Cikgu Korea (CK) ataupun nama sebenar beliau ialah Cikgu Mohd Fadli bin Salleh pernah mendapat Anugerah Inspirasi McDonalds Tahun 2019 ini. Beliau terkenal kerana sering berkongsi video pengajaran subjek Matematiknya di Facebook. Selain itu beliau turut dikenali kerana sumbang baktinya kepada masyarakat setempat terutamanya mereka yang bergelar asnaf, yatim, kurang berkemampuan, kurang upaya dan sebagainya. Baru-baru ini beliau berkongsi mengenai muridnya seorang yang berbadan besar, jenis pendiam dan serius sahaja mukanya melalui hantaran Facebooknya. Murid itu turut dilihat bersikap baran dan mudah terasa. Menurut CK lagi murid seperti ini berpotensi menjadi pembuli kelak. Nyata telahan beliau menjadi kenyataan apabila murid yang dalam pemerhatiannya ini sering kali terlibat dengan pergaduhan yang asalnya bermula dari gurauan kecil. Jika sebelum ini CK sering memberi amaran dan hukuman pada murid itu, pada tahun ini CK menggunakan pendekatan berbeza. CK menjadi rapat dengan murid tersebut dan sering memujinya terutamanya apabila murid tersebut membuat kebaikan. "Bila aku panggil dia ke depan untuk jawab soalan, aku tetap puji walau dia jawab salah. Aku puji keberanian dia untuk tampil. Setiap kali dia tolong apa-apa, aku puji lagi. Dia siapkan kerja rumah (walau meniru kawan), aku puji lagi kesungguhan itu." Sejak itu berlaku perubahan di mana murid tersebut berubah dan tidak sekasar dulu. Namun, sejak beberapa bulan kemudiannya, murid tersebut didapati telah memukul pelajar lain. Menggunakan pendekatan yang sama, CK menasihati dan memuji murid tersebut. "Lengan awak ni besar. Lagi besar dari lengan cikgu. Badan awak ni kuat, mungkin lagi kuat dari cikgu. Tuhan beri awak tenaga yang kuat, badan yang besar bukan untuk awak buli orang. Sebaliknya awak guna kekuatan awak untuk bantu orang. Jika ada kawan-kawan kena buli dengan orang lain, awak yang kena pertahankan. Jika lihat kawan-kawan atau cikgu tengah angkat barang berat, awak patut datang cepat-cepat untuk membantu. Kalau ada orang kacau dan buat jahat pada keluarga awak, awak kena tampil untuk pertahankan. Sebab awak ni kuat. Ingat pesan cikgu ya. Gunakan kelebihan Tuhan bagi kat awak ni untuk bantu dan lindungi orang lain. Jangan salah guna badan yang besar dan tenaga yang kuat untuk buli orang. Kalau kawan-kawan bergurau, jangan lagi dipukul mereka. Awak buat tak dengar sahaja. Kalau melampau sangat, awak report pada cikgu. Biar cikgu yang hukum mereka yang buat orang ni. Faham tak?" Alhamdulillah. Selepas peristiwa itu, CK mendapati pelajar tersebut semakin berkelakuan baik. Tiada lagi aduan mengenainya dan murid ini sering membantu guru. Menurut CK lagi nak harapkan pelajar ini mendapat hadiah pelajar cemerlang setahun sekali, dilantik menjadi pengawas atau ketua kelas agak sukar kerana prestasi buruknya sebelum ini. Pujian, dorongan, kata-kata semangat, memberi peluang pelajar tersebut membela diri dan menyatakan rasa hati. Manakala sentuhan dan ganjaran dari CK ternyata mampu mengubah sikap pelajar ini serta meningkatkan kemahiran sosi@lnya Benarlah kata pepatah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik sikap pelajar seperti ini tidak mudah. Ia memerlukan usaha yang berpanjangan dan kesabaran yang banyak. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia pendidikan. Kita perlu sedar pelajar bermasalah perlu diselamatkan. Biar tersalah ampun, dari tersalah hukum. Bukan semua kesalahan perlukan hukuman. Terima kasih atas kesabaran Cikgu Fadhli dan selamat maju jaya. - CARI |
sarah82 replied at 17-10-2019 12:46 PM
Cikgu ni tiru ayat RAM dlm Sunan The Series.. Hahahaha
sarah82 replied at 17-10-2019 02:45 PM
Yao.. Biar tersalah ampun dari tersalah hukum.. sunan yg ckp masa berlawan dgn ratna tak salah..
palmolive replied at 17-10-2019 03:11 PM
bukan, dialog tu masa scene Saifudin Jalis kena hukum di bapak dia sendiri pasal difitnah merendek ...
sarah82 replied at 17-10-2019 03:23 PM
Hahaha.. Dah tersilap dah..ayat tu yg buat Ratna sang Ratu jatuh cinta kat Sunan tu "Sebagai manus ...
Kurex replied at 18-10-2019 10:51 AM
Thread dah ada...{:hero
ADVERTISEMENT