CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bukan Susu Ada Tarikh Luput, Ramai Suruh Bersara Dan Duduk Surau Je" - Paknil

28-8-2019 01:03 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 10307| Komen: 55|Original author: Oleh: LilRose

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak menggesanya mengundurkan diri dari industri.


Kredit foto: IG


Aznil, 57, atau lebih mesra disapa Paknil mendedahkan segelintir pihak menyuruhnya bersara daripada industri seni dan menghabiskan masa di surau sahaja.

"Perkara menarik yang berlaku apabila menjadi selebriti seperti saya adalah saya perlu berdepan begitu banyak kritikan. Apa yang bagus saya ambil, yang tidak bagus saya endahkan," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, sekarang semua orang bebas memberikan kritikan di laman sosial.

"Yang paling teruk saya pernah kena, mereka suruh saya berhenti dari dunia hiburan kerana lebih baik saya pergi ke surau.


Kredit foto: IG


"Pada saya, nak pergi surau bukan kena tunggu dah tua baru nak ke sana. Namun, tak bermakna yang muda tidak perlu ke surau atau bersembahyang," katanya.

Paknil bagaimanapun menegaskan dia tidak akan berundur dari dunia seni.

"Mereka beranggapan saya perlu berhenti menjadi produktif apabila usia meningkat. Kalau susu ada tarikh luput, tetapi manusia tiada.

"Kalau anda suruh saya berhenti, ini bermakna anda meletakkan tarikh luput pada saya," luahnya.

Tambah Paknil, dia bukan susu atau kacang dalam tin. Selagi mampu, dia akan meneruskannya kerana dia sangat menyukai apa yang sedang dilakukannya sekarang.

"Anda tidak akan pernah dengar pengumuman mengenai penarikan diri saya dari dunia hiburan ini," tegasnya.





Anda sokong Paknil teruskan atau tarik diri? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 28-8-2019 01:16 PM
Selagi ada demand, biar la dia berkarya... Dh org xnak nanti, paham2 ler dia nak bersara..  
Quote sarahmirza 28-8-2019 01:20 PM
Depa jeles tu...
Abaikan aje..
Quote CiliPadiSedap 28-8-2019 01:28 PM
kenapa dia ni nampak muda ye? cucuk apa? nak juga tahu rahsia paknil. kalau paknil ada dalam cariforum mohon share displin kesihatan kecantikan.  
Quote misz_sanggul 28-8-2019 01:34 PM
CiliPadiSedap replied at 28-8-2019 01:28 PM
kenapa dia ni nampak muda ye? cucuk apa? nak juga tahu rahsia paknil. kalau paknil ada dalam carifor ...

dl ms zmn media hburan yg suke share2 brg2 penjagaan artis tu..ingt sgt die tuka brus gigi sminggu skali..
n ms tu pun die dh tiap2 bln buat treatment IPL tegangkan muka..so no wonderla mmg muka nmpk muda je..
plg ku ingt amyza melambak2 pil kurus la,sembelit la mmg dl die bdn berisi tu smpai skrg gigih kurus x gmuk2


Quote Themilo 28-8-2019 01:35 PM
choii.. dulu ckp tak nak mengacara lagi, cuma terlibat dalam proses polish pengacara baru..
Quote RatuDunia94 28-8-2019 01:46 PM
misz_sanggul: dl ms zmn media hburan yg suke share2 brg2 penjagaan artis tu..ingt sgt die tuka brus gigi sminggu skali..n ms tu pun die dh tiap2 bln buat treatment  ...



Ha'ah kannn.. teringat zaman dulu2 majalah rajin buat photoshot retis tayang barang penjagaan diri.. siap pose ala2 tgh sapu krim kat muka.. mostly produk luar negara la.. zaman la ni.. retis masing2 berebut keluar produk timbang kilo sendiri..
Quote budakmanentah 28-8-2019 01:54 PM
Baru mlm tdi tengok video Paknil. Ade orang share masa dia bagi talk kat skolah.

Ada 1 pelajar skolah ni nama rahmat bin musli. Paknil tanya ayah rahmat kerja apa. Rahmat jawab tukang sapu.

Pastu Paknil bagi motivasi... cakap jangan malu mengaku ayah kerja tukang sapu.

Paknil tanya lagi, ayah ada lagi ke x. Budak tu jawab ayah dah meninggal


Quote kucingitam 28-8-2019 02:04 PM
biarlah dia...dia tak kacau org pun..kang dia bersara dia soh diva AA jd pengacara, ko nak?
Quote prettyuglybabe 28-8-2019 02:18 PM
biar la dia nak kerja pun..
selagi badan sihat bertenaga boleh bekerja, kerja je la..
yang mengata tu cuba tengok mak bapak dorang..
entah-entah dah tua tak larat pun masih kena kerja nak bantu anak-anak..
Quote whadda 28-8-2019 02:27 PM
dah hidupnya dari muda mengacara.. biar la dia mengacara sampai tua ganyut pon.. sama la jugak mana2 bapak yang dari muda bekerja.. lepas pencen pon nak bekerja juga.. dok rumah sakit badan katanye
Quote danieladam 28-8-2019 02:27 PM
Buat bodo je la pak nil dgn pendengki2 ni. Oklah paknil yg dah kertu netizen dengki suruh bersara..sedangkan Tok Ti baru cecah 40 dan masih penyanyi bernombor pon, netizen dah suruh dok umah jaga anak bersara menyanyi. Bila kerja dikata menanggung biawak. Lagi x leh blah..

Baik pak nil kayakan diri sendiri dan keluarga je. Peduliklah netizen nak cakap apa. Ntah2 netizen yg komen tu pon suruh mak pak keje menanggung belanja diorg yg x cukup.
Quote mixed 28-8-2019 02:43 PM
ok lah pak nil ni mengacara dr artis skg
mengacara tak ada ilmu

biar lah je la lg pn astro mmg suka dia
skg dah bt balik tomtombak
anak2 skg mana yg x penah tgk bole la layan  
Quote diggerr 28-8-2019 02:45 PM
Goooo pak nil
Quote HujanBatuTiga 28-8-2019 03:40 PM
Jgn kata paknil, ct yg belum masuk 57 tu pun ada yg suruh bersara jaga anak kat rumah. Sabor je lah paknil.
Quote gracieyna 28-8-2019 03:46 PM
kerja jela paknil selagi ada demand. gituh.
Quote CatMiow 28-8-2019 03:49 PM
Biarla,  dia nak kerja. nanti ada bekas selebriti mohon bantuan sana sini sebab tak de job dah pencen,  kena kecam juga.
Quote royaldanish 28-8-2019 03:51 PM
Keja je pak nil..
Quote fara_lily 28-8-2019 03:54 PM
baru 57 ..sedangkan yg kerja gov pun besara 60..
Quote johan-adx 28-8-2019 03:57 PM
budakmanentah replied at 28-8-2019 01:54 PM
Baru mlm tdi tengok video Paknil. Ade orang share masa dia bagi talk kat skolah.

Ada 1 pelajar sk ...

aku yg baca sikit pun rasa sikit sedih..
btw paknil ni pandai mainkan emosi org..dia sesuai utk jd motivator utk anak2 sek

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.039951 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top