CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Kenang Budi, 'Peneman' Diraja Thailand Dilucutkan Gelaran Kerana Derhaka

23-10-2019 10:53 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 33620| Komen: 194|Original author: Oleh: intan

Hanya beberapa bulan selepas dilantik sebagai peneman setia Diraja ataupun dikenali sebagai 'Consort Noble', Sineenat Wongvajirapakdi secara tiba-tiba dilucutkan gelaran dan juga pangkat ketenteraan selepas didakwa derhaka.


Sineenat didakwa melanggar tatacara kelakuan sebagai peneman diraja iaitu Raja Thai Maha Vajiralongkorn dan juga didakwa tidak setia kepada pemerintah Thailand itu.

Penyingkiran itu telah diumumkan secara khas melalui Royal Gazette hanya beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai gundik raja.


Foto: ProGressTH 789

Ianya menjadi isu apabila perlantikan Sineenat sebagai Consort Noble hanya beberapa bulan selepas Raja Thailand itu berkahwin dengan seorang bekas atendan serta timbalan ketua pasukan pengawal peribadinya iaitu Suthida Tidjai, sekali gus menjadikan Suthida sebagai permaisuri Thailand.

Sineenat dikatakan tidak berpuas hati dengan perlantikan Suthida sebagai Permaisuri dan cuba menghentikan upacara pertabalan dan menggesa supaya dirinya dilantik sebagai Permaisuri.


Namun, tiada apa yang berubah seperti diimpikan Sineenat, malah beliau kemudian bertindak licik supaya dirinya dianugerahkan dengan gelaran permaisuri.

Dalam pengumuman pada 28 Julai lalu, Raja Thailand telah menganugerahkan gelaran gundik paling mulia kepada Sineenat dengan harapan supaya isu dan permasalahan ini dapat diredakan dan menghalang sebarang tindakan yang dapat menganggu sistem monarki dan bangsa Thailand.



Beberapa hari kemudian, pihak istana mengeluar dan mengedarkan gambar memperlihatkan Sineenat yang lebih dikenali sebagai Koi berimej rambut pendek sedang memegang senjata dan sedang bersiap sedia untuk melakukan terjunan payung terjun sambil memegang tangan raja.

Menurut Channel Asia, pihak istana juga memakluman sejak perlantikan Sineenat, pelbagai masalah timbul seperti sikap ketidakpatuhan beliau kepada raja dan permaisuri serta sering mengeksploitasi gelaran dengan mengarah atas alasan diarahkan oleh Raja Maha Vajiralongkorn.


Dia juga dilaporkan 'tidak reti bergaul' dengan kehidupan istana dan sering menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat istana sehingga menyebabkan rakyat salah faham.

Rakyat Thailand mengecam tindakannya dan menggelar Sineenat sebagai tidak mengenang budi, sekali gus menyebabkan penarikan jawatan dan gelaran Gundik Paling Mulia oleh Raja Thailand. - CARI
3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 22-10-2019 09:44 AM

Berita lantikan hari tu..

Raja Thai lantik bekas kekasih sebagai gundik rasmi diraja

Agensi | Diterjemahkan oleh: Hasimi Muhamad

Raja Thai lantik bekas kekasih sebagai gundik rasmi diraja

Lebih pelik, istiadat tersebut disaksikan isterinya, Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn yang dinikahi tiga bulan lalu mengikut tradisi dan undang-undang. - Foto REUTERS

BANGKOK: Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn melantik bekas kekasihnya, Major-Jeneral, Sineenat Wongvajirapakdi sebagai gundik rasmi baginda dengan gelaran “Royal Noble Consort” dalam satu istiadat yang berlangsung pada Jumaat.

Lebih janggal, istiadat tersebut disaksikan isterinya, Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn – yang dinikahi tiga bulan lalu mengikut tradisi dan undang-undang.

Istiadat yang disiarkan menerusi televisyen tempatan itu menyaksikan Raja Vajiralongkorn atau juga dikenali sebagai Raja Rama X mengurniakan Sineenat, 34, empat pingat termasuk Most Illustrious Order of Chula Chom Klao, 1st Class dan the Most Exalted Order of the White Elephant.

Mengikut laporan media antarabangsa, peranan gundik rasmi tidak pernah diiktiraf dalam kerajaan Thailand dan kali terakhir pelantikan tersebut adalah pada tahun 1921.
Bagaimanapun, pelantikan Sineenat yang juga merupakan bekas gundik dan pramugari Thai Airways adalah pertama kali dalam sejarah moden negara Gajah Putih itu.

