Berikutan fitnah dilemparkan terhadapnya di media sosial sejak beberapa hari lalu, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra bertindak membuat laporan polis.
Menurut BERNAMA seperti dipetik Astro AWANI, adinda Sultan Kelantan itu difitnah kononnya bukan anak bonsu Sultan Ismail Petra bersama Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Difahamkan, kenyataan berbaur fitnah itu disebarkan di laman Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) Version 0.2 oleh seorang pengguna yang turut menuduh pasangan diraja itu hanya memiliki tiga putera.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh sepupu Tengku Amalin iaitu Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz bersama peguamnya, Majidah Muhamad. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 11.58 pagi, semalam. Majidah yang mewakili Tengku Amalin A'ishah berkata, laporan berkenaan dibuat supaya fitnah yang bertujuan memalukan Tengku Maharani Putri Kelantan itu dihentikan. "Daripada laman grup IRDK Version 0.2 itu, ada dua individu membuat kenyataan iaitu pengguna Facebook bernama 'Shaiful Afzan' dan 'Mekllis Nor Liss'. "Antara kenyataan yang dikeluarkan termasuklah mengatakan puteri bongsu itu hanyalah anak angkat dan berasal dari kampung. "Kami berharap siasatan lanjut dilakukan terhadap dua individu berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas menimbulkan fitnah," katanya kepada pemberita. - CARI
|
11
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarah82 replied at 18-9-2019 01:41 AM
Depa ni biar betul.. Muka photoshop muka Tengku Anis kot.. Aiyooo
EJALTI replied at 18-9-2019 09:45 AM
Gambar dulu2....memang photoshop muka Tengku Anis.
Madel replied at 18-9-2019 10:14 AM
Yang ni mmg masak la nko budak.
Lain kali kalau nak fitnah org., tenguk la siapa org tu.
Tengku Am ...
chinta89 replied at 18-9-2019 10:59 AM
so, here we go!
Mekliss x jumpa dh Fb dia, maybe deactive?
ADVERTISEMENT