CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Gimik, Umie Aida Jadi Bidan Terjun Dalam Teater Pawana Isabella Saat Akhir

29-8-2019 10:43 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10809| Komen: 49|Original author: Oleh: natrahn

Teater Malayu-Pawana Isabella dipentaskan untuk malam keenam di Istana Budaya di sini malam tadi dikejutkan dengan penampilan Datin Paduka Umie Aida yang menggantikan Azar Azmi pada saat-saat akhir.




Beliau menceritakan pengalamannya menjadi bidan terjun menggantikan pelakon Azar Azmi yang tiba-tiba jatuh sakit bagi membawa watak Permaisuri Cahya Tishakur untuk pementasan teater Pawana Isabella menerusi entri di Instagram (IGTV) peribadinya.




Kredit Foto - Instagram Umie Aida

Waktu pementasan turut ditangguhkan sehingga jam 9.15 malam bagi membolehkan Umie Aida melakukan persiapan gara-gara perubahan saat-saat akhir itu.

Umie Aida hanya diberikan masa beberapa jam untuk persediaan menghayati watak antagonis yang antaranya memerlukannya mengilai bagi menghidupkan watak.

Namun, Umie Aida dilihat tidak kekok walaupun terpaksa berlakon sambil membaca skrip sepanjang pementasan tersebut. Walaupun tidak dalam kesempurnaan, Umi bertindak cemerlang dan menerima tepukan gemuruh penonton sepanjang persembahan kira-kira tiga jam itu.

Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani atau Abang Joe turut memuji keberanian Umie menyahut cabaran itu.


Kredit Foto - Abang Joe

"Sepanjang 20 tahun saya bekerja di Istana Budaya, tak pernah ada kes sebegini. You are the best! Adik abang terbaik.

"Anda menjadikan ia sejarah buat tahun 2019. Sesuatu yang sangat menakjubkan. Pelakon Terbaik untuk Istana Budaya," memetik laporan Mstar.

Kalau sudah namanya pelakon penjulang anugerah, berilah apa sahaja watak, pasti tidak menghampakan. Tahniah Umie Aida!

Pawana Isabella dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 21 Ogos lalu selama 11 hari hingga 31 Ogos menyaksikan gandingan hebat Syafiq Kyle dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Ia turut membariskan Datuk Afdlin Shauki dan Johan Raja Lawak. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangcinta 29-8-2019 10:52 AM
sakit apa pulak Azar Azmi tu
Quote beta_carotene 29-8-2019 10:54 AM
Gimik lettew
Quote ezacbee 29-8-2019 10:56 AM
Wah boleh hafal dialog last minit.. kalau aku blur
Quote LadyCarefree 29-8-2019 10:56 AM
Never liked azar sbab rasa mcam negatif vibes heheheheheh
Quote diggerr 29-8-2019 11:38 AM
Congrats ler boleh bawak watak tu
Quote Cpkay 29-8-2019 11:39 AM
profesional artis begini kita kene salute
Quote natrahn 29-8-2019 11:48 AM
ezacbee replied at 29-8-2019 10:56 AM
Wah boleh hafal dialog last minit.. kalau aku blur

tak dan hafal..dia baca skrip tu je sambil belakon sepanjang pementasan..
Quote mizzmimi 29-8-2019 11:52 AM
Another acik me..
Quote cheekylala 29-8-2019 11:54 AM
Bravo!
Quote Suchi 29-8-2019 12:08 PM
Susah gak berlakon teater kena pastikan sihat dan takde kes emergency tidak jenuh la org lain kena ganti tempat.
Mungkin setiap watak kena ade pelakon gantian standby supaya xdelah terjadi kejadian gini.
Quote caprut 29-8-2019 12:10 PM
Artis x hbes2 sakit.
Quote crazybeach 29-8-2019 12:11 PM
takde understudy ke yang boleh step in. ke understudy pun sakit jua
Quote fa1982 29-8-2019 12:14 PM
Sure kena banned ler azar azmi lepas ni..ke tak
Quote edoraixora 29-8-2019 12:15 PM
primadona hebatttt.....apedehal
umie aida terbaikkk
Quote hzln 29-8-2019 12:27 PM
Dlm mana2 pementasan teater mesti ada understudy
Just in case apa2 jadi dgn pelakon asal, sakit ke, ada komitmen lain ke, waima sbb stuck kat traffic jam pun
Timah ni org lama dlm industri, tapi cara kerja mcm makcik kemas handle pementasan tadika kemas sempena hari kemerdekaan kat ujung kampung sana
Quote takayama 29-8-2019 12:30 PM
hzln replied at 29-8-2019 12:27 PM
Dlm mana2 pementasan teater mesti ada understudy
Just in case apa2 jadi dgn pelakon asal, sakit ke, ...
Timah ni org lama dlm industri, tapi cara kerja mcm makcik kemas handle pementasan tadika kemas sempena hari kemerdekaan kat ujung kampung sana

aduhai tergelak kaka part mcm makcik kemas chuols refer kat timah

Quote September14 29-8-2019 12:47 PM
aku suke klu umie ni blakon.. mmg hebat
Quote sapeka 29-8-2019 12:49 PM
Azar tu perempuan ke
ingt laki based on nama
muka mmg tak kenal
Quote nazzse 29-8-2019 12:54 PM
Ada ke yang pergi tengok?? Nampak props tak menarik..pelakon lagi lah

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.243660 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top