Sebelum ini, Raja Rama X pernah berkahwin sebanyak tiga kali yang mana perkahwinan pertama adalah dengan sepupu baginda, Puteri Soamsawali Kitiyakara pada tahun 1977.

Pasangan itu bercerai dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pada tahun 1994, Raja Thailand berkahwin dengan isteri kedua, Yuvadhida Polpraserth selepas memiliki lima anak dan bercerai dua tahun kemudian.

Sementara pada tahun 2001, Raja Rama X menikahi isteri ketiga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Perkahwinan mereka bertahan selama 13 tahun sebelum berpisah pada tahun 2014.

Dua hari sebelum pertabalan Raja Rama X sebagai Raja Thailand, baginda mengumumkan telah berkahwin dengan isteri baharunya, Sutida, 40, yang berkhidmat dalam unit khas Pengawal Raja.

Pada 4 Mei lalu, Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri pada istiadat pertabalan yang gilang-gemilang mengikut keagamaan Hindu dan Buddha.
Quote Modngengade 22-10-2019 10:00 AM
muka hudoh patutlah kawin cerai  kawin cerai
Quote manehnya 22-10-2019 10:02 AM
ha itu lah, kalu dh gundik jgn nk lebih2, ingat muda lawa, king nak bg muka...

mau tau la skrg siapa queen... jgn lelebih..  padan muka...



Quote Boomibulat 22-10-2019 10:05 AM
Modngengade replied at 22-10-2019 10:00 AM
muka hudoh patutlah kawin cerai  kawin cerai

Mungkin king saiz 2b saja..gundik pn dh x sudi..
Quote manehnya 22-10-2019 10:06 AM
Modngengade replied at 22-10-2019 10:00 AM
muka hudoh patutlah kawin cerai  kawin cerai

bkn pasai huduh, tp pasai dia powerful.. sapa x nak kan dia... (kt thai) kayo giler.. n unquestionable pawarr
Quote Pink_Purple 22-10-2019 10:08 AM
tak setia????
Quote kentel 22-10-2019 10:10 AM




https://www.channelnewsasia.com/ ... les-palace-12021306

BANGKOK: Thailand's King Maha Vajiralongkorn has stripped his newly appointed consort of her titles and military ranks for being "disloyal", the Royal Palace announced in the Royal Gazette late on Monday (Oct 21).

A shock to the nation, the announcement came less than three months after Sineenat Wongvajirapakdi, 34, was given the title Chao Khun Phra or royal noble consort by the king in July, the first such appointment in almost a century.

Sineenat's appointment as consort followed the king's marriage to the deputy head of his personal bodyguard, Suthida Tidjai, 41. He named her his queen just days before his coronation in May.

In a two-page statement, the palace said that Sineenat "showed her objection and exerted pressure in every way to stop Her Majesty the Queen’s installation and to get herself installed instead as she had wished".

“However, things did not turn out the way she had wished for. After the royal ceremony, with aspiration and ambition, she tried to find ways to get herself bestowed her title,” the palace added.

According to Monday’s announcement, King Vajiralongkorn had wished to ease the problem and prevent “inappropriate actions against the monarchy and the nation”, and bestowed upon Sineenat the title of noble consort on Jul 28.

The king had hoped that move would reduce pressure and prevent problems that could affect the monarchy, the palace said.

A few days later the palace released images of the short-haired Sineenat - known by her nickname Koi - in combat fatigues shooting weapons, flying a jet and preparing to parachute from a plane, as well as holding the king's hand.

It was an intimate and rare glimpse into the private life of Thailand's powerful, ultra-wealthy and inscrutable monarch, known as Rama X of the Chakri dynasty.

But on Monday Sineenat's swift and public downfall was relayed on national television.

The palace said that since her appointment, Sineenat had shown disobedience towards the king and queen and exploited her title by giving commands and claiming King Vajiralongkon had told her to do so on his behalf.

STRIPPED OF ALL RANKS

"Royal Noble Consort Sineenat is ungrateful and behaves in ways unbecoming of her title. She is also not content with the title bestowed upon her, doing everything to rise to the level of the queen," the statement said.

