CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kena Caj RM2,000 Untuk Kebumi Jenazah Isteri, Lelaki Tampil Bantu Pak Cik Tua Ini

4-7-2019 10:24 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4636| Komen: 7|Original author: Oleh: intan

Sudahlah kehilangan orang tersayang, diri diuji pula dengan dugaan kesesakan wang. Lebih sakit, jika kita sendiri tidak mampu menguruskan jenazah orang tersayang dengan sebaiknya.

Itulah ujian terbesar yang terpaksa dilalui seorang warga emas apabila beliau dicaj sebanyak RM2,000 hanya untuk menguruskan jenazah isterinya. Difahamkan, pak cik tersebut hanya mampu bayar sebanyak RM450 untuk urusan pengebumian jenazah kerana kekangan wang. 


Kisah sedih ini telah dikongsi oleh seorang lelaki yang sinonim dengan aktiviti membantu menguruskan jenazah secara percuma iaitu Encik Mohd. Zulhairi Zainol di laman Facebook. 

Beliau yang terkenal dengan amal jariah menolong orang dalam kesusahan itu telah menceritakan bahawa ada insan yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesusahan warga emas tersebut.




Terduduk pak cik itu mengenang nasib..


Zulhairi kemudian memanggil pasukan muslimah untuk menguruskan jenazah dan juga berterima kasih kepada kariah masjid kampung berkenaan kerana meminjamkan bilik mandian serta insan lain yang menyumbang kepada urusan tersebut. 





Netizen yang mengikuti perkongsian saudara Zulhairi itu rata-rata mendoakan yang terbaik untuk pak cik tersebut dan mengucapkan takziah.


Takziah diucapkan




Masih ada yang sanggup ambil kesempatan atas kesusahan orang lain




Sebak tengok..



Janganlah kita mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain kerana segalanya akan dipersoalkan di akhirat kelak. Takziah diucapkan kepada pak cik itu. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 4-7-2019 02:36 PM
bilamana fardhu kifayah diperdagangkan...  bila ada bangsa cina lain nak bantu, merempan2 katanya tugas ni kepunyaan orang islam...

phuiiiiihhhh  siak...
Quote mohdcrow 4-7-2019 07:38 PM
Dah jd bisnes skrg ni...tapi duk ratib tanggungjawab sesama muslim
Quote haryatie 5-7-2019 10:09 AM
di bandar da jd bisnes
kt kpg2 maybe x kut
selalu dngar kalau kt kpg bila ada kematian x kira la org tu
bukan asal org kpg tu atau pun ahli keluarga yg tinggal kat negeri lain
bawak balik jenazah elok jerk org kpg terima dn tolong uruskan
kalau kat KL agaknya mesti x bleh kan..
Quote orgsepang 5-7-2019 10:31 AM
Agaknya sebab kl tanah terhad.
Quote otai_g 6-7-2019 07:29 AM
lama2 kita ikut style india. Mayat campak dlm sungai gangges je. Free dan mudah.

lg pun kat alam barzakh amal ibadat yg akan ditny bkn dia tny kain kapan ko brp ringgit? Buat dr kain sutera ke.
Quote Foxey 6-7-2019 10:10 PM
Kesian pulak bila baca pasal pakcik ni. Semoga dipermudahkan segala urusan pakcik ni
Quote binipopeye 8-7-2019 11:27 AM
sedih kisah pakcik ni... harap jadi pengajaran yg masih hidup.. lebih lagi pd org yg malas bekerja zaman skrg ni.. in future nk mati pun kene berduit.. masa hidup bole laa meroyan2 kt govt mintak sponsor duit makan.. yg belum kwin rm100 pun menagih duit kt govt...

zaman skrg bole dpt lagi org bersimpati... 20 40 thn kemudian belum tentu masih bole jumpa yg simpati... skrg kt bandar2 hal kematian pun dh jadi perniagaan...   

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.195314 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top