Lelaki warganegara Nepal maut selepas jatuh ke dalam mesin penyejuk tepung ketika memencuci mesin berkenaaan. Sinar Harian melaporkan, kejadian di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tasek itu menyebabkan mangsa, Lama Kajiman, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah. Berdasarkan maklumat awal, mesin berkenaan masih berjalan apabila mangsa terjatuh ke dalamnya. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohamad Mahir Mat Saad mengesahkan pihaknya menerima panggilan pada jam 8.47 malam, semalam dan mengerahkan 10 anggota bersama dua jentera ke lokasi. “Anggota bertindak membawa keluar mangsa yang diselaputi tepung itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - CARI
|
MissVixen: Selalunya keluarga pekerja asing ni dapat ke pampasan siket sebab dia mati?
ADVERTISEMENT