Mayat wanita ditemui terapung berhampiran Tokong Cina Teluk Bunut, Banting, pagi semalam selepas terjun ke dalam Sungai Langat pada Sabtu lalu. Berita Harian melaporkan, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berusia 49 tahun itu kira-kira jam 8.50 pagi.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit Forensik Hospital Banting bagi proses bedah siasat,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman. Difahamkan, mangsa nekad terjun ke dalam Sungai Langat dari Jambatan Telok Datok selepas berselisih faham dengan anak lelakinya. “Polis tiba di lokasi 10 minit kemudian dan pihak kami serta jiran berusaha memujuk mangsa untuk tidak meneruskan niatnya, namun gagal. “Sebelum kejadian, mangsa dikatakan berselisih faham dengan anak lelakinya, dipercayai membabitkan masalah kewangan. Kira-kira jam 11.35 malam mangsa terjun dari jambatan itu,” katanya. - CARI
|
9
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fliphair8 replied at 1-10-2019 11:32 AM
Harapnya bukan muslim le ye...sampai macam tu sekali stress dgn anak sebab uwang
Boomibulat replied at 1-10-2019 11:38 AM
KUALA LANGAT - Mayat seorang wanita ditemui selepas 34 jam hilang selepas nekad terjun daripada ja ...
moonbug replied at 1-10-2019 11:30 AM
Menyesal seumur hidup anaknya. Duit boleh cari, mak bapak takde ganti
ohnoLia replied at 1-10-2019 01:43 PM
Mcm kisah batu belah batu bertangkup
melati00 replied at 1-10-2019 01:09 PM
Dah tak tahan sangatlah tu dengan perangai anak..dari hidup biarlah mati..
Artemesiaa replied at 1-10-2019 02:22 PM
Orang tengah tertekan stress berat selalu pilih jalan pintas tampa berfikir baik buruk tindakannya t ...
ADVERTISEMENT