CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Aiskrim Malaysia Alaf Baru, Bukan Beshe Beshe Tau!

23-7-2019 10:38 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 17785| Komen: 46|Original author: Oleh: natrahn


Aiskrim Malaysia, siapa saja yang tidak pernah makan, kan? Dahulu, aiskrim ini hanya berharga RM0.10 sebatang dengan perisa sirap, oren, jagung, kacang hijau dan juga milo. Zaman dah berubah, tempiasnya turut terkena pada aiskrim Malaysia.

 

Aiskrim Malaysia zaman sekarang mempunyai pelbagai perisa baru dan juga dengan harga lebih mahal. Ini mungkin kerana bahan-bahan yang digunakan bukan setakat air, gula dan perisa. 

Kalau sebelum ini, viral aiskrim sumi, nutella, oreo dan lain-lain perisa, kali ini penulis kongsikan resepi aiskrim Malaysia perisa baru untuk dicuba sendiri di rumah. 

Rakyat Malaysia memang kreatif dan berinovasi kerana sentiasa ada resepi baru yang berjaya dihasilkan. Kalau rajin, boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.



✔️ AISKRIM MILO 




Bahan-Bahannya: 
  • Air masak
  • Milo
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Coklat tabur
 
Cara-cara membuatnya:
 
- Bancuh air milo seperti biasa, tetapi tambah susu cair dan susu pekat. 
- Sejukkan air milo sebelum dituang ke dalam plastik bersama coklat tabur.
 
  
✔️ AISKRIM JAGUNG CINCAU


Bahan-Bahannya: 
 
  • Air masak
  • Sirap jagung
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Garam
  • Cincau
 
Cara membuatnya:

- Bancuh air, sirap jagung, susu cair dan susu pekat.
- Tambah secubit garam untuk satu balang air.
- Sejukkan air jagung terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam plastik aiskrim.
- Tambahkan cincau bersama air jagung ke dalam plastik aiskrim.
 

✔️ AISKRIM SUSU STRAWBERI




Bahan-Bahan: 
  • Air masak
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Stoberi segar

Cara membuatnya:

- Bancuh air masak, susu pekat dan susu cair pilihan.
- Tambah potongan strawberi bersama air bancuhan susu ke dalam plastik aiskrim.


✔️ AISKRIM LEMON SUSU SERBUK COKLAT

 


Bahan-bahannya:
  • Air Masak
  • Susu segar
  • Susu pekat
  • Lemon
  • Serbuk coklat

Cara membuatnya:

- Bancuh susu segar, susu pekat dan air masak.
- Perah sedikit lemon ikut tahap kemasaman masing-masing.
- Tuang bancuhan air lemon bersama serbuk coklat ke dalam plastik aiskrim.
 

* Sejukkan aiskrim semalaman. 


Kalau tak nak jual, buat stok dalam peti ais untuk seisi keluarga pun boleh. Selamat Mencuba! - CARI
 
 
 
Sumber: Aneka Resepi Kuih Muih
3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sumijelly 23-7-2019 10:46 AM
semua di perlbagaikan......
Quote Mfzg89 23-7-2019 10:52 AM
nampak sedap & menarik..tapi tetap xleh lawan ekrim kacang & asam boi..
Quote zulka 23-7-2019 10:54 AM
dapnye....
Quote pearl.silver 23-7-2019 10:54 AM
Latest ni eskrem mlysia ala magnum. Ada salutan coklat.
Btw eskrsm lemon tu, susu tu sempat jd buttermilk sblum membeku kot?
Quote Boomibulat 23-7-2019 11:09 AM
Dulu sposen skrg singgit..
Quote Kurex 23-7-2019 11:11 AM
Ais krim fizo omar takde ke?
Yg tu sungguuihhh oishiiii
Quote Chairman 23-7-2019 11:46 AM
mak oih terliuq
Quote violetungu 23-7-2019 11:47 AM
Sedap mmg sedap dgn segala susu+coklat.pasni rakyat msia pakat2 kena kencing manis.
Quote Fleur81 23-7-2019 11:48 AM
Sedapnya kalau dapat makan aiskrim gini time panas2
Quote cikbawang237 23-7-2019 12:11 PM
sedapnyaaa!! tq resepiiii
Quote natrahn 23-7-2019 12:24 PM

cuba buat tau
Quote kucingitam 23-7-2019 12:31 PM
ais krim asam boi la lejen...hat yang baru2 ni buat potong kaki ja..
Quote Sazida 23-7-2019 01:13 PM
Mase kecik dulu selalu buat aiskrim asam boi,aiskrim bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, bubur kacang merah, sirap,oren,nenas,jagung,tebu, hmmm sedapnyaaa
Quote alien88 23-7-2019 01:25 PM
lama pula rasa xbuat aiskrim Malaysia ni..
Quote natrahn 23-7-2019 02:34 PM
Sazida replied at 23-7-2019 01:13 PM
Mase kecik dulu selalu buat aiskrim asam boi,aiskrim bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, bubur ka ...

kan dulu-dulu kalau orang jual askem macam awak sebut ni rm0.30 ja satu... saya ada jumpa askem kacang hijau, jagung, asam boi kat stesen minyak shell bandar baru bangi seksyen 16 rm1.50 sebatang huhu.. aiskrim malaysia zaman sekarang ni kira aiskrim hipster dah
Quote kaklong32 23-7-2019 04:24 PM
ai paling suka eskrem asam boi je

legend !
Quote VirusDetected 23-7-2019 08:58 PM
Macam2 pesen, warna & upe eskrem zaman skrg{:good
Quote Sazida 23-7-2019 11:13 PM
natrahn replied at 23-7-2019 02:34 PM
kan dulu-dulu kalau orang jual askem macam awak sebut ni rm0.30 ja satu... saya ada jumpa askem ka ...

Mase dulu2 kalau seposen pendek.20sen panjang., ptg2 sambil main congkak mulut duk mkn aiskrim. Huhu
Quote diss69 23-7-2019 11:15 PM
Nak buat jugak laaa... Tq resepi..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.086994 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top