Kisah mereka seperti filem Hollywood - Tarzan dan Mowgli. Ho Van Lang, 47, layak digelar tarzan sebenar kerana tinggal di dalam hutan dan terasing selama 41 tahun.
Menurut Docastaway, beliau tinggal bersama bapanya, Ho Van Thanh, 88, di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai selepas melarikan diri dari Perang Vietnam. Thanh seorang veteran membuat keputusan melarikan diri bersama anaknya yang ketika itu berusia dua tahun dari kampungnya pada tahun 1972 setelah bom Amerika Syarikat membunuh isteri dan kedua anaknya yang lain. Mereka berdua membina rumah di atas pokok, memakai pakaian dari kulit kayu dan memburu haiwan liar untuk kelangsungan hidup. Lang benar-benar tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar termasuk kewujudan kaum wanita di dunia. Kehidupan mereka berjalan lancar selama ini sehinggalah kesihatan Thanh mula merosot. Mereka telah ditemui penduduk tempatan pada tahun 2013. Alvaro Cerezo, pengarah urusan Docastaway yang berjaya menemui dan mengesan Lang dan keluarganya pada November 2015 memaklumkan Lang masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan zaman moden di kampung tempat tinggalnya sementara bapanya masih berazam untuk kembali tinggal di hutan. Lang masih jahil dan naif terhadap peraturan sosial, malah bersikap kebudak-budakan - suka meniru mimik muka malah turut bermain sembunyi-sembunyi. Sikapnya ini walau bagaimanapun menjadikan Lang seorang yang sangat menawan. - CARI |
natrahn replied at 11-9-2019 05:57 PM
realiti sebenar tak sama macam movie
natrahn replied at 11-9-2019 05:57 PM
realiti sebenar tak sama macam movie
Lelli replied at 11-9-2019 07:49 PM
Bagaimanakah pula dgn Badang Malaysia..
Adakah sama seperti dlm movie yg dlakonkn oleh toklip???h ...
diss69 replied at 11-9-2019 06:14 PM
Di luar jangkaan.. Kita dh biasa dimomokkan tarzan sado, encem....
ADVERTISEMENT