hati tu ada lagi tak tahu nak cakaplah.
Quote nononcrux 21-6-2019 01:25 PM
nasi dah jadi bubur..
Quote Acikgomen 21-6-2019 01:27 PM
Kementerian mana tu
Quote pumpkingirl 21-6-2019 01:30 PM
Bagusla report polis..ada kwn aku gi sebarkan gambar x gf dia..hambik masuk lokap seminggu..nasib tak kena vuang keje.
Quote slavehunter 21-6-2019 01:30 PM
Takyah la ambik pic nude sendiri. Aku masa teenager masa kes wan norazlin aku dah terpikir bahaya ada gambar bogel.
Quote yuki812 21-6-2019 01:46 PM
patut delete lah apa yg patut sblm bg tu.
pelik lah..nape org suka snap pic camtu ye? body lawa kot..
iols tgk perut kat cermin pon x lalu..lum lg part lain..lagi nk bergambar2 bagai..
Quote crazybeach 21-6-2019 01:52 PM
sedap pulak nama persatuan dia CAKE. tapi mcm tak berapa nak relate dgn isu consumerism jah kes nih. ada buat business trading dgn si bf kah. direct je lah terus ke skmm kalau pasal gambar bogel kau tuh.
Quote EvieWanKenobi 21-6-2019 01:59 PM
cakap je gambar edit..
mesti ada yang percaya..
Quote Artemesiaa 21-6-2019 02:43 PM
Sebab tu sebelum nak buat perkara mengarut elok fikir sejuta kali dulu takut perkara mengarut tu akan memakan diri akhirnya
Quote misc 21-6-2019 02:53 PM
Lain kali kalau nak sedekah handphone kat org, elok reset ke factory setting.
Quote mdhelmi 21-6-2019 02:55 PM
bole percaya ke berita2 cani?
metrol plak tu
Quote boojaat 21-6-2019 02:58 PM
Nape bg hp kat bf? Dannn... Dh nape amik gambar half naked ni... Ish ish ish... Tgk dgn mata sendiri udah2 lerrrr... Amik2 gambar nak bg kat siapa pulak kan
Quote Shirley23 21-6-2019 03:13 PM
Budak tik tok ni . Lurus sangat dok tunduk kat zantan bf kau tu.
Quote pyropura 21-6-2019 03:16 PM
Kenapa penjawat awam Melayu Sunni anti Icerd suka nau berbugil kehulu hilir dan suka kalwat kesana kemari?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.120275 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top