"She lacks the understanding of the good traditions of the royal court. She displays disobedience against the king and the queen."

Her behaviour is "deemed disrespectful to His Majesty's grace ... and caused divisions among courtiers and misunderstanding among the people", the statement added.

She was stripped of all military ranks, decorations and royal titles, it said.

Born in the northern province of Nan in northern Thailand on Jan 26, 1985, Sineenat graduated from the Royal Thai Army Nursing College at the age of 23.

She has also trained as a pilot in Thailand and abroad, served in the King's royal bodyguard unit, and in May was awarded the rank of a major-general.

In August, Thailand’s palace released rare images of King Vajiralongkorn and then noble consort Sineenat. The publication included more than 60 photographs and a 46-page biography.

A cycling and aviation enthusiast who spends much of his time abroad in Germany, King Vajiralongkorn was crowned in May in an elaborate three-day ceremony that Sineenat participated in.

He ascended the throne following the death of his beloved father Bhumibol Adulyadej.

King Vajiralongkorn is the 10th monarch of the Chakri dynasty, which has reigned since 1782.
Quote fliphair8 22-10-2019 10:11 AM
gundik terang2an yer....kat sini bini halal bernombor pun ade yg kena sorok...
Quote kucingitam 22-10-2019 10:12 AM
apa peranan dia ye, adekah sebaagai perempuan simpanan atau untuk escort/PA raja ketika acara rasmi?

kalau perempuan simpanan, takkan main pecat2..clash je sudah la..
Quote Boomibulat 22-10-2019 10:20 AM
kucingitam replied at 22-10-2019 10:12 AM
apa peranan dia ye, adekah sebaagai perempuan simpanan atau untuk escort/PA raja ketika acara rasmi? ...

Mana blh clash..dh lantik ikut adat istiadat lg..nk pulang blk pn kene la beradab..
Quote hatikudus 22-10-2019 10:21 AM
Boomibulat replied at 22-10-2019 10:05 AM
Mungkin king saiz 2b saja..gundik pn dh x sudi..

Hahahahah...aku baru nak komen benda yg sama
Camne nak setia takat 2b ye dokk
Quote Boomibulat 22-10-2019 10:23 AM
hatikudus replied at 22-10-2019 10:21 AM
Hahahahah...aku baru nak komen benda yg sama
Camne nak setia takat 2b ye dokk

Dahla 2b tua plk tu..
Quote tuberoses 22-10-2019 10:27 AM
kentel replied at 22-10-2019 10:10 AM
https://www.channelnewsasia.com/news/asia/thai-king-strips-disloyal-royal-consort-of-all-tit ...

tu diaa raja thai ultra wealthy lagi...

da bagi betis nak peha, da di iktiraf jadi royal consort patu nak caras jadi queen pulak...
Quote CatMiow 22-10-2019 10:29 AM
Boomibulat replied at 22-10-2019 10:23 AM
Dahla 2b tua plk tu..

Tapi dia nampak gagah perkasa

Tengok muka dia ni ada aura menggerunkan..  Sama macam anak sulatan brunei prince mateen.
Quote nadiaaziz56 22-10-2019 10:30 AM
Pelik ye dorang ni
Quote bottombikini 22-10-2019 10:34 AM
Modngengade replied at 22-10-2019 10:00 AM
muka hudoh patutlah kawin cerai  kawin cerai

muka hudoh pun merasa gak kawin cerai

yg hat muka siap kacak bergaya idaman malaya ni hapah nan hado deknon


Quote Modngengade 22-10-2019 10:36 AM
bottombikini replied at 22-10-2019 10:34 AM
muka hudoh pun merasa gak kawin cerai

yg hat muka siap kacak bergaya idaman malaya ni hapah nan ...

kat malaysia muka kacak tapi rogayah patah....menadah utk disemburit jua

Quote kentel 22-10-2019 10:41 AM
tuberoses replied at 22-10-2019 10:27 AM
tu diaa raja thai ultra wealthy lagi...

da bagi betis nak peha, da di iktiraf jadi royal consor ...

itulah punca dipecat....social climber
Quote kentel 22-10-2019 10:44 AM
kucingitam replied at 22-10-2019 10:12 AM
apa peranan dia ye, adekah sebaagai perempuan simpanan atau untuk escort/PA raja ketika acara rasmi? ...

pompuan simpanan ape lagi...tempat buang air menggelegak la

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071952 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top